Friday, October 16, 2009

Jatuh cinta dengan Miri

Memandangkan aii kata nak tunjuk gambar sunset Miri, so aii buat lagi satu entry pasal Miri. Aii terkilan sikit sebab tak sempat pergi Gua Niah. Dah siap packing baju2 & food u olls tahu ? Bajet nak bertolak after ayah aii habis training petang tu. Nak tidur dekat sana then pagi2 masuk gua. Tuh plan asal.

Tapi, yang terjadi. Sewa kereta, then bertolak ke Gua Niah. Otw ke sana tiba-tiba we olls tukar plan. Sebab banyak tempat lagi tak pergi. Kalu pergi Niah, satu tempat je boleh pergi. So, berkorban lah.. isk isk isk.

Owh, ada beberapa tempat yang aii pergi tapi takde gambar dekat sini. Saberkas market pun okei if nak pergi. Start dari malam Jumaat. macam dekat pasar malam semenanjung jugak.Aii beli kek lapis. Tapi tak sedap lah pulak. Nasib baik Faezah ada bagi hadiah kek lapis Sarawak masa aii dah nak bertolak balik semenanjung.

p/s : Nisak, ak tak berani msg ko. Kek lapis yang ak simpan untuk ko dah kena makan. sorry wei..isk isk



Sunset dekat Miri. Orange yang amat kan. Mane la aii tak jatuh hati ngan Miri. Family aii ramai2 berkumpul dekat tingkap bilik hotel, tengok sunset. Ini view dari Hotel Mega, bilik 821. hahaha


Aii cadangkan Hotel Mega if u olls menginap dekat Miri. Senang nak cari halal food. Kedai2 pun banyak. Tapi,hotel ni bukan tepi pantai/laut lah u olls. Aii puas hati sangat dengan hotel ni. RM 140 semalam. Katil King & katil yang kecik sikit dari Queen. Tempat sofa pun besar. Dah la siap bagi buah-buahan sebakul kecik the next day. Tak ke berbaloi tu?


Titi Gantung Taman Awam Miri. Gelap sebab dah malam. Kat bawah titi ni ada tempat playground yang macam best. We olls ada round2 City Fan (list2 tempat yang nisak suruh pergi) tapi tak keluar kereta sebab dah malam. Owh, yang sebelah aii tu, tu lah Faezah yang baik hati bawa aii & adik2 aii jalan2..


Kalau datang Sarawak, salah satu yang mesti try ialah mee kolok. Itu Nisak pesan. Akhirnya Faezah bawak ak pergi kedai yang best. Mee Kolok Goreng. Faezah cakap tak banyak kedai ada mee kolok goreng. Cara masak dia macam mee goreng biasa tapi guna mee lain. Sedap. Siyes tak tipu.

Mee kolok ni ada banyak jenis, mee kolok jawa pun ade taw u olls.


Parents aii makan Mee Kolok. Yang ni ada kuah. My mummy makan mee kolok yang kering. tapi dia tak berapa suka sangat. Maybe sebab takde kuah kot.


Adik aii order lagi lepas makan dengan aii. Tak padan kecik betul


Ayah aii tensyen dengan kereta sewa ni. Clutch berat, stereng ketat. Huhuhu, dah namanya kereta sewa bah.


Bajet kan pergi jalan-jalan siap bawak map. Tapi siot punya map, separuh aje rupanya. Terkial-kial we olls mencari certain tempat.

Ini view dari atas bukit Telaga Minyak. Aii suka lah Miri ni.

Kereta sewa ni boleh pulak rosak dekat atas Telaga Minyak ni sebab bateri kong. Nasib baik kedai kereta sewa tu tak tutup lagi. Uncle tu kata "Cilaka punya bateli". hahaha.lawak lah u uncle.. Seb baik we olls cancel last minute pergi Gua Niah. Lagi haru kalau kereta rosak dekat sana

Ada anjing dekat area2 sini. Jenuh aii pusing2 elak anjing itew..Dah la aii banyak sejarah hitam dengan anjing2.


The GRAND OLD LADY. First telaga minyak dekat Malaysia. Sebab tuh dia dipanggil Grand Old LAdy. Macam generasi nenek-neneklah kepada telaga-telaga minyak dekat Malaysia ni.

Okei, aii tak dapat bergambar dekat menara condong. So, bergambar macam ni dekat tempat 1st drill minyak pun boley la kan..hahah


Orang dulu-dulu drill minyak macam ni je u olls. Kagum aii. Owh, we olls tak sempat masuk gallery muzium petroleum sebab dah tutup. We oll pergi muzium next day


Ini dekat tepi pasar. Tapi aii tak sure pasar ape. Adik aii sibuk cari kedai baiki skrin handset dia. Dia survey harga baiki dekat sini lebih murah dekat Semenanjung. Tuh yang beria-ria nak jugak baiki dekat sini.

Sayur jeruk. Ni gambar2 dekat Pasar Tamu Muhibbah


Besar tak hengat pisang ni


Beras bario. kat Semenanjung susah nak cari

Banyak jenis rupanya beras2 ni. Mana lah tak pening nak pilih. U olls tengok, tak ke banyak jenis tu. Nak beli banyak2, tak muat dah beg. Mahal lak tuh. So, kena pilih 2 je.

Mak aii cakap ni petola kering. Lepas tuh dia buang kulitnya. Betul !! aii tak tipu. Tapi, kalau mak aii tipu aii, tipu lah. hahaha.


Pasar Tamu Muhibbah


Aii nyesal lak tak try makan buah ni. Kan dah tak tahu nak cakap buah ni rasa macam ape. Rugi rugi


Aii nak try makan tapi tak sempat sebab parents aii tengah rushing. So, aii berenti ambik gambar je

Yang ni sumpah aii tak tahu ape & masak untuk ape. Tapi, aii malas nak tanya.


Aii rasa ni belut lah. Tapi, aii pun tak sure. Aii malas tanya lagi. Aii snap gambar je

Parents aii sibuk pilih ikan nak bawak balik. Pergi mana2 pun, ikan masin tetap ayah aii suka beli.


Sebab dekat Miri je aii bikin gila pegi ambik gambar dalam pasar. Kompem takde orang kenal aii kan. Gila lah aii kalau aii tetibe pergi bergambar dekar pasar Kemaman tu. Tapi, who knows.


Buah ape ni pun aii tak tahu. Mak aii ada beli satu plastik. aii pun tak sure rasa dia macam mana



Nampak tak kuda laut tu? Itu rumah api aii tell you. Unik kan. Yang bangunan tuh pulak restoran seafood. Faezah kata hati2 makan kat situ sebab bil 4-5 orang boleh cecah dekat RM 1000. Hah, terkejut ko.

Competition ni dekat Marina Bay, Miri. Faezah yang inform. Kalau tak, sumpah tak tahu. So, haruslah pergi jenguk sekejap kan


Best kan kalau dapat sebijik kapal layar.



Adik aii yang ni je turun kereta selain aii. Yang lain duduk dalam kereta sebab tengah panas terik.

Panas okei. Berkerut2 dahi aii. Takde orang ramai pun. Faezah kata malam2 ramai. Dah dapat ambik gambar, blah terus. panas panas (Bajet puteri lilin kejap..uwekk )

Muzium PETROLEUM. Adik aii nak masuk so kitorang datang lagi. Siot betul. Ada anjing berkawal betul-betul depan pintu masuk muzium ni. Terkejut gila aii. Dah lah aii yang jalan depan sekali nak masuk muzium ni.


Punya la tinggi wall ni. Aii ni dah lah renek je. Sakit tengkuk aii nak dongak baca. Ni gallery dekat Muzium Petroleum. We olls tak sempat masuk masa first time datang sini sebab dah tutup. Aii tak nak datang mula-mula sebab kan dah datang. Lagi pun, muzium bukannye best sangat. Tup tup dah masuk gallery, aii yang sakan bergambar sana sini.


Mama aii penat berjalan. comel gila kerusi2 tuh kan.. Ayah aii tengah sibuk pasal ade problem dekat tempat kerja. Gila tak best cuti2 orang call pasal keje. Owh, mama aii duduk macam ni sebab takde orang lain pun dalam gallery time ni.


Adik lelaki aii kena paksa jadi model tak bertauliah aii. Aii suka sangat kerusi and dinding kaca muzium ni.

Bajet gaya ala-ala Mother Theresa. Alah, ala-ala je la.


Mama aii nak jugak bergambar. huhuhu.. Kan aii dah cakap, gila gambar ini adalah genetik.


Ni lah orangnya yang beria-ria tak nak masuk muzium tapi sakan bergambar bila dah masuk. Ni lah dia. hahaha

Masa nak balik ni tiba-tiba lah ramai yang masuk dalam muzium ni. Rupanya diorang datang satu bas rombongan. But still, we oll sempat ambik gambar2 terakhir dalam muzium. haha

Motipp ?? Dalam gallery museum pun boley. haha

Bangunan muzeum ni atas bukit. So, boleh nampak jelas dari area hotel


Dah nama pun gila gambar kan. Dalam jeap pun sempat lagi.


Miri ni banyak patung2 kuda laut. Kat roundabout dia pun patung kuda laut.


OTW ke airport. Sewa naik jeap uncle sewa kereta sebab kalau naik cab, kena guna 2. We oll berlima. tak boleh naik satu cab. Cara uncle tu bawak jeap agak menakutkan. uwaaa


Entah macam mana ayah aii punya seat terpisah dari we olls. We olls duduk area seat 22. Dia dekat seat 27. Dia bosan lah tuh kena tinggal sorang2 sebab asyik ulang alik datang seat we olls. Rupanya ade double seat, so dia dapat tukar duduk sekali ngan line seat we olls before berlepas.

Makanan lunch masa balik Miri-KL. Boleh la tahan tapi lunch masa KL-Miri lebih best sebab dia bagi coklat Ferrero Rocher. haha


Mama aii beli dekat duty free KLIA. Best gila sebab selain parfume, dalam set tu ada sekali beg & losyen. Aii mula2 nak try beli parfume jenis lain,promoter tu semangat promote Guess by Marciano yang gold tapi last2 aii ambik Heiress gak. Owh, parfume dekat duty free agak murah. Kalau tak, jangan harap we olls nak beli.


flight balik ke KL-Ktn .First time aii fly time malam. View cantik yg amat as aii memang suka lampu2. Kelip kelip

Friday, October 09, 2009

Borneo. Aii suka lah.

Terima kasih kepada personal favourite travel agency aii, Cik Nisak 'sokmosukajalan', akhirnya family aii telah selamat sampai ke Miri dengan harga tiket yang berbaloi-baloi ibarat iklan Celcom itu.

Masuk hari ni, dah hari ke 4 we olls dekat sini. Tapi tak banyak sangat tempat pergi sebab ayah aii kena mengajar training.

Owh, aii nak terima kasih dekat Faezah jugak sebab rajin bawak aii & adik aii jalan2 pusing2 Miri w'pun dia penat balik kerja. Dia cakap aii terlambat inform dia, if not boleh ambik cuti. Dia baru je ambik cuti seminggu time aii inform dia so dia pun tak berani la nak ambik cuti lain..We olls pusing2 time malam so banyak tempat tak nampak sangat. But still, aii dah pergi pusing2 most tempat yang aii nak pergi..Nasib baik ada Faezah.heheh

Owh, Jane Ngo pun ade tolong aii masa aii call tanya direction. Aii nak pergi Saberkas Market tapi tak sure direction. Terkejut dia tahu aii ade dekat Miri.

Aii baru kena sound suruh tidor oleh mummy aii ( aii upload gambar dulu, kemudian baru tulis.) So, aii kena tidur dulu. Uolls tengok la gambar2 yang tak seberapa & penuh dengan muka aii ni ye. Hhahaha. Kalau uolls nightmare, aii tak tanggung okei. Aii baru transfer gambar2 ni, nanti gambar lain aii upload. itu pun kalau aii rajin lah.

Tapi, aii ingat aii nak tunjuk gambar sunset lah. Aii rasa langit & sunset dekat sini sangat cantik.

Okei2, aii kena tidor sekarang. Nanti mummy aii pasang speaker dia suruh aii tido.hahah..





Ni dekat airport Sultan Azlan Shah, Pahang. 1st try nak ambik sendiri gambar semua orang. Tak jadi la pulak kan. Takpe, kita cuba lagi.


Haa, akhirnya nampak jugak gambar semua. This trip abang aii tak join. Dia kerja. Huhuhu. Takpe la, ai da tolong belikan barang untuk awek dia macam dia pesan..



Uolls ingat mana sifat gila gambar aii datang? Uolls tengok, time nak naik plane pun sempat taw we olls bergambar dulu.



Aii naik flight yang ni. Time Ktn-Kl, aii duduk seat dekat sayap. Time Kl-Miri, aii duduk dekat ekor sayap. Aii message Alip sebab aii ingat dia intern situ, aii cakap aii dekat KLIA. hahaha, sekali aii silap la.Dia dekat airport subang rupanya.


Adik ketiga aii bajet muka bercahaya. Akaknye pantang nampak kamera, mesti nak menyelit. Adik bongsu pulak tengah konflik identiti tak nak bergambar, nak jadi lelaki misteri. Parents aii pulak sibuk bergossip dekat seat sebelah. (alamak, terfitnah cakap parents bergossip.)



Lunch pack. Boleh la tahan sedap especially tengah lapar. Aii suka sebab sepanjang flight Ktn-KL-Miri, yang layan semua steward, bukan stewardess. Hahahah.. Uolls know why la aii suka kan. Tak yah la aii terang panjang lebar. Wkakakakka.. Aii harap flight balik nanti steward yg comel2 & hot lagi yang serve aii. (okeii, aii pun geli dengan ayat ni. Muntah la uolls, muntahlah. hahaha)

note : Tapi, aii rasa tak ramai lah pilot & steward yang handsome. Even dekat airport pun tak ramai. Kenapa ye? Ke mana mereka pergi?



Awan yang ni putih sangat. Aii terbayang cerita dalam buku Doraemon yang Doraemon & kawan2 baring2 atas awan. Omaigod, mesti best kan. Kalau awan ni kenyal2, boleh la aii buat gaya kanak2 terencat pegi melompat2 bergolek atas awan. Lepas tu main roller blade ke, cloud skating ke. (sanggup tuh nak pura2 kanak2 terencat sebab nak main.hahah)

p/s: Nisak,CT, Niki, Ita, korang jangan komen ape2 pasal pura-pura 'kanak2 terencat'.haha


Ni awan personal faveret aii. Aii suka sangat sebab aii rasa sekali tengok awan ni macam ais. Lepas tu tengok dua kali, macam gula2 kapas. tengok tiga kali macam awan. hahhahaha. Ke mata aii yang rabun teruk sangat nak kena tambah power spek?



Biru kan uolls langit. Yang kat bawah tu pulak Laut Borneo. Cantek tertarik memang dabom view nak ke Miri ni. aii laikkk.



Ini masa dah sampai Miri. Padat kan building dia. Aii ingatkan tak sepadat ni. Uolls tahu? Masa plane landing, aii mengucap banyak gile u know. Plane tuh bergegar tak hengat. Dah la we olls duduk seat belakang sekali dekat ekor. Kepala aii dah terbayang macam2..Ala2 yang dalam rancangan Most Amazing Video tu.



Aii tertarik la dengan patung ni. Tapi aii tak boleh beli, nanti orang nak datang rumah aii, semua cabut lari. Owh, malaikat pun kompem tak masuk rumah aii. Susah la aii. So, aii batalkan niat aii letak benda ni dalam rumah aii.



Tujuan gambar ni, aii nak tunjuk sebahagian barang2 dalam kedai yang aii beli souvenir. Tapi, memandangkan aii gila gambar, aii pun menyelit masuk sekali dalam gambar ni. Uolls redha je la ye tengok muka akak pizza ni. (aii dulu2 berangan nak part-time dekat pizza tp ayah aii tak bagi. So, aii beli baju ni feel akak pizza gitew.)


Kalau aii letak simbol ni depan toilet rumah aii, mesti uolls cuak2 nak masuk kan. Especially malam2.. Ni toilet ke bilik vodoo ni..Mesti menarik pintu jamban aii kalau aii letak ni kan..



Shopping souvenir dekat kedai ni sangat best sebab murah & banyak choice. Anyone yang nak beli souvenir, aii nk recommend kedai ini. Uolls pandai2 la mintak murah lagi especially kalau uolls beli borong macam nak bukak Mydin.


Aii tak tahu kenapa time bergambar badan aii mesti senget benget macam ni. Adik aii yang laser itu cakap " Badan ko pusat graviti salah tempat"... laser taw.

Tuesday, September 29, 2009

Dam dam cun

memandangkan Syawal kan sebulan.. So tak terlambat lagi rasanya untuk beta mengucapkan

'SELAMAT HARI RAYA'

Hari ni penat tapi taktaw ape yang ak penatkan.. haha

Kelmarin rumah ak buat open house tergempar.

Tetibe je parents ak plan nak buat open house. Jemput ofismate2 ktorg. So, pagi tu jugak diorang beli barang2.. Mak aku masak dari pagi. Soto, laksa, agar2 n ape ntah lagi. Sate n lemang kitorang tempah sebab mana reti nak buat. huhuhu..Dia masak sorang je okei..Offismate sume kagum camne dia larat buat sorang.. hey hey, bukan ak taknak tolong, I keje okeii..

So, dalam tengah hari invite office mate ayah ak n ak. Tu pun by email je. senang.

Ofismate abang ak pn dtg. Ramai jugak lah. Nasib baik guna pinggan kertas. Kalau tak, pengsan nak kena basuh. Nak pakai bibik tak mampu. huhuhu, ade sape2 nak jadi bibik ak for free??

***

Ak dah pos kad2 raye for those yang bagi alamat.

Dah lama dah siap tulis kad2 tuh. Tp,

raya ke-4 baru ak sempat pos. kuikuikuik....takpe la kan..raya kan sebulan. hahhaahah..

Dah sampai kot by now dekat rumah korang. Kalau betul alamat tu, betul la tuh sampai kat umah. Kalau ko bagi alamat yang kat Zimbabwe, sile pegi pejabat pos berhampiran ye.

Owh, thanx Nisak kad raye ko.. Lawak ar ayat ko.. Dah la buat ayat ala2 nyah. Mesti mak aku pikir ak berkawan ngan bapok mana ntah. (ak balik2 je tengok kad raya ak dah kena bukak. ish ish ish, tinggi betul tahap curiousity)

signature dia : 'nisa yang hot'

ye nisak..ko memmaaaannng hot. ekeekeke

***

Most probably ak pegi Miri 7-11 October ni.

Thnax nisak ko tolong tempahkan tiket tuh..hahahaa.. buta IT betul la ak. Baru masuk homepage nak tempah tiket online, ak dah pening2 taktaw nak tekan ape.

Hari tuh dah call Faezah, mintak dia jadi 'tourist guide'. hehhehe. Seb baek dia kata rumah dia dekat je dengan hotel kitorang nanti. Mintak2 la dia xde emergency kena g tempat lain. Kalau tak, terkulat2 ak taktaw nak g mana nanti.

Miri ape best eyh selain Gua Niah?


***

Hari tuh ak ada cerita kan kantin ofis ak tutup sebab renovate setahun?

So, after dah habis bulan puasa ni, dah kena fikir nak makan ape.

Kelmarin ak,dba, nani pegi Secret Recipe.

Semalam kitorang pegi Pizza Hut.

Hari ni kitorang pegi McD pulak..

Esok, makan maggie la jawabnye. Kopak dah duit.. ish ish ish..

***

Department ak dah start pilih nama trainee baru dari UTP.

So, nanti bbrape bulan lagi sape lah agaknye yang masuk dept ak.

Dept ak nak 3 orang. 2 orang lelaki. sorang perempuan.

SV ak mintak tolong ak recommend nama2 daripada list yang apply.

so, lepas dia dah shortlist kan n propose dekat offismate lain,

'Kalau budak ni tak okei, Nisha punye pasal.hahaaha'....

Omaigod, matheiii la aii..

Tapi, buat masa sekarang ak pun taktaw siape yang akan masuk. Mintak2 dorang sekepala at least ade geng 'rakan sebaya'...eceewah..poyo gitew.

**

Dah dekat pukul 12 malam. Cindelalok kena tido sekarang.