Sunday, December 20, 2009

customer service apekah yang tak angkat call?

by the time aku tulis post ni, aku tengah annoyed gila dengan Malaysia Airlines customer service.

Dari pukul 3 lebih tadi tak dapat call sebab line busy.. What the... Dah la nak tanya benda urgent..aaarghhh..

Aii tensen taw nyah !!!! T.E.N.S.I.O.N

Dah la tengah serabut.. sakit perut lagi. kerja lain banyak lagi nak kena buat. Esok presentation projek. cuak

and and and and..

I LAPAR..I tak makan nasik lagi dari pagi tadi.

Ish...stress la aii camni...

puhlizzzz la MAS customer service. pick up ur damn phone.

Thursday, December 03, 2009

Mangsa banjir

Semangat pergi kerja hari ni sebab konon-konon nak siapkan kerja before weekend. Keluar rumah pun agak awal dari biasa.

Tak lalu jalan jambatan Bukit Kuang yang macam dah nak roboh tu. Ambik laluan alternatif dekat Ibok.

Semalam masa balik try jalan Ibok. Nasib baik jalan tu tak jammed w/pun agak horror sebab bersimpang siur & dikelilingi hutan. Kereta pun banyak la jugak sebab orang dah tahu jalan jambatan jammed teruk.

Dengar-dengarnya jambatan tu dah dibuat ditutup sehala sebab jambatan dah rosak. Ade rumours lagi dahsyat, jambatan macam dah nak runtuh. OMG!! Aku tak kuasa nak pergi check kesahihannya sebab ada orang office keluar ke Kemaman guna laluan tu pukul 1 lebih. Pukul 4 tak sampai-sampai lagi? ish ish

[Teringin nak ambik gambar jambatan tu nak bagi korang tengok sendiri. Tapi macam mana nak ambik, aku kena drive]

Back to main topic, hampir separuh jalan dah aku ke ofis. Tup tup aku tengok banyak kereta stop. Then buat u-turn. Kawasan jalan pulak nampak macam dah naik air. Banjir. Ada satu jeap tu redah je. Then, aku nampak jeap tu tak gerak-gerak dah. Aku tak kuasa nak buat experiment. Nanti kena nasib yang sama.


Tak pasal-pasal kena tolak kereta nanti. Terkincit naya je


Aku buat u-turn, patah balik rumah.. Call SV aku, dia pun suruh buat Emergency Leave je. Rumah dia pun banjir rupenye..

Sampai rumah, tidur la, aper lagi...hohoho...

**Memang takde gaya leh duduk kawasan-kawasan jammed macam KL. Migrain aku nanti**


                                                        Tidur dalam kereta pun sempat ni


update 12 dec : Dengarnye jambatan tu akan ditutup 3 hari untuk pembaikan. Habis la orang tak tahu  nak lalu mana. [Bila la nak buat jambatan yang lagi lebar ni..ish ish]

                        

Tuesday, December 01, 2009

owh so random

1. Malas nak tulis panjang2..buat point form sudah. If rajin sangat menulis, patut salurkan untuk tulis weekly report & slide presentation. uh

2. Hari ni Kemaman jammed lagi. Nasib baik aku dah 'bijak' sikit. Pukul 5 dah siap-siap nak balik. Tu pun lip lap lip lap 5.15 baru keluar ofis. Isi minyak kereta. Vrooom..Pret prett prett.. Terkandas dekat simpang nak masuk KSB/Perwaja.

3. Malas jadi pemandu berhemah hari ni sebab orang lain pun asyik potong line. Dah jadi pemandu tak berhemah pun tersangkut dalam jammed dekat sejam. Dekat pukul 7 malam baru sampai rumah. Kalau jadi pemandu berhemah?

4. Jalan nak pergi balik ofis makin teruk berlubang-lubang. Pening kepala.

5. Okei, baru je ter'emo'. Hanye ctkay yg taw kenapa..argh, nape la orang camtu tuh wujud.

6. Phew, dah tak emo lepas melepaskan geram. hahah. boleh sambung tulis blog.. so, next !!

7. Kasut yang ditunggu-tunggu dah sampai..yeay, love it so much. Aku beli dekat blog ni. Berbaloi.


Sangat suka sebab :

1. Ada elastic strap so takpayah nak hassle bukak kancing serba bagai. Sarung pun boley.
2. Colour yang simple. White, Black, Silver. *drools*
3. Heels yang nampak tinggi gile tp sangat selesa time pakai sebab raised platform.
    Ade  certain heels yang boleh buat orang patah pinggang bila pakai.
4. Dah lama tak beli kasut baru so eksited bile dapat kasut baru. Hahaha
5. Rasa cam best bila pakai dengan skin sock hitam. huhuhu 

                  [Siapa baik hati nak bagi aii kasut, aii size 36/ vincci 5. hahahha]


8. Maxi dress yang aku jual dah sold out.. Yeay again. Trying to find other supplier sebab stok dekat supplier sekarang aku dah tak berkenan. Respond yg diterima untuk dress agak memberangsangkan. Tenkiu uolls.


9. Tak sempat ambik gambar maxi dress yang aku jual. So, takde reference. Tapi aku prefer orang beli by hand dengan aku sebab aku taktaw nak terangkan tinggi maxi dress n shape tu sesuai ke tak dengan pembeli if dia tak try sendiri.


Certain maxi dress sangat labuh & sesuai untuk orang tinggi. Certain sesuai untuk petite. Tapi takpe, beli online pun okei jugak. So, jangan segan-segan beli dengan aku if aku jual dekat online ye. [Itu pun bergantung if aku jumpe supplier yang sesuai la ey. I'll keep u updates from time to time]


10. Ade perasan sorang followers dah tak follow. Tapi segan nak tanya kenapa. Anyhow, thanks for those yang follow!! Bunchs of love for you guys.

Google HQ : mewah tak hengat dik non

Banyak gile email best-best orang forward. Meh sini nak share dekat korang. Dah namanya Sharing is Caring. Tak gitu?

Head office of Google.

One Word.. "Fantastic"



Food. Employees can eat all they want from a vast choice of food and drink.


 Work Station: Each employee has at least two large screens. There are 4-6 'Zooglers' per office.


INOVATION: Large boards are available just about everywhere because 'ideas don't always come when seated in the office' says one of Googles managers.


LEISURE. Pool tables, video games etc. are available in many areas. 


Technical Support: Problem with your computer ? No problem ... Bring it to this area where drinks are available while it is being fixed ...


 Health: Professional masseurs (eusses) available


 Communication... On each floor, there are private cabin areas where employees can attend to personal affairs


REST ... This room provides massage chairs that you control .... while you view relaxing aquariums


Ambiance ... There are many books in this library ... even some about programming !!
My questions are .. when do they work?  How much do they get paid to work there?  And where 
 do I send my application?  



We already knew that working for Google had certain advantages, but, believe me, this giant of the search motor takes the welfare of its employees seriously ... as shown by this decompression (stress) capsule that is impermeable to sound and light



Moving around: A slide allows quick access from different floors ... There are also poles available ... they are similar to the ones used in fire stations.


**Tak ke eksited hari-hari pergi keje kalau ofis macam ni?


Sunday, November 29, 2009

Sukati 8 : no topic

Semalam aku pergi Mesra Mall dengan Zura. Angkut sekali adik aku yang berdua tuh.

Ramai ya rabbi orang dekat sana. Langkah je kaki aku dah pening kepala. Pergi tempat boling, sama ramai.

Parents Zura dah tunggu turn dekat sejam pun tak dapat lagi. End up diorang pun malas tunggu. Aku rasa dalam seminggu pertama ni memang Mesra Mall akan penuh dengan orang. Heh, one of the most controvercy topic la katakan before ni. Aku rasa dah macam duduk dalam tin sardin crowded nya. (Hampir la, sebab aku pernah pergi tempat lagi crowded, but still)


More Pics @ MySpaceAntics.com
- Myspace Layouts,Graphics, and Comments!

Trainee baru UTP masuk 1hb ni. Untung la jugak diorang mesra mall dah bukak giant, futsal ngan boling. W/pun cinema takde. At least ade la tempat diorang nak berjalan. Compared to those before this, kena pergi Kuantan.

Cakap pasal trainee baru. Sedih la pulak sebab time intern aku dah nak habis. Wohooohooo. Owh, nanti kena drive sendiri balik UTP. Sebab maybe ayah aku takleh hantar. Dah cakap dekat Ctkay, dia nak follow ke tak. Bosan gile kalau kena drive 10 jam sorang-sorang.

randoms :

1. Hujan la pulak hari ni. Nak keluar pun malas.

2. Parcel tak sampai lagi. silap timing la order time cuti.

3. Mood swing dengan hebatnya latetly.

4. Tengah teringin nak shopping sakan dekat KL sempena year end sale. Tapi, cam takde masa nak g KL. *sigh*

6. Semalam beli bekas ice cube bentuk love. Balik rumah terus try. Yeay, ice cube cantik!! Nanti nak beli shape lain pulak. Somethin similar mcm gambar ni tapi aku punya lebih 3D sebab dia gemuk depan belakang. hohohoho..

Friday, November 27, 2009

Aidil Adha

Esok dah raya. Tak siapkan ape2 pun. Parents takde. Serious takde mood nak beraya.

Teringat time korban kecik-kecik dulu, pergi follow tengok orang sembelih lembu.
Balik rumah, tak boleh makan langsung daging-daging korban.
Asyik terbau darah dengan teringat kepala lembu. Heh



gambar hasil google



So, pernah 2 kali je follow tengok orang sembelih lembu.
Nanti siape nak habiskan makan daging-daging tu semua?

Tahun ni nak duduk diam-diam dalam rumah.
Okei, secara realistiknya rasa tak berjaya pun plan ni.
Kena fikir nak masak ape esok.
Uwargh, buku resipi tu bagi bahan pelik-pelik. Aku tak reti..isk isk
Mesti end up jadi resepi hantam sendiri.

Sate pun tak sempat tempah. Ish, nak makan ape esok ni..
uwargh, dilemma dilemma.


Randoms :

1. Jual maxi dress dekat office. Tu pun selepas gundah gulana nak jual atau tak sebab suka semua maxi dress tu. Laku 2 helai. yeeehaaa. Supervisor aku beli sepasang, akak secreatary department beli sepasang.

2. Tadi pergi cari stok baru, tapi pilihan semua tinggal yang tak berkenan. End up beli sepasang je sebab akak secreatary nak design yang sama tapi colour lain.




 
                                                                        Gambar hasil google


3. Disebabkan menjual baju dekat ofis, akak-akak department cakap aku pandai bermulut manis. hahaha. Comel la mereka tu. Dah la baik hati beli baju aku jual, suka memuji pula, sungguh comel. Nanti dah habis intern mesti teringat mereka. Department ni agak laser sesama sendiri, tapi baik hati & telinga tebal laser. Tapi serious seronok sebab mostly staff perempuan.

4. Supervisor aku pun kebetulan jual kek coklat yang dia buat. RM10 je. Besar, murah dan sedap. Dia cakap hari section SFI semua menjual barang. Dia tanye, "Orang SFI takde duit ke eyh.hahah". Tapi nak menyedapkan ayat, aku jawab "Orang SFI pandai menambahkan duit".

5. Berpakat bersama mereka melakukan perkara yang agak terlarang secara berjemaah. Hahaha. yang ni tak boleh cerita, nanti kantoi dekat orang lain susah. Yang penting, department itu sangat cool. Owh, department Dbah pun cool juga. Seronok berjalan-jalan pergi sana.

6. Pagi-pagi lagi tiba-tiba floor aku takde electric. Dah lah tengah tulis coding. Tak sempat save. Nasib baik baru tulis sikit. Beberapa hari lepas pun takde electric tiba-tiba. Tapi peliknya department aku je yang takde. Hari ni department Dbah takde jugak. Floor lain tak sure.  Welcome to the club!!



                                                               gambar hasil google



7. Tempat bowling dah bukak dekat Mesra Mall.

8. Giant TMC dengar-dengarnya buka petang raya. Akhirnya. Tapi confirm sesak.

9. Jalan Kemaman-Kerteh-Kemaman teruk berlubang-lubang sebab hujan lebat tak berhenti2. Tapi nasib baik dah 2 hari panas terik. Semalam aku macam nampak lingkaran pelangi keliling matahari dalam pukul 0730 till 0750. Tapi orang yang aku tanya semua tak perasan.  Hari tu aku nampak lingkaran pelangi dekat bulan.

10. Ayah aku cakap semalam Mekah hujan lebat siap kilat. Dah 5 tahun tak hujan. Hujan rahmat la agaknya kan.

11. Beli kasut online. Tak sabar nak tunggu parcel tu sampai. Seller tu pos hari ni. Suppose sampai esok. Tapi, aku rasa mesti tak sampai lagi sebab kan cuti. uwaaaaa, tak sabarnya nak kasut tu sampai. Ni first time beli kasut secara online. Sebab kebiasaannya kalau pilih kasut, feeling test dekat kedai lebih best. 

Sunday, November 22, 2009

38 km = 3 jam

Sangat penat mental + fizikal.

Balik ofis dalam pukul 5.30 tadi. Pergi isi minyak dekat tepi Mesra Mall sekejap. Malas nak singgah toilet sebab dalam 25-40  minit dah sampai rumah walaupun instinct dah suruh pergi toilet since keluar ofis.

Guess what?

Pukul 8.50 malam aku baru sampai rumah.  Aku rasa nak pitam je dalam kereta tadi.

Konon-konon cantas guna jalan alternatif dekat KSB. Tup-tup dari jauh dah jammed. Buat U-turn, patah balik jalan biasa. Terbazir 8km. Dah la tak tahan nak pergi tandas. uwargh, dugaan dugaan.

Tuntutan alam nih mana boleh ditahan-tahan. Macam nak gila tau tak tahan-tahan. Tak percaye? Try weih.. seksa oih..

Otw jalan aii nampak ade kereta berhenti. Keluar seorang lelaki dengan anak lelaki dalam umur 5-7 tahun. Pergi belakang pokok.

Uwaaaa, kalau aii lelaki, aii join sekaki berhenti je tepi jalan.  Cari la pokok mana-mana. Nasib baik aii masih waras walaupun macam nak gila tahan tuntutan alam.

Dah la stesen minyak terdekat dalam 1km je. Tapi kereta bergerak laju sikit dari siput. Tak pasal-pasal aku potong Q. Selalunya aku tak potong Q sebab aku tahu orang lain pun sama-sama nak cepat. Tapi, hari ni aii tak tahan la nyah. Tuntutan alam lebih mendesak. Emergency emergency. Kereta lain pun punya la banyak potong Q depan aii.

Sampai dekat stesen minyak, punya la ramai pulak orang beratur. Aii rasa nak nangis. Cooooobaaaan.

Tapi aii bernasib baik, aii telah berjaye ke tandas dengan suksesnye. Yeaaahhh..
(Kadang-kadang bila dah darurat, benda kecik pun dah hepi giler.hahhahaha)

Kesimpulannya, kalau instinct tu kuat pasal something, buat je la. Instinct aku kuat kadang-kadang tapi aku malas ikut sebab ada jugak yang tak betul. Masalahnya instinct aku tepat sangat la pulak tadi.

Instinct aku suruh jangan pergi ofis esok. Sebab jalan dah banyak naik air masa pergi & balik ofis tadi. Patut follow ke tak?

Haaaa, itu yang kita tak tahu.

note : ada kereta eksiden betul-betul depan mata aku tadi..