Wednesday, May 12, 2010

Alasan keji mengelak exam

Time-time study week ni lah kan perangai dan sifat mazmumah malas nak belajar tu datang. Tiap-tiap malam before tidur, mesti berazam " Esok bangun je, study".

Tapi, kenyataannya, nan ado.

Tiga hari malam-malam berturut2 aku niat next day harooos study. Tengok past year paper punyalah susah. Kena study. Tengok lecture notes bertimbun, kena study.

Tapi, nan ado jugak.

Now, dah pukul 4 pagi. Study ke mana, apa pun kemana. Makan je lebih.

Tiba-tiba tadi sibuk google gambar design kad kahwin. Eh motipppp google kad kahwin time-time study week ni kan. Banyak-banyak benda boleh google, benda yang kait2 dengan kahwin pulak aku google ape kes pulak kan. Meroyan.

Dah lah before tuh duk menconteng konon-konon pasal kahwin pulak. Sah meroyan


Asal ade kertas dengan pensil dekat tangan time aku boring, memang nahas la.
Tu belum tengok notes lecture aku lagi. Mengucap panjang lecturer tengok anak murid 'rajin' menconteng menulis nota macam aku.



Kita feeling-feeling lukis kad kawen ohkei. Sambil buat muka pengantin gatal nak kawen. Hoh


Ni aku lukis time nak test jugak rasanya. See, kalau time nak exam je mesti tangan aku conteng semua kertas berdekatan. Pleaseee lah bubarkan je exam2 ni. Aku dah tak sanggup bazirkan kertas kena conteng. Kata nature supporters kaaaann..Harooslah mengelakkan pokok & hutan kena terbang untuk kertas. [Dan-dan je mengaku nature supporters]

Eh, keji sangat ke alasan nak bantah exam sebab exam punca membazirkan kertas? Nak kena cari alasan lain ke? hahahha

Monday, May 10, 2010

Sweet escape to Pangkor

Hari Sabtu (8 May) lepas aku pergi a day trip to Pangkor.  Great weekend gateway. Nanti aku upload gambar banyak sikit, now teaser je dulu sebab now internet tengah lembab.

Penuh jugak calar balar dekat kaki time snorkelling. Badan pun sengal-sengal & lenguh. Just kaki je tak berapa lenguh sebab aku letak Losyen Mustajab before tidur. Mustajab ohkei..Memang kena dengan nama.

Briefly, kitorang bertolak pukul 7.30pg dari UTP. 2 kereta berdrebarkan kereta myvi putih CCJ & saga merah CCG. Before that saga merah CCG pickup boyfriend Dbah yang datang dari KL.

rombongan Cik Kiah

Sampai2 just nice dapat naik ferry pukul 8.30pg dekat jetty Lumut. Tiket RM10 ulang alik. Parking kereta mahal betul RM10. Then, ferry rupanya dah tak stop dekat 1 jetty nelayan ni. Terus straight ke jetty Pangkor. Sampai dekat jetty, nak ke Teluk Nipah. Naiklah van2 pink yang dipanggil teksi. RM18 sebab bertujuh. Tu pun mintak diskaun daripada RM20. If 4 orang, boleh dapat dalam RM12.


Sampai awal pun dah ramai orang dekat port snorkelling



Dah eksited nak jadi jakun jumpa air laut

Memandangkan trip sehari je, nak terus lepak pulau Giam. Set snorkelling & pusing2 pulau sikit RM 15. Ada lagi package lain2 macam pusing2 sampai ke Pangkor Laut. Teringin jugak nak tengok betapa cantiknya tempat ni , yelah, sewa sampai RM1000 lebih kan. Tapi, sebab package round2 tu macam mahal & time constraint, kita pergi lepak Pulau Giam je.


Hiking dari tempat snorkelling ke seberang pulau. Gila ohkei, susah gila track tu rupanya. Tapi, seronok. Aku memang suka hiking2 macam ni. Hahha

Panjat, gelongsor, semua ada. Punya la gigih nak pergi port tak ramai orang

Food dah bawak siap2 hasil masak malam beforenya & goreng2 pukul 6 pagi. Snorkelling & mandi2 sampai pukul 4 lebih. Mula2 nak main banana boat tapi sebab masing2 dah pening + lapar + sakit2 jatuh batu licin, kensel plan. Yesh, aku cuak jugak nak main banana boat tu. Selamat aku. [hahah, main banana boat takut, main parasailing atas laut berani pulak]

 Sampai lah dekat port yang ni. Budak boat yang hantar kitorang terkejut nampak kitorang dekat sini. "Aik, korang hiking ke?". Hahaha. Tadi hantar dekat lain, tengok2 dah dekat lain. Masa pickup dekat lain pulak.

Before Maghrib, dah balik ke darat. Singgah beli baju & magnet fridge. Then, plan nak makan dekat Shabu-Shabu saje nak pekena steamboat.

Shabu-shabu tempat steamboat yang aku pernah mention dalam post aku yang ni, sangat penuh dengan budak UTP malam sabtu tu. Mostly budak course aku. Dah macam tempat lecture. Hoh. Entah kenapa aku pening pulak tengok ramai sangat malam tu. Shabu-shabu ni patut bagi kad keahlian dekat UTPians. haha


Saturday, May 08, 2010

Jangan mandi pantai. Snorkeling takpe.

        Petang tadi gigih beli bahan2 picnic nak ke Pangkor esok. Plan gamble sungguh. Suppose pergi Tambun Lost World tetapi entah macam mana destinasi bertukar 180 darjah. Terus ke Pangkor pulak. Takpe, asalkan tak terasa loser sangat duduk tercongok dalam UTP sensorang ketika sahabat2 lain pulang ke rumah. Hoh, now dalam rumah aku ni tinggal aku sorang2 je dalam geng2 aku. Dem.

       And siang tadi semangat polish kereta tengah2 panas. Entah betul ke tak cara aku polish tu. Aku pun tak tahu. Janji hilang calar2 tu, betul lah agaknya. Siap tukar2 parking lagi punya la semangat cari port terbaik nak polish.

       Owh, aku tak cakap kan. Aku accident haritu. Mamat yang langgar tu lari. Kereta nasib baik calar je. Family aku semua tak tahu lagi. Well, memang taknak bagitahu lagi. Tunggu setel semua baru inform. Just abang aku je yang aku roger. Tu pun selepas berjam2 aku accident. Hahaha. Siap suruh berpakat, jangan bagitahu ayah n mak aku. Well, I have my own reasons~

      Kalau nak kira, banyak jugak accident yang aku tak bagitahu parents aku. Time motor dulu, Nisak pernah jatuhkan motor aku dekat depan MPH, Ctkay dekat bumper depan V2, Timah jatuh bumper yang sama jugak. Then, motor tuh kena langgar time tengah parking [yg ni je aku bgtaw parents ak. Nyesal ok bgtaw]. Semua tuh time aku takde dekat2 motor tuh. Kesian eh ko motor. Aku pun ade gak tercalarkan ko awal2 dapat dulu. Time balik rumah, kena kelentong cakap aku yang calarkan semua calar2 dekat motor tu. Mathei la kalau aku cakap motor tuh kawan2 aku yang eksiden sampai calar.

Mulut kawan aku nih cabul pulak gurau kate aku jampi motor aku tuh sape naik, eksiden. Gile hape. Yang bercalar2 tu motor aku jugak. Nasib baik lah aku taw ko cakap tu bergurau. Hohoho. Sampai sekarang still bercalar2 badan motor tu. Takde duit lah aku nak pergi cat2 bagai. 

Yang kereta ni pulak, aku ingatkan kena cat. Pergi bengkel pun dia kata dalam RM150 kena cat. Mana nak cekau duit oii. So, ikhtiar la cari wax ngan polish. [aku tak paham sangat beza benda alah ni. hahaha]

Mula2 beli 1 jenis polish ni. Then, boifren Ana suggest 1 lagi jenama polish. Soft 99. Pun aku pergi beli. Gigih betul nak menghilangkan kesan2 accident nih. Hari tu sental2, dah hilang banyak gak. So, tadi aku sental2 lagi, dah tak nampak sangat kesan. Phew, jimat RM150 tak payah hantar kedai cat. Haroooos lebih gigih biar tak nampak langsung before balik cuti sem nanti. Then, baru boleh cerita dekat parents pasal accident tu. Hohoho.

Then tadi ayah aku call.

"Esok pergi Pangkor ke?".

Ni mesti mak aku dah bagitau nih

"Ha'ah. Nak mandi2. Dah takde kelas"

"Takyah la mandi pantai2 tu"

"Owh, tak mandi pun. Snorkelling je"

" Owh. Ok"

-_-"

Ayah aku ni silap dengar aku sebut snorkeling ke heh?? Mandi pantai tak boleh. Snorkeling boleh?

Takpe. restu tu penting. ecewah

Friday, May 07, 2010

timetable exam tak pernah menyeronokkan


Timetable exam dah keluar. Tapi draft.

Ini first draft hari tu.

ADS - 17 May ; pukul 14:30 - 17.30
DM   - 18 May ; pukul 14:30 - 17.30
SBE  - 21 May ; pukul 15.00 - 18.00
CE    - 24 May ; pukul 09.00 - 12.00

Okei lah jugak timetable ni. Seminggu je dah habis. Paper pun taklah padat sangat. Nice

Tapi.

Today, ahkak check timetable 2nd draft yang baru keluar.

DM   - 17 May ; pukul 09.00 - 12.00
ADS - 17 May ; pukul 14.30- 17.30
SBE  - 21 May ; pukul 14.30 - 17.30

Sungguh tak seronok okei. 1 hari ada 2 paper. Subjek susah pulak tu. Aish.

And, subjek CE telah pergi menghilangkan diri tak dapat dikesan. Dalam timetable orang lain pun dia tak memunculkan diri. Adakah lecturer CE telah me'withdaw' diri nya sendiri sebab student asyik ponteng lecture CE? haa, itu yang kita taktau.

Owh, ahkak doa2 paper ahkak habis before 29 May. Janganlah timetable mengada2 habis lambat. Rosak plan ahkak. pliz pliz pliz.



Kalau sampai kena cancel vacation ahkak, memang time-time tu jugak ahkak buat sepanduk besar2 bangkang timetable baru. [Eceh, berangan jap]


UPDATE : Subject CE dah muncul kembali dalam timetable. Change to 25 May. Nampaknya lecturer tak jadi me'withraw' dirinya kerana memikirkan  anak-anak murid yang derhaka asyik ponteng kelas tapi chumel seperti kitten. Hoh?.

Well, ok lah jugak. As long as tak lebih dari 29hb. Tapi, biarlah habis awal2 sikit. Boleh balik rumah awal. Yeay

Wednesday, May 05, 2010

Motiiip post yang tak dapat dikenalpasti.

Malam tadi, pukul 4pagi baru aku tidur. Gigih buat kerja lah konon. ceh. Padahal peel selagi tak malam, selagi tu kerja tak jalan. Pastu terkedek2 memalam buta baru nak buat kerja.

Lepas tu hari ni ada presentation FYP pukul 12.10 tgh hari. Pukul 10.40 aku dah siap2 pakai baju kurung, tudung segala. Gila meroyan apa ntah.

Before that, Tma dah message aku, cakap presentation group aku maybe delay. Sebab starting tadi lambat dekat 30 minit. Lepas tu ada orang present lebih masa pulak. Then, dapat message lagi cakap pendrive aku yang dia pinjam tetiba rosak pulak.

Tapi takpe, semua masalah ada penyelesaian.. Ecewah. Aku pm housemate aku. Nasib baik dia ada pendrive lebih. Pinjam la sat letak slide FYP.

Dekat building nak present, dah cuak2 nih. Sebab macam turn aku delay lambat sangat. Test SBE pukul 1.30 ni. Adoih. Sempat ke tidak ni.

Nasib baik ada classmate nak tukar turn presentation. Dia bagi aku present dulu. Eceh, rupanya sempat je habis before pukul 1. Hahaha. Cuak je lebih.

Tapi, presentation FYP aku macam hampes je. Takde soalan langsung ok. Samada aku terer gila terang sampai dua2 SV tu paham & takde soalan nak tanya. Syabas mera betta. Gud job Wel Dan

 Or

 Diorang tak paham langsung amende la aku melalut kat depan tu.  Wadehek ar yu talking abot

Aku rasa sebab kedua la kot. -_-"

Then, pukul 1 dah gerak pergi hall nak ambik test. Aku terserempak Ammira after habis presentation, tak pasal-pasal kena teman aku lepak kat hall sementara tunggu masuk test. Aku mana suka lepak sorang-sorang nih time tengah down presentation. Huhuhuhu

Bila dah masuk hall tu, dan-dan aku baru jawab 4 soalan, mata kiri aku pedih2. Macam termasuk habuk. Aku dah lah tengah pakai contact lense. Aku tenyeh2, tak jadi ape. Aku kenyit2, pedih gak. Dah macam ape je main kenyit2 mata sorang2 dalam dewan sambil jawab test. Meroyan ko taw.

Lantak lah. Soalan ada banyak lagi nih. Aku cabut je la contact lense belah kiri aku ni. Bajet nak cabut sekejap then pakai balik. Huh, berangan okei. Aku mana reti pakai contact lense tak tengok cermin. Nak bawa keluar cermin, kang tak pasal2 kena maki pulak dengan lecturer tengah jawab exam aku pergi tengok2 cermin. Ko nak jawab exam ke nak mekap hah. Nak gi toilet malas gile.haha

Aku tutup lah mata belah kiri tu kan. Yelah, power mata dah lain.  Bukak dua2 mata, nampak paper pun dah lain macam. Lelaki tak kachak pun aku nampak macam Takuya Kimura time ni. Aku cabut contact lense belah kanan lak. Gila gamble. Dua2 mata takde contact lense. Dah lah aku nih rabun teruk, jap lagi nak drive. Ingat nampak ke.

 Hoh. Lantak, asalkan mata aku tak berpinar2 tengok soalan. Dah lah aku lupa amende aku study malam tadi. Terlebih minum semut la ni. [ Minggu nih apehal ntah semut semua berhijrah kat bilik ak. tak pernah2 bilik ni ade semut. Annoying oih. Siap gigit2 tangan aku lak]

Aku letak contact lense aku atas meja. Siap keras woo lense aku tu kena udara lama sangat. Habis paper, entah ke mana ntah lense aku tuh jatuh. Kalau sape2 masuk hall ada nampak contact lense colour Amethyst, dah keras2, hah, tu aku punya lah tu.

Nak balik tu, aku mintak Dbah naik kereta dengan aku. Aku suruh dia tolong tengokkan jalan, aku drive. Mane la tau ade orang melintas ke, kereta gerak aku tak nampak. Kang tak pasal-pasal aku pergi langgar orang, saje je tambah masalah. Hahaha, tapi aku taktau la ape si Dbah ni rasa naik kereta dengan driver tak nampak apa2 bawak kereta. hahahaha.Mesti dah mengucap awal2 dah dia tu.

Now, dekat pukul 4 lebih jugak baru aku makan first meal. Dah menggigil tangan2 aku. Pegang barang semua jatuh. Kronik oih kalau lapar.

Then, pukul 5 lebih tadi baru aku teringat aku ade kelas PCS. kelas start pukul 5. Kelas terakhir lak tu. Aish, ponteng~

Nih study week nanti ni, semua kroni aku pergi balik rumah la pulak. Yang tinggal, pergi deting la pulak. Haish, kompem aku terkulat2 dalam bilik.

Haii movie 3 idiots. Kompem aku khatam ko kali ke-10.

-_-"

Blood types -2


Sunday, May 02, 2010

nak masuk mimpi aku, jangan biar aku mimpi ngeri

Beberapa hari lepas, I termimpikan someone. Kawan yang dah lama I tak dengar khabar berita. Dekat tapi jauh. Bertahun-tahun tak contact. Entah apelah cerita dia sekarang.

Tak pernah-pernah dia masuk mimpi I, dia pergi join sekali dalam mimpi I this time.

Nasib baik bukan mimpi ngeri. Dah lah dah lama tak contact, tiba-tiba kau masuk mimpi aku jadi mimpi ngeri ye. Cis biadab.

Ish, kenapa lah kau join masuk mimpi aku. Kan aku dah teringat dekat kau. Nak contact tak boleh.

Kawan aku baru-baru ni cakap kau jahat bila kitorang bukak cerita dulu-dulu. Zaman berhingus. Tudung pun pakai senget lagi. Eh, tapi sekarang pun kadang-kadang tudung aku senget. So how?

Tapi, aku tak pernah rasa kau jahat.

Kau tau kan.

Eh, manelah kau tahu. Kau ape tahu.

Tapi, aku banyak terkilan dengan kau.

Sangat-sangat.

Tapi, mesti ni pun kau tak tahu kan.

Heh, aku dah agak dah~