Monday, June 14, 2010

Bagi betis nak peha



Memandangkan cuaca sekarang ni tak menentu, warna pintu pagar rumah I dah bertukar colour. Mak I cakap dia tension tengok warna cat dah pudar.

So, time we'olls berholiday haritu, mak I pesan after balik I kena cat pagar rumah. I kalau bab2 mengecat menconteng ni memang feveret tapi kena ikut mood & hormon. Memandangkan waktu kerja I adalah berdasarkan hormon & mood I yang tak menentu, maka walaupun dah 3 hari balik bercuti pagar tersebut masih serupa wajahnya seperti sebelum pergi bercuti.

Maka nak dijadikan cerita, kerja mengecat tu mak I bagi dekat anak makcik yang datang kemas rumah I. Dia kata kesian, bagilah dekat orang susah. Ok, takpelah kan.

Mak I kata dia bagi upah RM200. Pagar yang dicat tu pun takdelah banyak sangat. Tapi mak I kata keliling pagar tu banyak pasu bunga so kira upah dia alihkan pasu2 tu lah kan. So, semalam budak tu pun datanglah. I agak dalam sekolah menengah lagi. Dia cat baru sikit pagar rumah macam yang dalam gambar I letak tu kan.

Ish, kurang asam ok budak tu. Boleh dia pergi cakap dekat mak I, "makcik, saya nak RM500." eh, deal RM200 je mula2. Ape kess nak up sampai RM500 kan. Dia ingat mak I bodoh ke senang2 nak bagi duit macam tu. Mak I hanginlah kan. Sehari kalau RM30 untuk cat pun macam dah agak banyak. Berapa hari dia nak ambik untuk mengecat kan. Over ok. Pagar tu bukan panjang & besar mane pun.

So, mak I cakap dia bagi upah RM50 untuk kerja semalam. Hari ni budak tu tak datang pun nak mengecat. Tension la kot mak I taknak up sampai RM500. Hoit, RM500 tu sama banyak scholar I sebulan ok.  Mak I cakap, daripada bagi budak macam tu duit, baik bagi anak2 dia.

So, I tak jadi lah nak kerja part time dekat kedai runcit. I dah dapat part time mengecat pagar rumah pulak.

Owh, anyone nak upah I lukis henna sempena musim kawen ni, sila sila sila contact I.

travel review : Bandung (teaser)


Dah cukup2 seminggu since trip I & family ke Bandung tapi tak ada update langsung kan. Itu namanya sindrom malas update melanda. Review ke Sabah dulu pun nan ado.

Owh, dulu berkobar2 nak post trip 1st time ke Bandung around January dulu tapi nan ado. Nih dah second time pergi Bandung post pasal trip tu pun nan ado. Nil. Kalau lah blogging ni satu job, confirm dah lama kena pecat ni. Hahaha. So, kita letak teaser lah dulu. Nanti more detail post wallahualam akan di update.

I tak dapat shopping sangat this trip sebab before I ke Bandung I dah totally pokai. Before balik bercuti I kena bayar service kereta almost RM700 and duit perjalanan kereta from UTP-Kemaman almost RM100. Dekat 2 bulan scholar habis in a blink. Memang kena jadi pembodek mak bila nak beli barang. Sangat tak best. So, sepanjang cuti ni I kena berjalan2 without spending money till next scholar masuk. Sedih ok. isk isk isk.

I rasa nak buat part time lah holiday ni. Jangan terkejut tiba2 nampak I tengah kupas bawang dekat kedai runcit nanti. weehuuuu

Friday, May 21, 2010

Hidup kena ada impian

     Ahkak rasa kan, makin bertambahnye umur ahkak, makin banyak pulak benda ahkak nak cuba. Ahkak kena try benda-benda mencabar so ahkak tak rasa menyesal bila ahkak dah settle down nanti. Taknak lah nanti dah umur 70 tahun tapi sibuk nak buat gaya macam 20 tahun kan. Walaupun ahkak berangan nak jadik nenek vogue. ohoiy.

Ahkak nak listkan kejap things 'I-have-done''I-berangan' and 'I-want-do-this-things-at-least-once-in-my-life'. Yang dah cross tu ahkak pernah buat la at least sekali sepanjang umur 18 tahun ni. Eh, cuba bagi lagi apa benda best yang possible dicuba.

1. Masuk gua (caving)  
2. Parasailing
3. Wall climbing
4. Travel with friends to other country
5. Go-kart
6. Jet-ski
7. Kayak
8. Flying fox
9. Snorkelling 
10. Scuba diving
11. Travel dekat banyak lagi tempat
12. Pergi venice/paris/france time February
13.  BBQ dengan unggun api
14. Lepak pantai sambil makan keropok lekor
15. Pergi Makkah
16. Main salji
17. Candle lite dinner tepi pantai dengan alas kain petak atas pasir sambil dikelilingi lilin.
18. Belajar menari
19. Main alat gamelan
20. Belajar main piano
21. Naik kapal layar
22. Naik cruise
23. Lepak tepi gunung/bukit tengok lampu
24. Tengok gunung berapi
25. Belajar buat kek kahwin
26. Buat lukisan inai dekat tangan
27. Belajar memasak
28. Penuhkan bilik dengan bunga
29. Nak hias bilik/ rumah sendiri dengan kaler hitam
30. Nak baju kahwin kaler hitam merah
31. Belajar mekap bagi cantik
32. Kumpul beg & kasut banyak2
33. Nak jadi sukarelawan dekat rumah kebajikan
34. Nak sentiasa ada bunga hidup especially lily dalam rumah
35. Memanah
36. Paintball
37. Boling
38. Karaoke
39. Drive kereta
40. Kumpul & baca buku2 best
41. Mandi hujan sambil basuh kereta then makan ubi kayu dengan ikan masin
42. Main layang2
43. Naik belon udara
44. Pergi dekat kawasan yang penuh bunga time spring/autum sambil tengok je bunga2
45. Mandi hot spring pelbagai tempat
46. Nak lukis batik
47. Belajar mengait
48. Banana boat
49. Roller coaster
50. Pergi offshore
51. Masuk simulator helicopter berpusing dalam air
52. Terjun dari ketinggian 15 meter
53. Kahwin dengan lelaki idaman. wahahau
54. Belajar berenang
55. Graduate
56. Berdiri atas susunan cawan kertas 11 tingkat.
57. Ada business / company sendiri




Okeih, baru rasa macam ade hala tuju hidup malam nih. Kalau banyak tak logik tuh, hantam je lah. List berangan2 kan. hohohoho.

notes: Alamak, tiba-tiba teringin burger Oblong. nyam nyam

Sunday, May 16, 2010

Malu2 mau kentut.

Esok start final exam ahkak yang dimulakan dengan 2 paper mencabar hoh.

Kepala dah weng-weng. Esok semoga bangun pagi otak tak beku macam baru keluar dari freezer & tangan lancar menulis ibarat air terjun. amin~

Semalam ahkak tiba2 jadi philosampah lepas sorang kawan ni duk mintak izin (izinlah sangat kan. Kalu tak bagi pun, mesti ko kentut je kan. ahahaha) dengan kitorang yang dalam bilik.

miss Nsk : "Wei, nak kentut".

miss H : "Kentut je lah."

miss Nisha : "Malu kentut, sakit perut" [baca dengan nada berpantun]

Aku rasa cikgu Bahasa Melayu aku menangis kalau tahu. Hahahah. Selamat hari guru~

Thursday, May 13, 2010

tarikh exam dah lepas. Hoh?

Final draft timetable exam dah keluar. Mengarut gila ok. Ada 1 subjek tu, bertarikh 10 May. Masa keluar announcement tu, dah 12 May. Ko biar betik dik?

Hoh? Kompem satu kelas fail tak pergi jawab final. Hahahahah.

Ape ke kelam kabut sangat exam unit sem ni. Haish.

Timetable keluar lambat betul. Kawan2 Sabah Sarawak aku pun ada yang tak beli tiket balik lagi. Kang tak pasal2 timetable tukar2 lagi. Dah satu hal nak tukar tiket flight.

Last night, konon2 study group dengan kawan2 belajar Data Mining. Duk revise previous tutorial. Studynye sekejap je. Then, penat belajar, dan-dan pergi Batu Gajah berkaraoke. 2 jam ok. Balik karaoke, semua stock hilang suara terlebih menyanyi.

Seronok dapat melalak macam orang meroyan malam semalam.

Ok, jom sambung study.


Update : First paper 17 May, Last paper 25 May.

Wednesday, May 12, 2010

Alasan keji mengelak exam

Time-time study week ni lah kan perangai dan sifat mazmumah malas nak belajar tu datang. Tiap-tiap malam before tidur, mesti berazam " Esok bangun je, study".

Tapi, kenyataannya, nan ado.

Tiga hari malam-malam berturut2 aku niat next day harooos study. Tengok past year paper punyalah susah. Kena study. Tengok lecture notes bertimbun, kena study.

Tapi, nan ado jugak.

Now, dah pukul 4 pagi. Study ke mana, apa pun kemana. Makan je lebih.

Tiba-tiba tadi sibuk google gambar design kad kahwin. Eh motipppp google kad kahwin time-time study week ni kan. Banyak-banyak benda boleh google, benda yang kait2 dengan kahwin pulak aku google ape kes pulak kan. Meroyan.

Dah lah before tuh duk menconteng konon-konon pasal kahwin pulak. Sah meroyan


Asal ade kertas dengan pensil dekat tangan time aku boring, memang nahas la.
Tu belum tengok notes lecture aku lagi. Mengucap panjang lecturer tengok anak murid 'rajin' menconteng menulis nota macam aku.



Kita feeling-feeling lukis kad kawen ohkei. Sambil buat muka pengantin gatal nak kawen. Hoh


Ni aku lukis time nak test jugak rasanya. See, kalau time nak exam je mesti tangan aku conteng semua kertas berdekatan. Pleaseee lah bubarkan je exam2 ni. Aku dah tak sanggup bazirkan kertas kena conteng. Kata nature supporters kaaaann..Harooslah mengelakkan pokok & hutan kena terbang untuk kertas. [Dan-dan je mengaku nature supporters]

Eh, keji sangat ke alasan nak bantah exam sebab exam punca membazirkan kertas? Nak kena cari alasan lain ke? hahahha

Monday, May 10, 2010

Sweet escape to Pangkor

Hari Sabtu (8 May) lepas aku pergi a day trip to Pangkor.  Great weekend gateway. Nanti aku upload gambar banyak sikit, now teaser je dulu sebab now internet tengah lembab.

Penuh jugak calar balar dekat kaki time snorkelling. Badan pun sengal-sengal & lenguh. Just kaki je tak berapa lenguh sebab aku letak Losyen Mustajab before tidur. Mustajab ohkei..Memang kena dengan nama.

Briefly, kitorang bertolak pukul 7.30pg dari UTP. 2 kereta berdrebarkan kereta myvi putih CCJ & saga merah CCG. Before that saga merah CCG pickup boyfriend Dbah yang datang dari KL.

rombongan Cik Kiah

Sampai2 just nice dapat naik ferry pukul 8.30pg dekat jetty Lumut. Tiket RM10 ulang alik. Parking kereta mahal betul RM10. Then, ferry rupanya dah tak stop dekat 1 jetty nelayan ni. Terus straight ke jetty Pangkor. Sampai dekat jetty, nak ke Teluk Nipah. Naiklah van2 pink yang dipanggil teksi. RM18 sebab bertujuh. Tu pun mintak diskaun daripada RM20. If 4 orang, boleh dapat dalam RM12.


Sampai awal pun dah ramai orang dekat port snorkelling



Dah eksited nak jadi jakun jumpa air laut

Memandangkan trip sehari je, nak terus lepak pulau Giam. Set snorkelling & pusing2 pulau sikit RM 15. Ada lagi package lain2 macam pusing2 sampai ke Pangkor Laut. Teringin jugak nak tengok betapa cantiknya tempat ni , yelah, sewa sampai RM1000 lebih kan. Tapi, sebab package round2 tu macam mahal & time constraint, kita pergi lepak Pulau Giam je.


Hiking dari tempat snorkelling ke seberang pulau. Gila ohkei, susah gila track tu rupanya. Tapi, seronok. Aku memang suka hiking2 macam ni. Hahha

Panjat, gelongsor, semua ada. Punya la gigih nak pergi port tak ramai orang

Food dah bawak siap2 hasil masak malam beforenya & goreng2 pukul 6 pagi. Snorkelling & mandi2 sampai pukul 4 lebih. Mula2 nak main banana boat tapi sebab masing2 dah pening + lapar + sakit2 jatuh batu licin, kensel plan. Yesh, aku cuak jugak nak main banana boat tu. Selamat aku. [hahah, main banana boat takut, main parasailing atas laut berani pulak]

 Sampai lah dekat port yang ni. Budak boat yang hantar kitorang terkejut nampak kitorang dekat sini. "Aik, korang hiking ke?". Hahaha. Tadi hantar dekat lain, tengok2 dah dekat lain. Masa pickup dekat lain pulak.

Before Maghrib, dah balik ke darat. Singgah beli baju & magnet fridge. Then, plan nak makan dekat Shabu-Shabu saje nak pekena steamboat.

Shabu-shabu tempat steamboat yang aku pernah mention dalam post aku yang ni, sangat penuh dengan budak UTP malam sabtu tu. Mostly budak course aku. Dah macam tempat lecture. Hoh. Entah kenapa aku pening pulak tengok ramai sangat malam tu. Shabu-shabu ni patut bagi kad keahlian dekat UTPians. haha