Wednesday, September 09, 2009

happy teramat sampai nak melompat

wah, tarikh hari ni chantek bukan?

09.09.09

kalau terbalik pun still sama. pusing2 kiri kanan pun sama jugak

Owh..last weekend pergi KL..

omaigod...best gile..

Sampai sana, dalam pukul 6 sebab jalan jammed..Turun dekat hentian Putra. Ada Matta Fair tapi tak sempat bising. Nak kena pergi LRT Bukit Jalil. Nisak, Ct, Gummy tunggu dekat sana.

Nisak dah bising2 sebab tak sampai2 lagi.hahahha..wei, aku naik bas la wei.. ingat aku drebar bas ey nisak? hahah..tp ape2 pun, thanks sebab ko & Ct sanggup menunggu ketibaan datin ini ye..

Masuk2 je dalam kereta. Bising tahap dewa dewi. Dah la tak habis2 buli aku..dem.
Tapi, takpe la..ak taw korang lepaskan rindu kat ak kan.. Nak2 sebab tak jumpa aku masa konvofair hari tu..hahaha..admit je la...(okei, perasan sebentar bajet ade korg rindu ak)

Then, bergerak lah kami ke rumah Timah untuk berbuka puasa secara free... Uish, lama bangat dong enggak berjumpa bersama ex-roommate ku itew..Mak Timah masak banyak betul. Kenyang giler lah.. Nisak makan ikan dengan hepi nye..Then, after sembahyang, plan nk jalan2 Putrajaya

Kami (Nisak dgn lebih tepatnya sebab dia yg drive ) dengan jaya beryaya kidnap (ye, kidnap) Timah.. hahah. So, kitorang pun lepak la ke Putrajaya. Wah, dah lama aku tak pusing2 dekat sana. Last pergi pun, banyak yg takde lg. Macam bukan dekat M'sia. Dah la banyak lampu ( Aku suka gila lampu2..sebab tu kalau lalu Paka n Kl, aku suka gila).

Jalan penuh dengan orang pergi masjid terawih. Alhamdulillah. Lelaki2 begini la yg kita nak pegi pinang buat calon laki. (huhu, lelaki zaman sekarg susah nk cari bagos2..dah berkenan, kena cepat pegi pinang.haha).

Punya la sakan berjalan2 dekat bazaar. Then, bergambar bagai.. Tp ada sikit spoil la. Tengah syok2 ambik gambar, bateri habis. dem.

Nasib baik nisak ada bawak kamera lain. Kamera enset Gummy pun cantik time malam. Enset aku? Pergh, macam nampak gambar alien je. Enset murah. Nak beli mahal2 tak mampu.

Penat dah pusing2, balik dekat rumah nisak area Seri Kembangan. Lepak mapley kejap..uwaaah, rindunye mapley..

Dekat rumah nisak, sekali lagi berborak bagai. Ita & housemate nisak pun join sekaki. Entah pukul berapa baru tidur. Time sahur, terkebil2 mata.Punya la payah nak suap makanan dalam mulut. Mengantuk punya pasal.

---

Esoknya, pagi2 dah keluar rumah. Pergi JJ dulu sebab diorang nak shopping. Semangat okei, siap tukar baju baru dekat toilet..ish ish ish..kawan sape la ni..haha

Then, pegi BB..main roller blade.. If bukan members, fee nak masuk RM20. kalau membersm RM10..Owh, time tengah tunggu housemate nisak, kitorang duduk la dekat cafe tepi kaunter. Ade chinese guy tuh suruh kitorang order air. at least secawan

'Kitorang puasa' -_-'

Time masuk, CT, nisak & aku je yg melayu dalam tu. ish ish. macam tak pose je semngat betul main..(hei hei, ak pose okie)..Owh, ramai gile chinese. diorang kata dah macam dekat Hong Kong.

Aku rasa budak2 yang ada dalam tuh dalam lingkungan form 1-3. Tp, ada 2 budak tuh nyampah betul ak tgk. Gedik. cam attention seeker. ish ish. aku rasa paling besar pun tingkatan 2 je budak tu.. Hahaha, berapa kali ntah ak cakap dekat Nisak ak tak suka budak 2 ketul tu.hahha, okei, enuff bout them.

Pastu, pusing2 window shopping. Ct kena balik awal sebab ada hal. So, berjalan la ak n Nisak je. Lama jugak ktorang dekat sana. Around 5 lebih baru gerak pergi Masjid India.

Ya ampun, ramai giler orang.

Masjid India. Sabtu. Nak raya..

Boleh agak crowdednya macam mana?

So, pusing la lagi carik2 tempat jual shawl murah.. Sambil tu melilau tengok makanan apa sedap nak berbuka..Owh, terjumpa satu baju yang cantik. Ish, nyesal tak beli..Suka giler baju tuh.. dah la long sleeve. ish, cantik.

Owh, crocs murah gile kat sana.

Selepas bermahalah (hiperbola sikit) kami berjalan, jumpa lah satu kedai yang Nisak rekomen. Ohmaigodddd...murah gila makcik tuh bagi untuk shawl..tp, ralat sikit lah sebab time tuh dah dekat berbuka. so, cam rushing pilih2 shawl.

Lepas berjaya beli shawl, rushing2 beli makanan. (tapi sempat lagi beli baju raya..kedai tuh bagi harga murah gila compared to kedai lain untuk baju yang sama. tak beli kang nyesal lagi..heheh..alasan.i know)

Alamak. waktu berbuka dalam 5 minit lagi.

Makanan tengah bungkus. Tempat makan takde. Wut to do?

Heeeee...kitorang makan tepi jalan. serious. Dekat Masjid India. Belakang Gulatis Silk House lagi tu..haha

(nanti ak upload gambar. tapi, boleh preview dekat sini . ini link blog nisak)

Best giler berbuka macam tu. aku rasa nasib baik ak jalan2 dgn nisak time tu. Sebab sometimes ada orang yg cerewet sikit pasal nak duduk makan. segan lah kiranya nak duduk tepi jalan kan. (well, agak ramai yg senasib dgn ktorg. dah macam pesta pulak)..Lagipun, nisak sanggup layan kerenah aku berjalan merata2 hari tu. Lagipun, dia sendiri suka berjalan. Kalau orang lain, dah pitam kot..hahahhahaha, aku ckp dekat nisak dekat 3 kali,

"Nisak, hari ni aku sayang ko lebih" (okei, macam lesbo. i know..dem)

Ade uncle Indian tegur kitorang dgn ramahnye time tengah makan. n rasa agak safe sebab ada 2 pak guard tgh berkawal time tu. n hujung jalan ade beberapa family. so, sambil makan, sempat lagi tuh ambik gambar..hahah..kenangan beb. kenangan.

owh, henset bateri aku dah 'kong'..Padahal time tidur rumah nisak, dah charge penuh2.. Henset murah. bateri pun tak tahan lama..ish ish ish

Kitorang berpecah time dekat LRT Bandaraya. aku pegi stesen PWTC, nisak balik stesen bukit jalil. Owh, ko tak sempat pun nak pegi tengok Matta Fair tu kan.. (nisak ni suka betul pasal travel. dia siap tampal peta dunia kat dalam bilik)..

Kesimpulannya (mcm dlm karangan lak. ada kesimpulan2), mmg last weekend ak enjoy sangat. Dapat jumpa kawan2 yg dah lama x jumpe w/pun asyik kena buli + sakat je hari tu. dapat shopping (hehehehe). dapat usha lelaki kacak ( opps, kurang pahala pose ak hari tu..well nisak, budak dalam LRT tuh mmg super cute kan. seb baek dah ade awek..haha)


p/s: ak baru perasan, banyak gile la plak nama nisak dalam post kali ni..ish ish ish

p/s: post kali ni patut ada gambar, nnti la aku edit, letak gambar

Friday, September 04, 2009

2-moro : Kolumpo

sesi gila gambar dekat tempat helikopter mendarat, UTP

Nisak & Timah dalam percubaan jadi gadis misteri



...

Esok pergi KL.

kawan2, jumpa di sana...

Nisak : Ko jangan tak tunggu ak dekat Bukit Bintang esok.. Owh, nanti aku try bawak 'kepok lekor' yang ko mintak. Tapi chek tak janji noo.

.:. Nisak dah pandai jadi mekanik printer & kena kerja buat programming. Hhahaha, ak taw dia sangt tak suka programming. Well, siapa yg suke mmg ..... sangat.. (fill in the blank ikut interpretasi sendiri)

.:. Wei, bile plak ak ngorat *teeet* tu? Ak pihak berkecuali okei..Hahahah.. Aku taw tujuan ko, ko nak kate dia selalu roger ko pasal ape2 kan.. Chait...eye candy eh?

Ctkay : Weyh. ko jadi balik Kuantan ke x? If tak, ko kena jadi tourist guard kat Masjid India. haha.

.:. Ct dah jadi tokey tudung. Siape2 nak beli, boleh tengok dekat sini. Murah2, cantik2. Dia siap jahit ribbon dekat shawl. Unik kan? Ape lagi, beli2.. boleh pakai time raye. mesti anda nampak gorgeous n menawan. (weyh, ak bg ko free promotion. blanje ak shawl free satu)


Ita : Aku pun rindu ko & kepala ko.. Ko kate jangan terkejut tengok ek pertambahan size kepala ko. Ak pun hope ak tak terkejut sampai pengsan. haha

.:. Ak rasa Ita nih genius sebab kepala dia besar lah. If time belajar/ after exam dia kata x boleh jawab, ko takyah la bersimpati. Ko patut bersimpati kat diri sendiri sebab result keluar2 je, mesti dia scorer. Genius woh. Dah la ada sijil Oracle. Bijak2.


Timah : Roommate aku since foundation 2nd. Bagus woh dia ni. Kreatif yg amat. Dulu2 aku ingat susah jugak nak rapat dengan dia. hahaha. Tp, since dah bertahun2 jd roommate dia, banyak benda yang kalau tak boleh cerita dekat orang lain, cerita je dekat dia..

.:. Timah, teringat time kita buat sesi gile gambar secara tiba2.. Dekat bumbung Jusco, dekat stesen keretapi, dalam fitting room Jusco. . (agak2 akak salesgirl tu pelik tak kita lama sangat dalam room tu? Siap bergamba bagai. ) Best nye weeeiii...rindu



Aksi happy bila rooftop tak ada kereta lain langsung

Muka terlebih happy tidak dapat disorok. Maaf





Yang bahaya tu yang kita suka

Timah berpura2 tunggu komuter. 1 2 3 action !!


Tak nak beli, tapi suka. So, kita ambik gambar dulu.




Aksi eksited tak dapat disorok jugak kerana terlalu happy dapat pakai baju idaman. eceewah



Suka gila weyh ribbon dekat leher baju ni. Spoil sebab short sleeve. Kalau tak, kompem mimpi2 nak beli.

Suke dress yang Timah pakai ni jugak
Kenapa girls suka ambik gambar dalam fitting room? "Sebab dia bestttt"


Izzah, Intan, Ayu : Dah lama nya tak jumpe korang. Rindu. If jumpa, kompem bising sekampung. hahha. nnti ak nak post special pasal korang je. Tp, blog nih pun ak x impom dekat korang pun lg. Segan weih. nnti korang gelak2..hahahha..


Kawan2 lain, saya rindu kamu. (tak larat nak tulis nama. Tapi kamu tahu kamu kawan saya kan. JAdi, kamu la yang saya rindu) okei, ayat geli, boleh muntah.hok hok hok




~ Macam mana nak angkut kepok lekor banyak2 naik bas nih.. -_-'

Sunday, August 30, 2009

annoyed

Annoying lah..

kenapa ak punya list dekat link blog kawan2 aku tak keluar update?

nanti x up to date lah ak dengan post2 baru orang.

ish, x boleh jadi nih..

macam mana nak betulkan ni?

susah la jadi buta IT ni..

T_T

Friday, August 28, 2009

wash your hands la wey

Lagu nobody - wonder girl..versi hygiene..haha..sempena H1N1

Lawak seyh liriknye..

WASH YOUR HANDS TOO !!

Thursday, August 27, 2009

kad raya

I'm feeling generous today.

thought maybe wanna to send some kad raya to my frens out there...hahahha

dah lama kan tak main pos2 kad raya...

see. zaman teknologi sangat ni bukan best pun. e-kad, sms..

cepat. tp feel dia lain lah.

I do like kad2 wish yang orang send through facebook, friendster, myspace semua2 tu..

but...

I LOOOVEEE kad raya yang di pos... best okei..


Those feeling bila check bekas surat time dekat2 raya..

Tadaaaa..ada kad raya..yeaaay yeayy

and I used to send those kad raya too... owh, tapi ak x suka send yang gambar ketupat pelita.. Aku suka bagi kad raya kartun2 tu...



note : surat pun orang dah tak tulis sekarang kan. Aku still simpan sekotak (besar kotak kasut) surat2 yang ak dengan kawan2 aku tulis. Time tuh baru pindah sekolah asrama penuh. Ayu, Intan, Izzah, Nadia. kitorang semua main tulis2 surat then post..sweet kan mereka...

owh, tp Datin Nisha ultimate sweet..i know i know..hahaha

cool : music without instrument



Highly recommended !!!


Serius..sangat COOOLLL.. ak terjumpa dalam youtube...baru je tadi..

Budak ni orang Jepun. Video ni dia perform dekat rancangan korea..

note : If nak cepatkan youtube loading, tambah &fmt=18 dekat ending url. then click refresh.

music without instrument












dah tengok? Cool kan?

Tuesday, August 25, 2009

sukati 7 : ak penah..ko penah ke?

Korang pernah post motor?

Tak penah?

Haaa..aku penah...

Dekat UTP hari tu.. before balik intern.

See. macam nangka aku balut motor ak. Owh, motor ak ada nama. "Kiss"

Apsal Kiss? Panjang kisahnye..






Ini Pau. teman aku pegi post motor.

Cost post motor dari UTP- Kemaman = RM 180 kalau tak silap.




okei, post kali ni tkde motipppp pun.. ak saje nk tunjuk ak penah post motor..hahah..ko penah?