Saturday, April 10, 2010

Hari yang pelik

Tadi ahkak masuk bilik.

Akak dengar bunyi chip chip chip. Macam bunyi burung.

Uiks, takkan la ada burung sesat terbang masuk bilik ahkak.

Lepas tu ada bunyik enjin kuat. Macam kapal terbang.

Kuat betul bunyinya. Macam terbang dalam bilik.

Ah sudah, apahal pelik sangat ni.

Ahkak seram sejuk dah ni. Nasib baik bukan malam jumaat.

Dah lah tadi ada orang kissing betul-betul depan bilik ahkak.

Siap pegang belon terbang dengan hadiah2 lagi ohkeiii..

Ahkak intai-intai.

Then,

Ahkak nampak.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Something
.
.
.
Pelik
.
.
.
.
.
Tapi Benar
.
.
.

Ya ampun, sejak bila bilik ahkak siap ada pokok


Ahkak tolong sekor anak  burung sesat terbang


Then, ahkak dengar lagi bunyi enjin. Akak jenguk ke syiling. Rupanya ada kapal terbang lalu atas ahkak


Terus akak lompat nak tangkap kapal terbang tu

Akak keluar bilik. Nak panggil kawan ahkak tengok

Ahkak bukak pintu.

Tak habis-habis lagi kissing

Lantak lah.

Terus ahkak tutup pintu

Siap bawak kerusi pulak tu.

Ish ish. Pelik betul hari ni





Korang pernah kena hari pelik macam ni?

Hari kelam kabut bersama perut kosong

Hi gorgeous sekalian.

Petang tadi kelam-kabut. Dateline assignment pukul 5. Pukul 2 lebih baru nak print out 39 pages assignment tu. Then kena hantar binding dulu sebab lecturer demand suka assignment cantik je tak sudi pandang assignment guna staple.

Konon before pukul 2 dah siap masak semua. Pukul 5 lebih baru dapat makan. Busy sangat lah konon. Nak makan tak sempat. Nak makan after kerja settle. Hambik ko, gila meroyan lah ahkak kejap tadi. Ahkak tak tahu la perangai ni mana menurun. Asal lapar je, mula lah cepat tension. Tengah-tengah lapar tu ahkak pergi la menapak ke kedai nak binding assignment. Masa ni lapar suam-suka kuku je. Ingat nak settle kerja cepat2 boleh balik makan.

Then ahkak perasan handset ahkak sim card longgar sebab tak boleh buat call. Patut lah dua hari tak berbunyi handset. Lepas betulkan handset, mencanak-canak message ada call tak angkat. Mostly dari parents ahkak. Tak pasal-pasal kredit ahkak habis nak kena buat international calling nak bagitahu jangan risau.

Lepas tu menapak jauh tak hengat pergi ambik kereta dekat parking. Pergi lah round kereta building lecturer sambil berpeluh-peluh cuaca panas masyaAllah. Dekat building lecturer, belek-belek assignment. Syit! Ada table isi dah lintang pukang alignmentnya. Ahkak call groupmate ahkak. Nak hantar je ke, or nak pergi betulkan. Ada sejam lagi. Ahkak da letak je dulu assignment tu dalam pigeon hall.

Tapi, teringat pulak lecturer tu sedangkan binding dengan staple pun boleh jadi isu. Ini table lintang pukang. Mesti jadi isu. Then, tak pasal2 kena gagau-gagau ambik balik assignment. Berlari pergi balik bilik betulkan table. Dah lah bilik jauh, tinggi pulak tangga. Atlit betul ahkak hari ni. Pergi kedai yang sama nak binding additional pages. Orang kedai tu sengih dia nampak ahkak masuk tak sampai setengah jam tadi sambil bawak assignment yang sama. Dengan berpeluh2 termengah2 takyah cakap lah sebijik macam practice merentas desa.


Bajet jaguh marathon pergi rushing hantar assignment


Tak cakap apa-apa pun lagi, dia dah tanya "Nak binding baru ke nak masukkan je?". Pergh, mesti dia dah biasa tengok budak berlari2 nak kejar dateline kan. Spesies kerja last minute punya. hahaha

Dah siap, berlari pulak pergi ambik kereta, pecut (pecut la sangat. hoh). Rushing punya pasal, parking je dekat area tak boleh parking. Pak guard baeeek punya ada kat area tu tengah letak stand board kawasan student dilarang parking. Hoh, lantak lah. Nak saman pun samanlah (eceh, berlagak. Padahal punya la berdoa-doa jangan kena saman time tu. Ingat aku kerja cop duit ke nak bayar saman je.).


Nasib baik tak kena saman.

Wohooo. Nasib baik sempat lagi hantar sebelum dateline. Terjumpa classmate  masa letak assignment tu dalam pigeon hole, dalam lift dia dia cakap, " Rajin korang pergi bind. Aku staple je".

Ahkak jawab , "Dia cakap dalam kelas hari tu. Dia nak front page cantik2, ada table of content, dengan binding. Staple2 dia tak main". Masa ni lift dah sampai ground floor.

"Serious ke weih. Syit". Classmate ahkak jerit. Ahkak keluar lift, dia pergi naik ambik balik assignment.


Terkejut member tuh


Oh, bukan ahkak je yang kelam kabut pergi buat kerja sama dua tiga kali pergi building lecturer
 hari ni.



P/s : Layan dengar juta-juta kali malam ni.

i. C'mon Through - Lasse Lindh
ii. Walk With Me - Michael Learns To Rock

Monday, April 05, 2010

roommate bagi theory comel

Semalam ahkak down secara tiba-tiba. Feeling touchy-touchy.

Ahkak mention dekat roommate ahkak pagi ni.

Tiba-tiba dia bagi satu theory comel gila masyaAllah.

"Ko sedih sebab soulmate ko tengah sedih tu".

Then ahkak reply

"Haa, mesti sebab soulmate aku baru lepas clash dengan girlfrend dia kan. Tu yang sedih gila-gila tu. Sape lah soulmate aku tuh kan. hahah"



p/s: Ni gara-gara roommate aku terpengaruh tengok cerita Korea tajuk Soulmate la nih. Konon-konon soulmate ada connection yang kuat macam gam gajah walaupun duduk jauh-jauh & belum kenal lagi.  Terus keluar theory comel tak hengat. hahah. Terus terhibur aku dengar theory nih

Dalam hati ada hujan rintik-rintik

Even gua nampak relax. Muka gua muka minah sengal. Perangai gua macam minah takde feeling touchy2..

Hati gua sensitip beb.

Ish, malam ni gua rasa super duper sedih.

Gua rasa baik gua pergi mandi. Tidur

Mungkin hari ni bukan hari gembira gua.

Thursday, April 01, 2010

As of today

watching : You Are Beautiful [korean series]

Ada 16 episodes. Now baru sampai episode 12. Tengok cerita Korea, mesti terfikir kalau cerita ada 2 watak lelaki, 1 watak perempuan. Kenapa la hero mesti yang mean, yang ganas2, yang tak suka pun heroin tu mula-mulanya. Yang mamat duk terkejar2 heroin dari mula, yang baik hati, menyintai sepenuh hati mesti frust last-last. Oh, Cinta tu buta. Lupa

reading : Plain Truth by Jodi Picoult

Kisah Amish girl yang beranak tapi belum kahwin. Baby dijumpai mathei dalam barn. Kecoh sekampung cari pesalah.

Kalau sesiapa yang tak suka cerita serious-serious, not recommended lah buku ni. Sah-sah tertidur punya. For those yang suka, buku ni recommended. Untuk genre macam ni, aku suka Jodi Picoult. So far buku My Sister's Keeper, Nineteen Minutes, Change of Heart sangat lah berbaloi untuk dibaca. Plan to read Handle With Care. Anyone nak bagi pinjam / exchange buku?

Studying : Data Mining

Subject best tapi tukang ajar ntah ape-ape. Time tutorial baru faham. So, rajin nak study kira-kira je. Theory malas nak study like hell.

Listening : Lagu bosan seperti bosan

Dah bosan dengar playlist sendiri. Sampaikan setiap starting bunyi muzik dah tahu lagu apa then terus tekan next next next sampai lah pusing balik lagu yang previous. Hoh.

p/s: Hambik ko. Punya lah malas nak study hari ni. Sampai 2 post malam ni. Sungguh what the fun

Takyah balik.

Esok Aii ada test lagi. Punya la bosan nak study.Tadi bajet rajin tapi now dah malas gila2. Mula-mula google2, bukak website kaitan dengan Data Mining. Now, dah pergi terbukak website blog ape-ape ntah. Tekun pulak aku baca hapdet-hapdet bloglist. Website Data Mining ntah ke mana ntah.

Aii plan nak balik rumah weekend ni.Nasib baik aii tak beli tiket awal-awal sebab kalau tidak, mesti aii beli tiket khamis malam memandangkan hari Jumaat aii takde kelas langsung. Tup-tup dapat surprised 'tadaaaa, jom buat test DM khamis malam ni'. Sungguh what the fun lah bukan. Punah plan aii.

Tapi, ada bagus jugak boleh setadi lebih sikit sebab kalau tidak, test tu hari Selasa which is semalam. Last week takda kelas langsung which means we olls tak tahu amende lah yang dia nak masukkan dalam test. Sungguh what the fun lah juga. Dah lah dia tu (okei, better stop now. Kang sah-sah post ni masuk dalam lingkungan zon mengumpat. Ntah sape lah baca blog ni nanti tiba-tiba kepoh pula ada sesi mengumpat dalam post ini. Dah lah tadi sungguh seram tengok feedjit ada entah sape pergi google 'Nisha UTP'. gila seram. aii harap bukan google cari aii sebab dekat UTP bukan aii sorang je yang nama Nisha.)

Then dapat email dari SV FYP, nak jumpa aii & 2 others yang buat topic courseware this friday morning. Alamak, macam mana nak balik ni. Aii proposed buat Khamis tapi dia tak free lah pula. Nasib baik SV aii sungguh lah understanding, dia ajak buat hari Isnin. Phew, nasib baik. Kalau dia mathei-mathei nak jugak buat hari Jumaat pagi, sah-sah aii kena pilih nak balik Jumaat petang( bas pukul 7malam) or gamble je drive balik (obviously tak pilih option ni lah kan)

Aii mula-mula macam nak cancel plan balik rumah. 10 jam kau tahu naik bas. Pergi Jumaat, balik Sabtu. Tapi aii fikir-fikir, baik aii balik. Penat sekejap tak apa lah. Apa-apa family dulu. Ayah aii dah telefon bagi hint taknak balik ke. Hari tu dah lah ayah aii balik after cuti midsem habis. Aii tak sempat jumpa. Ayah aii nak bribe suruh aii balik, sebab Ahad ni dia dah kena pergi kerja lagi. Angkut sekali mak & adik bongsu aii.

Ayah : "Abah beli baju dekat hang. Balik lah".

 Heh, tahu aje anak dia suka hadiah.

Tapi mak aii lebih hebat, taknak bagi aii balik takut aii penat sebab balik sehari je and baru hari tu balik cuti midsem.

Anak : "Abah beli baju ape mama? Abah suruh balik ambik"

Mak : "Alah, baju t-shirt murah je. Takyah lah balik. Duduk je situ"

Terror betul alasan mak aii tak bagi aii balik. Ini yang kena balik ni. Makin tak bagi, makin kena balik. Hahahaha

Terus petang tadi pergi beli tiket bas ke Kuantan. I'm going back. wohooo

p/s: Gila mahal lah tiket bas.

Sunday, March 28, 2010

picnic lah jom

Esok nak pergi berkelah dekat Sg Kelah.

Aaa..Pagi2 nak kena bangun, drive.

Okey, baik aku pergi tidur sekarang sebelum mak-mak tiri datang.

Aish, susah jadi Cinderella ni..


haha..motipppp Cinderella

p/s: Okei, ahkak nak pack barang dulu.