Wednesday, April 13, 2011

Saya Puan. Bukan Cik

     Pagi tadi aku pergi bank. Mamai. Lepas tu lapar. Sakit perut. Aircond bank sejuk. Menggigil tahan sejuk sementara tunggu turn. Padahal masa aku datang, angka dah 1016. Aku 1017. Dekat sejam aku tunggu tapi tak panggil-panggil. Padahal bukan ada orang lain pun.  Hangin aku. Dah lah akak kaunter tu buat muka kerek. Mentang-mentanglah aku pakai selebet macam penganggur. Eh, aku memang penganggur pun. Ok fine.

      By the time dia panggil giliran aku, memang aku dah emo. Harini aku emosi ok. PMS. Masam macam ape dah muka aku.

      Time nak isi maklumat dalam komputer, akak tu follow je  maklumat macam dalam MyKad. Mana-mana yang tak ada, dia akan tanya. Aku ni dah lah tengah emo. Banyak pulak tanya kan. Waktu nak isi panggilan Mr, Mrs, Ms tu, dia tanya lah.

"Nak letak puan ke cik?"


"Puan"

Dengan sepantas kilat aku jawab. Padat. Ringkas. Tapi tak tepat.

Pang!! aku rasa nak tergolek jatuh kerusi masa dengar jawapan dari mulut aku.

Aku pun terkejut macam mana aku boleh tersasul jawab puan. Haha. Melampau okay. Punya la emo sampai confuse status. Nasib baik aku tak jawab

"Encik"

Confirm akak tu suruh pakgad halau aku keluar bank.

Nasib baik lambat panggil dekat sejam je. Kalau dekat dua jam tak panggil-panggil, ada harapan kalau dia tanya

"Female ke Male?"


"Male"


Hah. pitam !!

Wednesday, February 09, 2011

Krisis Mesir

Dah masuk tahun baru, satu post pun takde kan dekat blog aku nih. Hahaha. Memang berkepam lah blog. Dah masuk Febuary baru terhegeh-hegeh nk hapdet. Sebenarnya aku malas la nak menulis walaupun kalau nak dikira banyak je benda nak tulis. Tapi disebabkan aku tak tau nak tulis yang mana dulu, maka takyah tulis apa-apa. Ahahahah. Boleh?

Owh, since krisis Mesir tu, dari awal lagi aku suka follow up. Ni baru jumpa satu link best sebab 1st hand story dari student kita yang belajar kat sana. Yang bestnya sebab dia cerita pengalaman dia join sekali rombongan tu. Well, he got some nerve lah I must say.

His writing style quite funny even though storynya agak nerve wrecking. Gila tak suspens if included in that kind of situation? Tapi last update takde sebab blog tergendala. Hope blog dia tak berkepam macam blog aku ni lah. Hahahah.

ni link

Okeh, bye

Sunday, November 14, 2010

gossip : Permaisuri Agong in love with Uncle Seeker?

Bila aku baca pasal benda ni dekat BeautifulNara, eiii, geramnya aku.



Bukan geram dekat mantan permaisuri Agong. Tapi dengan Uncle Attention Seeker nih. Apa motif dia sebenarnya reveal benda ni. Macam ada ulterior motives je. *sigh*

Aku rasa kan, macam kena mandrem je mantan permaisuri ni.. Kalau tak, macam mana lah diorang boleh bersama kan. Agak tak sesuai di situ. If baca-baca balik dalam post Uncle Attention Seeker, mantan permaisuri pernah berubat dengan dia.

Teringat pulak dulu-dulu baca paper, kes konon-konon berubat dengan bomoh. Tapi rupa-rupanya bomoh tu bagi 'penyakit' lain pulak. Well, ni spekulasi & assumption je. Tapi, anything is possible kan.

Kalau betul lah mantan permaisuri dah tangkap cintan dengan uncle tu, I think she deserve someone better. Where's the good thing being together with someone yang terang-terangan cuba insult dia. Kan? Cinta ke if tulis macam tu towards mantan permaisuri and her father? pff.

** post from this so called Uncle Attention Seeker can be found at Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5. Obviously ramai yang tak puas hati dengan uncle ni through all the comments. Well, i know why.

Saturday, October 02, 2010

Masquerade

Corak bunga hiasan dekat bawah tu malas nak siapkan. Huhuhu



Nanti weekend around 10 October ada masquerade party for ladies. Mula-mula plan nak pergi tapi sebab bertembung dengan career carnival, terpaksa la lupakan je. 

Tak sangka dah 4 tahun lebih dekat UTP. Less than 2 month before grad. Pejam celik, dah nak habis. Walaupun sekarang rasa tak sabar nak keluar UTP, but 100% sure I'll miss UTP.

Tapi for now..

Eeeee, grad cepat sket boleh tak

3 test berturut dalam 1 week, FYP lagi, assignment & project to be submitted lagi.


Tuesday, September 28, 2010

Gadis tepi bunga



Kite malas nak tulis panjang. Kite nak update gambar lukisan kite haritu je. Kite tak siap lukis lagi, tapi kita rasa macam dah malas nak sambung lukis balik. Before lukisan kite ni hilang, kite nak upload dalam blog dulu. Takde lah kite lupe nanti bile tua2, asalkan dalam kelas IFM & MS je, mesti kite start conteng buku.




Tepi tu ada garis2 buku kan. Tu lah buku nota kite.


p/s: Kite tak tahu macam mana pompuan ni ade tahi lalat dekat mulut. Ni mesti debu scanner ni

Saturday, September 25, 2010

Best wishes

Happy belated birthday Hanum

Punya lah dah agak berzaman since her birthday. Time birthday dia haritu semua tengah cuti. So, ni baru dapat celebrate. 

May u have a great future undertakings.




Kroni2 berkumpul dalam gelap ditemani nyamuk2 sambil tunggu birthday girl sampai.


Kalau mimpi kena patuk ular, tandanya

Semalam dah 2 consecutive days aku tak tidur malam. Pukul 7 pagi baru tidur. Nak kejar dateline FYP. Aku kalau buat kerja time lain, memang tak produktif. Siap jugak akhirnya report tu. Ni pun dah dekat 4 pagi. Duk berjaga lagi ni.

Tapi hari ni dalam pukul 6 petang aku dah tertidur. Malam2 baru terjaga. Segar sikit badan & kepala aku. [eh, tidur maghrib2 tak baik ko tau..Jangan follow]

Eh, kalau mimpi kena patuk ular kan. Ko punye first terlintas dalam fikiran ape? Orang selalu cakap orang nak meminang. Tapi, yang sebenarnya, aku baca ade pasal sihir2. Hah. Seram ke tidak tu. Punya la gigih orang nak mimpi kena patuk ular kan. Tapi, yang sebenarnya.

Aku dari dulu dah ade problem tidur malam. Abang aku pun. Time internship je aku takde masalah ni sangat. Mak aku risau jugak kadang-kadang bila aku tak tidur malam. Nak-nak lepas aku cakap aku pernah mimpi kena patuk ular awal2 sem dulu. Seram okeii.

Tak tidur malam pun salah satu simptom. Dah tak pasal-pasal haritu mak aku beli buku pasal sihir2. Nak tahu simptom2 punya pasal. "Mama, google kan ade"

Tapi takpelah, kita tawakal je. Aku malas sangat nak pikir hal-hal macam ni. Aku harap2 aku silap nampak dalam mimpi tu. Mungkin ular tuh sebenarnya kucing ke, kangaroo ke (eh, motip kangaroo). Ntah2 tangan Nisak duk cubit kaki aku. (Dia ni pun tak leh caye gak, dalam mimpi pun boleh buli) Ye lah, aku kan rabun. Kalau tak pakai spek time tidur, bila mimpi mesti lah blur. Muka tongkang pecah pun boleh nampak macam Takuya Kimura.

Teringat plak kazen aku pernah nak tidur, lupa tercabut spek. Aku cakap " Weih, nape ko pakai spek time tidur? Ko nak nampak mimpi ko clear eh"  . Tergamam ok kazen aku tuh. Hahhahaha. Terus bising satu rumah sebab dia gelak.

Tapi aku rasa sekarang darah aku cepat je menyirap. Bila darah aku menyirap, mula lah mulut aku laser semacam. Uncontrolled. Kepala aku ni asyik pikir, 'Slow down. Slow down'. Tapi last-last ade je yang aku nak menyirap.

Tapi benda ni around yang terdekat dengan aku je. Kalau dengan orang lain, orait pulak. Pelik aihh. Tapi dengan sorang ni, pantang betul aku dengan dia. Tapi dia pun pantang betul dengan aku. Okei la tuh, kite pun tak suka semua orang. Takyah pelik kalau ada orang tak suka kita. hahahah. Kan.

Aku rasa aku nak ambik inisiative 'Lantak lah'. Orang nak cari pasal ke, nak sakitkan hati ke, nak itu, nak ini. Lantak lah. Malas nak ambik port. Walaupun ignorance tu tak bagus. Tapi, kadang2 ignorance is a bliss.

Okeih, esok nak kena drive pergi Teluk Intan. Open house coursemate. Baik aku tidur. Dah tak pasal2 keluar post merapu. Dah macam mistik2 plak post aku. Grrr

Nota merapik : Aku punya azam nak senyum doplohpatjam macam tak kesampaian. Last2 kalau selisih sape2, aku still segan nak senyum then terus pura2 buat muka dunno. Padahal aku taktau nak buat muka macam mana. Kalau muka cantik takpe. Buat ekspresi pelik2 pun lawa. Tapi..kalau nan ado macam mak ni kan dik non, how??? Nih susah kalau tahap keyakinan atas sikit dari 0, tapi still bawah dari 1. Camno tu

{Entah berapa juta kali aku duk tulis tapi tapi. Aiyoh. Rosak Bahasa Melayu}