Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Saturday, October 02, 2010

Masquerade

Corak bunga hiasan dekat bawah tu malas nak siapkan. Huhuhu



Nanti weekend around 10 October ada masquerade party for ladies. Mula-mula plan nak pergi tapi sebab bertembung dengan career carnival, terpaksa la lupakan je. 

Tak sangka dah 4 tahun lebih dekat UTP. Less than 2 month before grad. Pejam celik, dah nak habis. Walaupun sekarang rasa tak sabar nak keluar UTP, but 100% sure I'll miss UTP.

Tapi for now..

Eeeee, grad cepat sket boleh tak

3 test berturut dalam 1 week, FYP lagi, assignment & project to be submitted lagi.


Monday, March 22, 2010

Lagi senang pun ada

OOoooOOoo.

Comment box tu boleh setting lain nak bagi lagi senang. Wahahaha.

Patut la ada orang penah cakap dulu-dulu yang tempat comment aku susah nak access.

180 degrees





Aku rasa biological clock aku dah tunggang langgang. Crazy clock


Selagi tak pukul 3 - 4 pagi. Tak reti-reti nak tidur.


Negara mana yang pukul 3 petang time Malaysia 3 pagi? Tuan badan dah tersilap setting time zone ni.

Sunday, March 21, 2010

20 March 2010 : Sebelum ahkak mental

    Hai gorgeous2 semua. Sihat ke tidak? Waras ke mental? Semoga waras2 lah ye. Jangan pressure sangat mengadap FYP korang tu. Rugi pulak penat2 belajar dapat degree nanti, tapi mental lah pulak. Gituuuu.

    Ahkak sampai UTP pagi tadi around 7 pagi. Bas ahkak bertolak pukul 9.30 malam hari Jumaat. Dekat 10 jam kau tahu ahkak tercongok dalam bas tu. Sepanjang malam tu pulak ahkak dapat tidur dalam 2-3 jam je. Punya la hangin ahkak ni sebab orang sebelah ahkak berdengkur tak hengat.



 Kuatnye dengkur..Kuatnye dengkur.. Tension aaa

    Ahkak pasang earphone volume paling high pun tak boleh challenge orang tu berdengkur. Pejam2 mata pun tak jadi jugak. Ahkak rasa nak belasah2 je orang itu, tapi nanti leceh jadi kes polis lah pulak. Tak pasal2 ahkak kena masuk jel. Assignment banyak tak siap lagi ni. So, ahkak belasah orang tu dalam angan2 ahkak je. [eceh, padahal nak belasah tak berani]

Ahkak rasa macam ni agaknya rupa ahkak masa tu.

 
[eh eh, ahkak bukan anti orang berdengkur. Ahkak dah biasa dengan orang tidur berdengkur sebab kawan n family ahkak ade je yang berdengkur. Tapi orang tu punya tahap memang mencabar keimanan ahkak. Or maybe ahkak tension sebab kena duduk 10 jam dalam bas & tak dapat tido dalam keadaan macam tu. Weng lah ahkak jadinya]

    Sampai jeh UTP, masuk bilik, qada' tidur. Ya ampun, nikmatnye. Tengah hari kau baru ahkak bangun. Puas ahkak.

   Then, petangnya ahkak pergi restoran seafood Shabu-Shabu dekat2 Lumut. Makan steamboat. Best giler tak hengat. Ni first time ahkak pergi sana. Kawan-kawan ramai recommend. Bayar by per head = RM 16.90. Makan lah banyak mana ko nak selagi perut tak pecah. Tapi kalau membazir, kena bayar RM 5 untuk setiap 100g. Siap ade BBQ tu yang tak tahan. Pilih2 nak ape, then staff tolong panggangkan. Sedap oihhh. Tambah dengan aiskrim macam2 perisa lagi tu.

   Eh eh, sebelah kedai ni ade night club tau. Sambil makan, sambil tengok perempuan sexy tak hengat. Laki-laki sekalian, bawak-bawak bersabar tahan iman kalau nak datang makan sini.



Unik ah ding dong nama kedai ni.

Pose-pose before masuk berjuang

 

Dekat area tepi tu ade choices lain lagi. BBQ, aiskrim. Mane tak rambang mata

Berjuang!!

   Dekat 2 jam lebih ahkak, Tma & Hanum melantak dalam kedai tu. Motto kitorang, '' Makan sebanyak mungkin, jangan membazir langsung". Berkobar-kobar nih makan steamboat. Ahkak rasa malam ni ahkak overdose steamboat. hahahha. Tak nak membazir lah konon kan. Hambik ko, nak pecah perut ni habiskan makanan.

Ini baru sikit. Banyak lagi tak sempat snap. Dah masuk perut dulu.


Tekun berjuang menghabiskan makanan. Macam mana tak overdose.

 
Hasil perjuangan.

   Balik UTP, malas nak masuk bilik lagi. Duduk2 depan Masjid An-Nur UTP. Tma menembak2 gambar masjid guna senapang DSLR dia. Tup tup ahkak & Hanum interframe masuk bergambar. Dari sesi ambik gambar masjid, terus jadi sesi ambik gambar kami pulak. Dari masjid sampai ke padang port kami berposing. Sakan kau..Takpelah, kate final year kan. Bila lagi nak ambik moment2 terakhir. Nanti dah tua kerepot segan lah pulak dekat anak cucu buat peel macam ni.

Pose-pose 3 orang Final Year Student yang bakal masuk week busy super duper

   Habis bergambar, semua dah weng penat balik bilik. Tapi sempat pulak ahkak pergi hapdet belog berhabuk ni kan. Hahaha. Tma pun dah surrender tidur dah tu. Tapi tadi sempat dia edit2 gambar. Nih ahkak hapdet gambar yang belum edit lagi. Tak menyempat2 nak hapdet belog. hoho.


  

Nak beli mask tak sempat. Guna jari pun boleyyyy

Sampai ke bonet kau posing.



Adengan penutup. Kita skodeng dulu.

Friday, March 05, 2010

Bilik terkunci di saat bina muscle

Pagi tadi, aii bersama Nisak, Tma & Ctkay pergi swim. Nak build muscle lah kononnya kan. Pagi-pagi lagi dah semangat bangun sebab tak pergi time panas. Nanti hitam, habislah duit hantaran Nisak (yelah, dia kan semangat nak kawen) kena potong pulak nanti.

Semangat aii berenang-berenang. Ye lah, baru nak pandai berenang katakan. Tapi hari ni lagi best sebab aii dah belajar dua cara berenang. Next time nak belajar kuak lentang pulak. Barulah sun bathing. gitu~

Tak puas mandi pagi tadi, plan nak swim petangnya pulak. Before that aii tidur. Bila kanak-kanak lain kejutkan, aii dengan mamai-mamai bersiap-siap. Dan dan pulak ayah aii call. That time Tma(roommate aii) dah tunggu dekat luar bilik. Sambil bercakap dengan telephone, aii angkut beg baju,mamai-mamai terus kunci pintu bilik.

"Alamak, lupa ambik kunci", aii teringat. Tapi takpe, selalunya roommate aii bawak kunci.

Then, roommate aii masuk rumah.

"Weh, bawak kunci tak. Aku tak bawak. Dah cakap tadi".

Dem, aii tak dengar dia pesan. Terus hilang mood nak pergi swim sebab runsing nak fikir cara masuk bilik.
Spek mata pun boleh lupa nak pakai. Mamai punya pasal kan. Hahhaha, sorry roommate. Takkan nak panjat tingkap macam dulu (Dulu dekat v4, Tma panjat tingkap bilik sebelah.). Dah la sem ni bilik aii tingkat 3. Naya je kalau jatuh.

Tma dah pergi menenangkan diri dekat kafe v5. Aii pulak pergi menenangkan diri pergi basuh muka dekat toilet. Kebetulan bilik housemate aii terbukak, aii pun cakaplah aii terkunci. Nak ambik kunci spare dekat fellow/office, dah pukul 5.30 petang. Opkos dah tutup. Aii dah pikir nak kopakkan je pintu bilik tu.

Nasib aii baik, housemate aii kenal budak yang dulunya duduk bilik aii sekarang ni. Nasib baik jugak budak tu still simpan spare key bilik aii. Yeay. Tak payah panjat tingkap..

Then, masuk je bilik, terus call Tma.

"Jom, swim sekarang"

Haroosslah niat bina muscle disambung kan.

Now mata aii tengah kabur and mengantuk semacam. Gara-gara duk bukak mata dalam air penuh klorin. Tak guna punya google, ku harapkan google jaga mata, google yang bagi air masuk mata akhirnya.

karok~ hantu microphone

Last night pergi karaoke for the first time.  Gadis-gadis yang pergi sama-sama ahkak, dah banyak kali pergi karaoke. Ahkak je baru nak kenal-kenal pegang mic. Memandangkan mood baik, seminar 1 FYP pun dah selamat present, malas nak start study exam lagi, maka girls day out lah dik non...Karaoke dekat Batu Gajah


Punyalah ahkak segan tak hengat nak suruh nyanyi-nyanyi ni. Lain lah suruh ahkak bersyair ke, bergurindam ke, opkos ahkak suka.. (motipp, bila plak aku pandai syair-syair bagai ni). Tma a.k.a roommate ahkak suara sedap dik non. Tak sia-sia ko prektis nyanyi2 dengar lagu rock kapak bagai dalam bilik kan. gitu.

Hanum pun boleh tahan mantopppp.. High pitch gitu. Ctkay pun boleh tahan, semua lagu rock kapak. Nisak pulak, takyah cakap lah. Ko memang 'terbaeeekk'lah. Siap berebut mic dengan aku lagi ye. Nak tau lagi detail? hah, tengok link ni.

Memandangkan tahap pengetahuan ahkak dalam lagu-lagu rock kapak amatlah noob. Mostly apa yang diorang nyanyi, ahkak dengar je. Tapi kan, ahkak still terhibur. Punyalah seronok ahkak tengok video clip karaoke artis zaman dulu-dulu.

Dating main gantung botol minuman, main bola tennis, main kejar-kejar. Aish, yang paling tak tahan, posing macam-macam. Baju pun kelakar je. Kalau nampak gaya-gaya macam tu sekarang ni, mesti cakap "Ape kejadahnya yang diorang buat ni". hahaha.Thank you. You make my day. ecewah

Dari tempah dua jam, up tambah sejam. Tak puas nyanyi punya pasal. Walaupun suara ahkak sumbang, tapi memandangkan Nisak dah pesan awal-awal, "Ko nyanyi je wei, suara orang lain dekat bilik lain pun sama sumbang jugak", terus tak segan-segan. Lagipun semua perempuan kan, apa nak segan. Hahahaha.

Okeih uolls, ahkak nak practice lagu Alicia Kunci dengan Melly Go Round.

Nisak, ade berani lawan nyanyi? hahahha

Friday, January 22, 2010

Mane kau

Suppose I dah diulit mimpi by this time.

Esok I balik Perak. Kena drive sorang. Well, konvoi dengan ayah I. He'll drive his car & I'll drive mine. Still, kena drive 10 jam sorang2. Lagu pun belum transfer lagi nak dengar along the way.

I runsing lah sekarang.

I rasa final report I macam ada yang tak kena. Tp I tak sure apa.
Dah submit untuk printing & hardbound last midnite.
Tp, I tak sedap hati lah. ish

And and and..
I teringat before I pergi ke Jakarta,
I simpan student matric card I dekat somewhere safe.
but..
penat dah I punggah tempat2 tersebut.
Tak jumpa
uwaaa... Mana I letak ni.
Penat dah baca doa bagi teringat.
Semua poket beg I selongkar.
Hopefully ada lah terselit dalam beg2 yang I bawak.
Puas dah cari ni. Down down.
Kenapa la I tak letak je dalam purse I. kan senang.

Alahai, kalau benda dah nak jadi kan.

Ni I tengah pack barang2 nak balik. [sempat pulak blogging tuh.ish]
I rasa mesti adeeeeeeeee je barang terlupa bawak nanti.
Hopefully lah tak ada kan.

kay la adik-adik sekalian, ahkak tengah down.
ahkak nak sambung kemas barang.
chow

Friday, November 20, 2009

10 perkara

1. Sekarang musim hujan. Pergi kerja hujan, balik kerja hujan. Duduk diam-diam dekat rumah pun hujan. Asal hujan je, Astro pun pitam sekali. Aper daaaaa.

2. Tadi membebel macam makcik jual kambing dekat adik-adik. Mendidih darah tengok sinki penuh pinggan. Baju belum lipat berlonggok. Aish, perut-perut lapar memang tak menggembirakan hati betul.

3. Memandangkan mood tak baik sebab lapar, masak nasi dengan goreng ayam dengan telur dadar je. Lauk kicap campur bawang + cili padi sudah. Ok, sekarang sedang kenyang. Sinki pun dah clean & clear. Mood kembali pulih. Tinggal kena lipat baju yang banyak macam kedai bundle.

4. Oleh sebab mood dah baik, rasa bersemangat nak masak spagetti untuk dinner nanti. Semoga mood sentiasa baik sebab kalau mood down kembali, jawabnya lauk ayam goreng dengan kicap lagi.

5. Masih pelik dengan kehilangan 4 batang serai atas microwave. Kelmarin letak sebab nak masak tomyam. Hari ni dah hilang. Pelik. (okei, tak pelik pun, aku rasa makcik aku terbuang serai tu. Walhal aku baru je beli serai tu. Aiyoooh)

6. Astro dah boleh on. Tapi adik aku dah konker. Ish

7. Berharap Doraemon wujud. Boleh suruh dia keluarkan macam-macam barang. 'Periuk automatik', 'Mesin lipat baju', 'Astro hujan', 'Panggung wayang', 'mesin weekly report', mesin slide presentation'. wohoooo

8. Musykil ape motip post ini di buat. @#$U*(*^%#$$%

9. Belum tengok 2012 lagi. Malas betul nak pergi Kuantan. Contact lense pun belum ambil lagi. Eyh tau tak? Giant dekat Mesra Mall tukar nama jadi 'TMC'. lawak seyh

10. Masih gile dengan lagu Ring Ding Dong -Shinee.

11. Merasakan anda sedang menyesal baca list ni sampai bawah. Wahahahhahahaa, List ni pun dah lebih 10




update : thanks untuk reader yang anonymous but concern itu, ade pembetulan fakta ye perkara ke 9 tu.
TMC tu nama untuk Giant jugak. Saya orang kampung, taktau..tsk tsk tsk.    (^^,)v 

update : Taktau pulak ade yang orang lain selain korang-korang yang baca blog ni. -_-'. 
             Takpelah, selamat datang !!

Sunday, November 15, 2009

Hormon cuak terlebih

Matheii la aiii...

Weekly report ade lagi 9 weeks tak hantar.

Online system jauh panggang dari api dengan istilah 'Siap'

Baru interface phase. Coding baru setakat yang button bodoh-bodoh. Database sumpah tak buat langsung lagi. Aku buat online system untuk survey. Suppose user boleh hantar feedback via online then admin boleh view result and analysis feedback tu via online jugak. Masalahnye, gila tak reti nak sambung wahahahau. Aii enjoy buat interface tu. Drop drop je dari toolbox. Bile nak masuk part coding, tiba-tiba aii rasa spek aii kena tambah power. Lense kaler-kaler aii tiba-tiba nak kena rendam dalam solution. Kering. Sama kering macam idea nak siapkan system tu.

Cuak sampai power spek bertambah-tambah. Rambut pun dari hitam afro terus jadi pendek beruban. Lagi hebat, stress sampai terbetukar jadi jantan. (hiperbola)

Kalau boleh bayang system tu dalam bentuk bangunan secara analogi, boleh ibarat bangunan yang baru siap tapak, belum bina batu-bata lagi.Simen apatah lagi.

Hari tu hantar email dekat tiga head section aii yang gorgeous (siyes, mereka gorgeous sebab mereka sempoi..hohoho) tanya ada additional soalan ke dalam feedback.

Omaigod!! SV kesayangan aii telah memfoward email tersebut ke satu department aii termasuk lah manager department aii. Malunya aiii kerana system itu baru siap interface je. Well, SV aii sangat bersemangat hal-hal macam ni. Dia foward sebab dia nak orang lain sumbang idea jugak untuk projek aii and orang recognize  system yang aii tengah bangunkan.

Tapi... omaigod aii segan sebab system tu banyak yang tak siap lagi. Tapi expectation mereka dah high...

Aaarrrkkkk....wut to do..wut to do... I cuak..I cuak..cu cu cu ak ak ak (sile buat bunyi sambil buat gaya kepak ayam)

And yang makin buat aii cuak, on the way balik tadi. Manager aii tanya aii bila boleh launch system tu. Kalau boleh masa Sunday Assembly. Ya ampun..wut to do wut to do...So aii cakap je terus yang aii punya system database dengan coding banyak lagi nak kena siapkan.  Abes la, sampai manager aii dah tanya pasal system tu. Matheeiii aii kalau tak sempat siap..

Huhuhu, aii rasa hormon cuak aii meningkat la akhir-akhir ni. Walhal ikut training schedule memang area-area last month la aii start buat system aii. Hahaha..ni gara-gara kawan aii yang lain dah buat system diorang awal-awal la ni. Dah tak pasal-pasal aii rasa macam aii sorang je tak siap-siap lagi. (taktik keji salahkan orang lain pulak..wahahhau)

Haha, aii takdelah overloaded dengan kerja sangat. Tapi, aii makin cuak sebab banyak benda kena fikir. Dah la aii kena jadi ibu kakak tunggal lebih sebulan. (Kang orang ingat aii stress dewa-dewi pulak sampai buat post ni) Tak-tak, aii tak stress dewa-dewi lagi. Aii cuma sedang cuak dan berharap kerja-kerja aii siap on time. Owh, aii berharap aii tak skip-skip siapkan weekly report. Kan dah nyesal sekarang.. ish ish ish



Jadi nerd la jom. 

Monday, August 24, 2009

sukati 6: today saya MC

Yeay !!

Finally semalam i've got my safety passport...

gambar guna cam enset..tuh blur tuh. owh, ak saje blurkan no IC..

owh, hari ini ak me'MC'kan diri...

belum pegi klinik mintak MC.. tp x pegi keje...

jgn Doktor ttbe x nk bg MC sudah...matheiii la aii gitew..

ark..sambungan boset blum tulis lagi..

**

Owh, better pegi bersiap2 dulu..

plan hari ni:
1. g klinik. ambik ubat n hopefully dia bg MC utk hari ni..If dapat MC untuk esok..better !!
2. singgah JPJ. Lesen P dah nak habis 28 aug ni. x sabar nak cabut pelekat P yang besar tu.
3. singgah pasar. mak aku nak beli ayam.
4. wut to do..wut to do

Monday, August 17, 2009

sukati : menyampah aii

Post ini agak bodoh...tp, ak nk tulih gak

sebab, w/pun tak rasional, mmg terlintas kat hati ak tadi..


--

Tadi ak main kuiz facebook..

"Rumah sape ko patut pegi raye nanti"

ade keluar 5 no..

apsal la no #1 tuh orang yang ak annoyed. Ultimate x suke..

So, terus ak x publish..

n merasakan bodo ar kuiz nih...

owh, ak pun same bodo pegi annoyed dgn mende cmtu..hahhaa

kesimpulannye : ak rase once ak menyampah org tuh.. lame betul nk buang rase menyampah tuh...bahaya toi...ish..x baik..jgn ikut

Saturday, August 15, 2009

convofair.. I'm not going

dekat UTP, ade convofair sekarang..

Ramai kawan2 balik UTP.

Aku?

Entah kenapa, tak rasa nak balik..

Trg- Perak - Trg..

Untuk 2 hari..

Dateline keje hari Isnin ni.. ak x larat.

Sori kawan2.. kite x berjumpe dekat UTP..

Next time kita jumpe...

Tuesday, August 11, 2009

MBOSET : Rasa macam seorang survivor pulak

amaran : entry ini panjang lebar dan ada sikit termelalut. tp, penuh informasi..eceewah


Ko taw nyah?

Ak eksited betul hari ni. Walaupun badan nih rasa macam badan orang tua umur 80 tahun (okei, hiperbola. Mane lah aku taw orang 80 tahun rasa macam mana kan) sebab 2nd day yang memenatkan. Sengal2 satu badan (bukan sengal otak ye. perhatian!!)

Finally, ak dah lulus MBOSET.

yippi.

Walaupun kawan2 trainee lain (mostly budak trainee engineering) ramai dah habis before aku.

But still, ak rase it's one of my personal achievement. Survivor bebeyh.

Ape kah MBOSET itu? sejenis kuih kah? permainan tradisional masyarakat pribumi afrika kah? atau adakah sejenis tajuk cerita seram? Owh..No no no no no ( buat bunyik macam lagu Gee - SNSD)

Ak malas lah nak tulis panjang2 panjang, korang boleh refer sini untuk details.

Tapi, secara ringkasan & dipendek-pendekkan cerita versi Datin Seri Nisha.

MBOSET = Malaysia Basic Offshore Safety Emergency Training

Kursus ni dilakukan selama 3 hari ye kawan2. Mesti habis tiga hari ni (Kecuali company Exxonmobile kot. 2 hari je). Kalau lulus, baru boleh dapat sijil. Aku buat training ni 9-11 Augut 2009 dekat TSTC (Terengganu Safety Training Center).

Fees mahal kalau pegi sendiri. Nasib baik department ak yang bayarkan. Tenkiu Boss, Tenkiu my lovely SV.

Aku bernasib baik Supervisor bagi greenlight untuk buat training ni. Sangat bernasib baik okei sebab department ak bukannye wajib pun pegi offshore tu.

Oh, kursus ni perlu renew setiap 3 tahun. So, setiap 3 tahun, kena buat training ni balik untuk regular yang pergi offshore. If ko dah buat BOSET tahun ni, ko terselamat untuk 3 tahun akan datang. Then, azab balik.

Kesian Dba, suppose kitorang plan nak pergi sama2. Tup tup manager department dia tak bagi pergi sebab Cost saving. ( At least dia dah selalu jejak kaki dekat TCOT (Terengganu Crude Oil Terminal). ak belum.isk isk isk) So, ak & sorang lagi trainee pergi lah berdua je. (Eh, macam dah lari topik plak.. aiyohh)

  • Hari Pertama
Hari pertama belum mencabar & azab lagi. Azabnye hanyalah duduk dengar kuliah pasal teori. Siape2 yang ambik subject HSE, adalah sangkut paut. Well, time ko duduk belajar je dalam kelas, HSE ni macam tak penting pun. Tapi, bila time keje tempat2 macam offshore terutamanya, HSE ni sangat crucial. ( apsal lecturer HSE aku dulu asyik tukar2 hah?)

owh, instructor tuh ade tunjuk gambar2 ngeri yang really happened dekat platform. Ada satu gambar tuh kepala orang putus kena libas kipas helikopter.

"Sebab tuh omputih panggil helicopter tuh chopper. Chop chop chop"

..ngeri bukan? ko bayangkan kepala ko...erk...enuff

Lepas tuh adalah belajar teori2 untuk 2nd day.

** Oh, did I mention, masa 1st day, ada 3 orang je perempuan. yang lain lelaki? Then, the next 2 days, perempuannya tinggal 2 sahaja sebab salah seorang sakit mata. Sadis kan kami? **

So, banyak lah teori masa 1st day ni. Jenis2 alarm dekat offshore, jenis chopper yang orang guna. Nowadays, guna chopper jenis 76C++ (camtu lah lebih kurang namanya). Maybe nak tukar jenis lain pulak. Nih sikit je aku mention pasal teori yang diorang ajar, kalau banyak2 sangat kang, dah bukan blog ak. blog Boset lak.


  • Hari kedua
Oh my. Hari yang paling azab + thriller + best + survivor + azab + thriller + best + survivor...hahaha..ulang2 sampai bosan.

Sepanjang hari. I repeat, sepanjang hari dari pukul 9 pagi - 3 petang duduk dekat kolam.

Dah lah aku terlambat sampai. Pukul 9.05 baru smapai. kena tukar coverall lagi. Belum makan plak tuh ( Sempat ngap 2 gigit roti butterscotch sambil drive. Then, x selera sebab cuak dah lambat)

Beberapa info yang aku dapat darpada previous people yang dah attended session ni, ramai yang takut time terjun kolam 15 meter ( tinggi macam tiang elektrik kalau tak silap) and ayah aku sendiri suspen time latihan helikopter jatuh dalam air. Owh, abang aku pun baru lepas attended Boset. Dia kata dia lebih takut terjun sebab gayat.

So, if lelaki dewasa boleh cuak dengan latihan sebegitu. Mengapa datin Nisha tidak boleh berasa cuak?

Tetapi, anda boleh bayangkan Datin Seri Nisha cuak tapi masih maintain muka cool sebab tak nak orang tahu dia cuak meniti hari2 yang kedua itu. Memandangkan 2 orang je perempuan, so, ak cuba tak menyusahkan teammates lain n buat lagi bagus. Malu la wei buat cuak lebeyh2. Time ni la nak kena tunjuk berani kan..hahahhaaberlagaklahko)

Aktiviti 2nd day ni ak try tulis detail sikit sebab sangat best.

----


Mula2, macam warming up lah kot. Belajar macam mana nak naik bakul yang diangkut oleh kren ke atas platform. Bahayanye mende nih sebab atas udara, angin kuat. So, bakul nih akan swing. dan ada possibility kren tersangkut. Tak pasal2 ko kena berdiri atas udara tuh 2 jam lebih.

Lepas tu, kena swing rope pergi and balik. Simulasi if nak transfer daripada boat ke platform. Bila nak transfer, kena pindah guna tali. So, ada teknik2 nya untuk swing tu.

Tips : Before lompat daripada boat ke platform, tunggu time boat lebih tinggi daripada platform. Kalau tak, ada possibility jatuh tersadung or wut so ever lah yg may happen. Makin berombak laut, makin bahaya aktiviti ni.

Lepas tu, dah start masuk dalam kolam. Belajar guna tank oksigen. Time ni pecah 2 group besar. Sukati je sape nak masuk, masuk je dalam kolam tu sampai semua tank oksigen takde. Ak & sorang lagi gurl saja pergi turn awal. Malas nak lambat2. Cuak oih lambat2.

EPS kot nama benda tu ( ttbe lupe plak. nanti ak check kat notes). Ko kena bernafas ikut mulut and duduk dalam air.

1st time aku ada probs sket sebab rasa guna benda tuh lain macam. Lagipun benda tu kena biar je dekat mulut n agak berat. Herot birot mulut rasa time tu. Udara yang kita hembus plak keluar betul2 depan muka. So, rasa pelik sikit lah. Time duduk dalam air plak, rasa asyik timbul2 je, rupanya kaki patut letak kat lantai. Baru lah tak rasa nak timbul. dem. ( siyes rasa cam sengal. hahah)

Budak perempuan sorang lagi pun lagi probs time tu. Dia cakap maybe dia penah lemas dulu, so dia cuak sikit nak duduk dalam air. Kolam tuh pun dalam. Totally tinggi daripada aku lah air dalam tu. Hahah

Mula2, kena pakai oksigen tuh before masuk air. then, baru duduk dalam air dalam 3 minit lebih kot.

After that, kena masuk dalam air dulu (so, tahan nafas lah kejap). Then, kena pakai oksigen dalam air tu. (Kena jaga2 takut sambil masukkan tiub dalam mulut, air kolam join sekaki termasuk)

Then, lama2 baru biasa guna benda tu. Gurls sorang lagi kesian jugak sebab time orang lain dah naik dia still kena belajar benda tu. Then, baru instructor bagi dia naik.
Tips: Make sure mask tutup penuh muka & hidung. If tarik nafas guna hidung n sesak nafas, means hidung dah tertutup kemas. So, air tak masuk. Untuk sesiapa yang pakai tudung, make sure tudung tak tertindih bawah mask. If not, air masuk idung.sakit oih

Benda nih kena make sure dah tahu time ni sebab untuk next praktikal, memang diperlukan. If not, habis lah ko.

Then, aktiviti maharaja suspen seterusnya.

HUET - Helicopter Underwater Escape Training

See see. nama pun suspen kan. Training keluar daripada helicopter dalam air.

** tak sempat ambik gambar. So, guna gambar yang jumpa dalam intenet..isk isk**

Helikopter yang kitorang guna, sama macam helikopter dalam gambar ni (yg kaler biru tu ye). Kalau refer gambar, tempat ni bukan dekat TSTC.



Ada 3 stages. Setiap stages tasknya adalah untuk keluar daripada helicopter yang dah tenggelam.

Mula2, akan dipecahkan ikut group. setiap group ada 6 orang. Ak dapat turn group no 2. Yeay, at least bukan 1st.

2 stages dia bagi guna EPS.

Bezanya,

  • stages 1st,

Kena pakai tiub time paras air belum melepasi kepala. Helicopter dah slowly jatuh dalam air. Then, boleh keluar ikut pintu/tingkap yang berhampiran.

Time instructor sebut 'brace brace brace', standby untuk tenggelam. tangan yang bersebelahan dengan pintu, kena pegang dekat kerusi. Sebelah tangan lagi, kena brace badan. Then, tundukkan kepala sikit.

Tujuan tangan yg berhampiran pintu pegang kerusi ialah..

Bila dalam air, kita boleh lost control & confuse. Mungkin dalam cuak2 nak selamatkan diri, ko tak sure pintu ada bahagian mana sebab semua nampak sama je dalam air. So, tangan di kerusi indicator pintu dekat bahagian mana. If tangan belah kiri yang pegang kerusi, means pintu ada bahagian kiri & vice versa.

Then, after tenggelam, kena tunggu a few second. After that, baru boleh bukak buckle & keluar ikut pintu/tingkap berhampiran.
tips: make sure bucke & life jaket ikat ketat2.. if tak, nanti benda tuh boleh berubah position. Makin ketat, makin bagus..Life jacket pun kena hati2. sebab takut kalau bukak awal2 before keluar helikopter, nanti tersangkut kat atap helikopter. Tak boleh keluar la macam tu

Lepas dah lepaskan buckle (buckle ada 2 jenis, yang pulas n tarik), kena pegang pintu keluar then berenang keluar and pegang dekat body helicopter. ( time dalam air, aku rasa jauh betul before dapat capai pintu keluar tu.siyes.) Lepas tu, masuk balik & buat 2nd stages.


  • 2nd stages pulak

Still boleh pakai tiub oksigen. Cuma bukan pakai time belum tenggelam. This time, kena pakai time dah totally tenggelam dalam air. Time dalam air, instructor bagi isyarat untuk pakai tiub then isyarat keluar helikopter.

time tarik nafas, time last2 lah kiranya, ade termasuk sikit air dalam mulut ak, seb baek belum tertelan. So, dapat je tiub oksigen, hembus balik air tuh n tekan punat untuk keluarkan air dari tiub.

Kali ni, tak keluar ikut pintu berhampiran. Semua 6 orang kena keluar dekat pintu besar. So, aku untung sikit lah sebab awal2 dah chop duduk tepi pintu besar. hahah.

Owh, memandangkan semua orang nak keluar ikut satu pintu, so, ade group2 yang terkeluar awal lah before instructor bagi isyarat, terkeluar kaki dulu before kepala, tendang muka orang dalam air. If salah seorang teammate fail, kena ulang balik stages ni. Seb baek team aku tak kena repeat. Azab wooo.

Then, lepas berenang keluar & bergayut kejap dekat body helikopter, kena masuk balik untuk 3rd stages ( stages paling bahaya).

Owh, aku terbuat aksi lawak plak time ni. Orang lain after nyelam masuk balik dalam helikopter, diorang terus berdiri. Tapi aku boleh plak duduk n bernafas guna tiup tuh duduk relax2 dalam air. After a while baru ak perasan aku sorang je duduk dalam air, yang lain semua berdiri.


  • 3rd stages


Stages nih paling ramai risau( aku pun).

Sebab

1. tak boleh guna bantuan oksigen. Totally kena tahan nafas

2. Helikopter terbalik. so, lebih banyak hazard

3. Bila position helikopter terbalik, lagi senang nak confuse.


4. Banyak bubbles time awal2 helikopter terbalik.
So, tak nampak ape2 untuk beberapa seconds kecuali bubbles2 tu (tp, ak nampak bubbles2 tu cantikkk sangt2). Tapi cuak jugak sebab takut tak larat tahan nafas lama2.


Time instructor sebut brace brace brace, cepat2 tangan berdekatan pintu pegang kerusi. Then, boleh rasa helikopter tuh terbalik. Cepat gile. a few seconds je. So, kena pandai2 la cari timing untuk tarik nafas panjang2.

Impact terbalik ni la yang buatkan banyak bubbles. Dalam 10 seconds kot baru bubbles tu hilang. Only after bubbles dah hilang, baru boleh bukak buckle & keluar.

Time keluar, siapa yang boleh berenang, akan beranang ke tangga tepi kolam. Untuk manusia2 tak reti berenang macam aku, dia akan bagi pelampung. So, pandai2 lah ko bawak diri ke tangga tu.

After je habis HUET, lega yang amat. Rasa maca dah terlepas dah 1 azab. Time belum buat, cuak gile vavi. Tp, after dah habis, rasa sangat best.

Owh, even tak pandai berenang pun boleh buat. See see. Datin Seri Nisha ni bukan reti berenang pun. Pergi pandai then buat tangan gaya berenang sambil kaki injak tanah, terer taw.
Instructor n org2 penyelamat pun ramai untuk membantu. So, tak mati lah. * even ada sorang sahabat ni asyik sebut "Mati la aku, mati la aku, mati la aku"...tensen aii. buat aii cuaks aje okeii


info post hari ni : manusia boleh hidup tanpa makanan untuk beberapa minggu

Tapi, manusia hanya boleh hidup tanpa oksigen untuk 4-6 minit


** Aku rase post kali ini sangat skema..wkakakaka..takpe, ak memang teringin nak share benda aku baru dapat belajar ni

note : tak habis lagi tulis untuk 2nd day. tp, ak penat ar nak taip. aiyohh.. bersambung okeih..

random :
Masa kecik2 dulu, teringin sangat2 nak pergi offshore. Kalau boleh nak seludup masuk dalam beg ayah, pergi ikut naik platform. Now, rasa mcm impian hampir jadi kenyataan. Baca macam sadis kan. Tapi, serious. Tu impian aku masa kecik2..hahahaahahah

Sunday, June 07, 2009

when shit happen

Post ini mengandungi unsur2 tidak puas ati & umpatan & kata2 yg tidak sopan kerana di tulis ketika perasaan membara. Jangan baca kalau rasa taknak terlibat. Sekian
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Kau bayangkan kalau ko ada lecturer yg bajet strict tp ben*ong.

Aku tension giler dengan sorang lecturer ni. Coursework mark aku baru2 ni ada probs. Dia tak masukkan markah assignment 2 aku.

Okay, takpe lah, mungkin ada problem kan or dia 'terlupa' nak masukkan.

Aku pergi lah jumpa dia nak inform pasal tu. Hari tu a day after paper dia. So, takdelah terlewat sangat.

Seb baek dia ada dalam bilik dia.

So, aku pun jumpa lah nak cakap pasal markah tuh.

Aku : Miss, markah saya dalam elearning untuk assignment 2 takde.

Lecturer bodoh sombong : Awak tak hantar. If tak mesti ada

Aku : berperasaan seperti %$^$%&Aku : berperasaan seperti %$^$%&$&^%$&^@#!$#
amp;^%Aku : berperasaan seperti %$^$%&$&^%$&^@#!$#
amp;^@#!$#

Aku : Eh, saya hantar Miss. Sebab saya yang hantar sendiri dalam peugeon hole tu. Kompem Miss, saya hantar.

Lect : Okay, you cari dekat luar tu, if ada, adalah. Saya letak semua paper assignment dekat luar.

Aku : (mencari2 lah paper tuh dekat timbunan kertas kat luar. Ok, seb baek ada.)

Aku : Miss, ni paper saya. ( aku tunjuk depan2 kertas assignment aku tu kat dia)

Lect : Ok, you letak dulu dekat sini. Nanti petang saya update & upload dalam e-learning. You tunggu jelah. Saya nak keluar ni. Nak ambik anak.

----------

Okay, kalau benda ni jadi kat korang pun. Mesti korang rasa dah setel lah kan. Then, petang tu aku tengok dia ada upload mark baru. Tapi, markah aku tu still tak updated. Bullshit betul la. Lain cakap lain bikin.

Aku pergi lagi next day bilik dia. Office hour okay. Bukan masa lunch, bukan masa dia mengajar. Takde plak dia kat bilik. Nak kata time lecture, bukannya ada klas time2 final exam. Dem.

Pastu aku pergi lagi next day. Takde jugak. Aku try call extension bilik dia. Bongok betul. No tuh takde dalam talian ke ape ntah. Yang penting, no tu takleh guna.

1st time aku jumpa pasal markah ni, aku ada try mintak no enset dia, tapi dia kata dia tak bagi no dia dekat student. Okay, takpelah .. Certain lecturer memang tak bagi no. Tak kisah lah yang tuh.

Tapi...

Kalau nak buat konon2 strict tuh, TOLONGlah...TOLONG make sure contact number yang lain tuh pandai2 lah jawab. reti2 lah reply. Aku send email dekat email petronas, tak reti reply. Aku send message dekat e-learning, pun tak reti reply. Aku pergi bilik, ko takde kat bilik. Aku tepon extension room ko, pun talian takde.. What the hell....

Ko ingat kau tuh artis, orang nak no tepon ko sebab nak wish gud morning gud nite tiap2 ari. Nak no tepon ko sebab nak message ko ari2 tanya dah makan dah berak belum.

...

Makin nak ditambahkan bara kat hati aku ni, aku try la kontek sorang minah ni, kita panggil dia 'S' (bukan nama sebenar). Aku dapat tau dia ada nombor Miss ni.

So, petang tadi aku call lah dia. Mintak no Miss, aku nak kontek.

Aku : S, nak no tepon Miss M(bukan nama sebenar) boleh?

S : Kenapa ?

S : Alamak, aku takut la nak bagi. Dia tak bagi no dia kat student

Aku dalam hati : @#$^&**&* ( habis tu ko tuh ape? bukan student gak ke? Makcik cleaner? )

Aku : Camni, markah esemen 2 aku dia still x update. Aku dah jumpa dia hari tu. Dia janji nak update. Tapi, takde pun. Aku rasa dia terlupa ni.

S : Owh, takpalah, bia aku yang kontek dia dulu.

Aku : Okay.

.....

Then, aku dapat message dari 'S' nih. Dia message

Salam nisha, sorry sangat dia kate dia taleh nak wat ape..dia dah submit mark. aku rasa dia lupe arr..sorry weh..tu yang mampu aku buat..aku call dia xmo angkat. just sms. sorry again.

Okay...what the hell la pompuan tuh. Dah submit mark? dia takleh nak wat ape?

Hoi, aku dah bagitau awal2 kan pasal ni. Aku dah email semua. Bongok bongok..

Ya Allah...geramnye hati aku...

Then, aku message la si S,time ni hati aku siyes panas.. aku kata..

Weh, bg je no dia..sok ak kontek dia sndr. Ak x puas ati sbb ak da jmpe dia awal2..dia pn da janji nak update...dia sndr yg xwat.

If si S nih tak leh nak tolong, bia aku yang kontek dia sendiri. Aku tahu still ada ikhtiar lagi. still boleh ubah. Aku tau lecturer tu MALAS. MALAS nak pergi betulkan. bukan sebab konon2 TAKLEH NAK BUAT APA.

ish, geram aku.

--------------

Ko taw????

Si S nih tak reply pun message aku..

Oi, aku bukan mintak no laki ko. no pakwe ko. Aku bukan mintak ko bagi aku tige puluh juta tunai takde hutang2... Aku mintak no lecturer bodoh sombong tuh aje.

Susah sangat ke? Payah sangat ke?

Leceh betul mintak tolong dengan orang2 macam ni..

Aku tau ko nak jadi strict lah konon2 kan.

Hoi, ko tau tak maksud flexible? Ko tau apa beza kita dengan binatang? Dengan robot?

Sebab tuhan bagi kita akal. Suruh pikir.. Bukan ikut membabi buta je macam dah kena program.

Kau tau tak total mark untuk esemen tuh 10%. Kalau sikit aku tak kisah.

Kau pun tahu aku tengah susah sekarang kan..

Huh!! Kaki bodek macam kau ape nak paham kan susah orang macam aku. Aku tau aku bukan kaki bodek macam kau. Kaki kipas, kaki ampu. Tiap2 sem jadi anak emas lecturer. Janji aku buat keje aku. Tak susahkan hidup orang. Cukup..

Okey, aku time ni memang sangat emo dengan kau. Sebab aku rase kau sangat tak rasional & flexible. Both of you.

-------------------

Argh....Kan bagus kalau aku leh cakap macam yang aku tulis ni depan2 muka kau.

Tapi, aku tau aku bukan tahap anak murid derhaka lagi. Bukan kawan yang serang orang tak tentu pasal. Walaupun kau bukan kategori kawan rapat aku pun. Aku still ada hormat dekat kau walaupun korang nih dah menyakitkan hati aku tahap dewa dewi.. Kau paham????

Paling teruk pun tulis dalam blog ni aje. Arghhhh

Kan dah tak pasal2 aku tepon Tma siang tadi. Tak pasal2 dia kena tadah telinga dengar aku maki hamun korang dua.

Dia suruh aku inform Dr. Kamil sebab dia lebih rasional.

Tengok dulu macam mana. Aku kalau boleh taknak sampai libatkan orang2 atasan. Tapi, aku just nak hak aku je. Bukan aku tak buat assignment tu. Bukan aku tak hantar..

Ko tuh yang PELUPA.. ko tuh yang MALAS nak update..


-------


Oh ye, kalau nak jadi strict boleh. Tapi, jangan jadi macam kayu, memang keras. memang kuat.
Tapi, sekali repih, patah dua.

Saturday, May 23, 2009

Econs dah habis.. Tinggal MIS lagi..


wah...
pagi tadi dah habis paper econs.
ape la nasib perut. time2 exam ni la nak sakit.
nak jawab exam pun gundah gulana I tell you.
time keluar toilet UTP yg cantik itu, terserempak makgad kat tangga.
bagus betul makgad tu sebab nak tolong carikan minyak angin..
Huuhuhu, tapi aku bajet power la, taknak letak minyak angin..ingat dah ok.
ambik ko, baru setengah jam duduk, dah sakit perut mencanak canak datang balik.

Habis paper,
pergi makan nasik ayam dekat V5.
tak tahu la budak2 girls tu pekerja baru or saja tolong2.

yang tukang potong ayam, terkial2..lunyai ayam aku.

yang tuang sup.. 'gedegang' bunyi bukak tutup tudung periuk sup.

yang penting, tukang potong ayam, tukang tuang sup, tukang cashier (apekah cashier pun ada tukang2)..sume muka masam je. Penat la kot...


Maka, time duduk2 makan depan tasik berkaler hijau (siyes kaler air tu hijau) dekat area jual air, sempat lah adakan sesi perbincangan mengenai sikap2 kanak2 di kedai nasik ayam tersebut bersama roommate..(dah habis topik ke ape benda tu pun jd isu?..hahaha..bukan ape, saje berbual2 mengenai keadaan sekeliling...ceeewah)

Balik bilik, check email apa yang patut direply..
lepas tu, tidur berjemaah bersama roommate ( sendiri punya katil ar. kang ada je yg putar belit statement ni..terutamanya si nisak nih)
ya ampun, lama betul aku tidur. dekat pukul 7 baru bangun. gila lah bukan.


mak & ayah aku pantang betul tidur time petang2 ni.. diaorang kata nanti jadi gila.
tapi masa bangun tadi memang cam 'sewel2' + 'biol2' sikit kepala.
kena duduk melangut atas katil nak bagi stabil dulu.


bangun2 pulak, bukan terus pergi mandi.
sibuk update blog la pula. hahahaha.aku nak g mandi la neyh..
kita update blog dulu..
bukankah dulu berazam satu hari, satu update. wah!!



note : asyik gila dengar lagu Lee Hyori sekarang ni. Suka tengok dia dalam Family Outing.

Hey Mr Big & U Go Girl bes.. very the sexy I tell you.

Owh, aku memang suka lagu yang berentak 'sexy'.

note : DC++ dah nak close hub. Kena cepat2 download ni. Sapa taw macam mana nk download muvi2 ar. kat rumah nanti mana ada DC nih. Macam mana nak guna torrent ar?