Wednesday, March 03, 2010

Sushi Shusi Mushi Mushi

 Last weekend aii bersama 4 gadis gorgeous iaitu Tma, Nisak, Ctkay dan Hanum pergi Jusco. Beberapa hari before that aii cakap yang aii teringin nak try Sushi King. Walaupun aii bukan penggemar raw food, tapi mesti bukan semua yang jual dekat situ raw kan.

Alang-alang kanak-kanak itew nak keluar ke ipoh sambil memasang CISS pada printer Ctkay & beli jeans Hanum, harooos lah kami ke Sushi King. Disebabkan aii baru first time nak makan dekat situ, aksi cam whore haroos lah dilakukan juga.

Sementara tunggu order sampai, tangan sempat capai food yang lalu dekat tepi2 tu. Salmon goreng ke ape ntah.



Bila pegang chopstick, terus berangan tengah main drum dengan harapan order sampai cepat. sambil lawan Nisak buat muka pelik


Amende ntah nama makanan ni. Piri-piri chicken kot. Sebab dia ayam, dengan rakusnya aku order. Sedap.


Gigih aii try kepit nasik tu pakai chopstic. Dalam bekas hitam tu, sup. Rasa macam seaweed. Yang bekas putih tu, caramel. Rasa telur.


Hasil gigih 4 gadis makan. Tak sia-sia bawak kami pergi makan. Tak membazir langsung.


Kenyang gila makan. Tapi, mata aii dah aim ada beberapa sushi yang bergerak-gerak tu. Nampak sedap. Nasib baik duit tak berapa nak banyak. Next time aii pergi sana, siap lah. hohohoho

Alaa. tak ada gambar Tma & Hanum lak. Dekat kamera sape eyh?

Tuesday, March 02, 2010

nanti aku jadi atlit angkat berat

Hari ni second time pergi gym dekat UTP sepanjang aii belajar dekat sini.

Dah nak grad, baru la terkedek-kedek guna facilities dekat sini. Swimming pool pun sem ni jugak baru belajar-belajar pergi. Orang kate, 'It's never too late until it's too late' kan. hahaaha..alasan betul. Padahal memang selama ni malas nak work out pun. Kalau bukan sebab nak dapatkan berat badan ideal, jangan harap lah aii nak bersukan bagai.

Tadi pukul 8.15 malam dah tercongok dekat gym. Semata-mata nak dapat alat sukan. Nanti lambat, orang ramai, terus tak ade alatan nak main. Aii main kayuh basikal. 3km dalam masa  35minit. okey la kan. hustler betul nak kayuh jauh-jauh. dah la baru nak berjinak-jinak dengan bersukan. Then, angkat dumbell. Wah, gagah lah aku nanti. Boleh masuk acara angkat berat. wohooo. Mesti senyap mulut-mulut annoying itew yang bising-bising cakap aii kurus.

"Wei, tak makan ke?"

"Ish, kurus lah ko"

"Keciknya ko. Macam budak sekolah"

" Eyy, makan la banyak sikit"

Dah lah orang asyik ingat aii budak kecik. Semua orang tak percaya aii senior. Semua tak percaya aii 22 tahun. Asyik kena buli je. Asyik kena buat dunno je.

Annoying tau tak. Annoying. Tak tahu ke aii makan lebih banyak daripada orang lain. Orang lain makan 2-3 kali sehari. Aii makan lebih dari tu. Family belah mak aii memang badan kecik masa bujang. Tinggi pun ala kadar. Mak aii kahwin dengan ayah aii, yang sama jugak badan kecik & tinggi ala kadar. Macam mana la aii nak dapat genetik tinggi dan gagah perkasa. Baju mak aii zaman muda pun ketat bila aii pakai. Bayangkan.

Bukannya aii berlapar ikat perut tak makan. Muntah makanan dekat toilet. Tak.

Lain lah aii besar ni je.


Cuba bayangkan perasaan orang gemuk, orang asyik kata dia gemuk. Tension kan.

Same goes with me. Aii sendiri tak suka cabul mulut cabul cakap orang gemuk. Aii tahu mesti kecik hati orang tu kan. Nak-nak kalau orang yang aii tak suka, sibuk buat-buat concern cakap aii kurus sangat. Tapi lawak heh. Boleh pulak end up cakap "Eh, tapi aku nak kurus macam ko".

Ish, pelik lah yuuu. Yuu kutuk-kutuk aii, tapi end up yuu kata yuu nak macam aii. Pelik tak yuu?


Esok pagi orang ajak pergi swimming pulak. Semangat hari tu beli google,  ear plug, nose clip dengan belon air dekat Jaya Jusco. (Padahal baru je belajar berenang). Memandangkan Jusco buat hari discount untuk membership card, 15% discount untuk mostly barang, semangat beli sebab nak pergi swim and build muscle. Gigih aii nak naikkan badan. Hari-hari makan nasik dekat 3 pinggan. (Waaa Nisha, aku kagum dengan diri sendiri.. Tak pernah segigih ni tambah berat. )

Heh, kalau berat aii tak naik-naik jugak sem ni. Dah. Aii malas dah nak usaha. Aii nak hibernasi macam beruang.

Kenapa la orang tak boleh terima orang lain seadanya.




--

Lately kan, aii selalu rasa nak tulis macam-macam dekat blog. Tapi nanti mesti ada je yang orang salah faham. Lain kita tulis, lain yang dia faham. Kalau nak bercerita, dia kata kita nak berlagak or tengah down or tengah tension or wutsoever. Padahal kita nak tulis dari kita punya point of view je.

Kalau nak tulis masalah, nanti ada je yang kata kita ni emo. Padahal kita nak kasi lapangkan dada je.

Kalau post gambar aje, nanti orang kata jaja muka pulak.

Punyalah mencurah-curah idea nak tulis kan. Tapi last-last, sebijik perkataan pun tak ade. Dah la bila baca-baca balik tulisan, mesti fikir " ish, amende yang aku tulis ni.Lintang pukang"

Patut ke aii pergi ambik subject bahasa kebangsaan?

Thursday, February 25, 2010

My Mission

Mission aku sem ni. (yg tkde kaitan dengan pelajaran)

1. Dapatkan BMI ideal for Asians.

2. Dapatkan kulit flawless.

wahahahah.. indahnye angan-angan.

Tuesday, February 23, 2010

Printer + Rollerblade = new sweetheart

Sabtu lepas, Tma, Nisak & I pergi Ipoh. Semangat taw I nak pergi Yik Fong sebab nak beli printer yang pasang dengan CISS. CISS ni secara ringkasnya kita pasang ink printer dekat luar. Which is in the long term lebih jimat sebab refill ink lebih murah (I survey, harga 1 colour untuk 100ml around RM10) and quantity paper printed lebih banyak.

Memandangkan I ni sangat lah paper based. Sikit2 nak print. Sikit2 nak tengok dekat kertas. Sikit2..(okei, we got the point Nisha)..After kawan2 I bercerita pasal CISS ni, I pun terus semangat nak beli. Segan lah jugak kan asyik pinjam printer roommate walaupun I suruh guna ink I. Walaupun duit pun agak nyawa2 ikan...Lepas ni tak boleh makan dekat kedai...

We manage to bargain a good price after pergi survey a few shops. Printer Canon iP980 + CISS (100ml) + Refill 4 colours (100ml) = RM 210.

Other shops yang I survey, harga mahal lah jugak sebab ink untuk 40ml & 80ml je. Some use printer HP which is better quality in term of photo printing. Tapi, kawan I cadangkan beli je Canon sebab print lagi cepat. Lagipun, I bukannya nak print photo pun (w/pun balik2 je terus test print gambar.hehe)

Then, we oll straight pergi Jaya Jusco. Akhirnya I berjaya beli sepasang roller blade selepas 3 sem bising nak main roller blade. Malam tu jugak I 'rasmikan' roller blade I walaupun I main sorang2. Other girls main netball, skipping dengan badminton. Seronok betul main malam2.. Tapi serious berpeluh2..

I beli yang tak berapa quality sangat hence time main tak selesa sangat. But still, this baby still menggembirakan hati I. wohoooo




Siap tampal notes lagi orang kedai tu. Ni sebab printer tak detect kita ada install ink lain.



Haa, macam ni lah dia 'sambung' ink printer. Kalau nak bawak printer sendiri, then install CISS ni pun boleh. Around RM70.



Ni ink refill untuk 100ml. I beli RM30. (Termasuk dalam RM210)




My new sweetheart.


notes : I ambik masa 3 hari baru berjaya post ni. Ish, apsal la malas sangat nak hapdet nih.

Sunday, February 14, 2010

owh prelim report

Thinking of changing url.

something shorter. but not too short. mcam ownernya juga.

owh. Tajuk final project I dah di approved. Maka, dah masuk phase preliminary report.

"Courseware for Dyslexic School Children"

I proposed nak buat benda ni since I believe we need to make something yang dekat dengan hati. And yes, this topic always close to my heart. I selalu nak buat something untuk dyslexics student. So, I berharap benda ni berjaya.

Tapi tapi tapi..


Ya Allah, kenapa tak gerak2 progress prelim report ni?

Dateline 17 Feb. I bertolak balik UTP 16 Feb. So, tinggal malam ni & esok je nak buat.
Mak I dah ajak I temankan dia ke someewhere. Kain-kain yang I beli dengan Nisak dekat bandung dulu tak hantar jahit lagi.

(Tiba-tiba I perasan, kenapa I asyik mention nama Nisak dalam blog I eyh? Seperti I obses dengan Nisak pula. Ish ish.

Kneeky & Nurita Warikun, korang selalu cakap baca blog nih kan. Meh aku masukkan nama korang. huhuhu..terharu tak bebeyh?)


Opps..mak I panggil makan nasik. blog terpaksa dihentikan serta merta. challow betta..

.:. Getting older .:.

Wednesday, February 03, 2010

Jakarta. I was there :1st part

 Hi guys. Apa khabar anda semua. Mood swing seperti I kah?

Haritu I malas ibarat kambing hitam. Malas nak update blog. Malas nak upload gambar dekat facebook. Tapi hari ni I generous nak salin balik journal travel I. Pada pukul 3 pagi. Sungguh mood swing kan.
Encik Hatim, u terharu tak I dalam usaha hapdet pasal travel I? hohoho

 Tapi I sedih lah. Entry ni lambat sikit baru dapat upload gambar. Sebab semua folder gambar Bandung & Jakarta cik Nisak tertinggal dalam laptop di Rawang. I ada gambar2 yang I  tag dekat facebook je. Later I update gambar dekat post nih k angels.


See see, I mampu upload gambar buku journal I je. Tu pun snap gambar tadi. Edit pun guna paint je. Sadis

Okeyh , memandangkan journal I start tarikh I travel from Kemaman to KL, I dengan terlebih rajinnya nak update dari hari tu. By date la ye.

****  * **** * **** * **** * **** * **** * **** * **** * **** * ****

08 January 2010

-  Parents I hantar I naik bas dekat terminal. I naik bas Utama pukul 11 pagi dengan harapan sampai KL around  4 ptg then pergi tempat kerja Nisak.

- Penumpang belakang seat I annoying yang amat I tell you. I rasa nak jadi drama queen sambil goyang-goyang kepala sound mereka. Tapi, tuh semua dalam angan-angan je ibarat angan-angan post Nyamq. U annoyed tak if u naik public transport, ada orang pasang lagu kuat-kuat. Lepas tu kaki tak reti duduk diam. Asyik tendang kerusi U. Panas kan.. I'm so hot hot. (eceh, bajet lagu Wondergirls-So Hot plak)

- Nak bagi I tambah hot, sepanjang perjalanan 5 jam tu, asyik cakap telefon then gelak kuat-kuat. Dia ingat dia dalam jamban ke takde orang dengar? I ni dah la suka tidur dalam bas. Terganggu tidur I. Dah la cakap bahasa I tak paham. Macam bunyi Myammar je. Eyh, I tak ada masalah dengan orang negara mana-mana. Dengan orang macam tu je I ada masalah. Memandangkan I tension, I tak sedar bila I hibernasi sampai KL. eceh

- Suppose I turun stesen bas Putra dekat PWTC. Tapi memandangkan I kena jumpa Nisak dekat Sungai Wang, I pun turun la dekat stesen Pekeliling. So tak payah la I kena tukar LRT ke Monorel. I boleh straight je naik Monorel ke Sungai Wang. Nasib baik kad Touch&Go I ada la sikit lagi nilai. Malas nak beratur.

- Sampai je dekat Sungai Wang, I confuse macam mana nak naik straight office Nisak (UDA Holdings). So, I tunggu je dekat depan Maybank. Sambil usha suasana. I sangat suka 4 junction tu. Sangat ramai orang. I rasa happening. Setiap kali pergi Sg Wang, suka tengok laluan tu. Dah la selalu ada orang pasang bubbles. Happening sangat 

-Tengah I usha 'Silver Man' setup barang untuk show dia, Nisak datang ambil I. Aiyoh, tak sempat nak tengok habis show Silver Man. Nisak bawak I naik office dia. U guys bayangkan I dengan selebet2 pakai selipar, jeans, t'shirt pergi naik office yang penuh dengan orang beroffice attire. woo wooo. segannya I

- Happening betul department Nisak. After office hour, we olls pergi dekat Sg Wang. Usha money changer. Orang suggest change money awal-awal sebab nanti dekat Indonesia leceh nak pergi tukar-tukar. Bahaya pun iya jugak. (Supir we olls cerita, ada orang hilang 7juta rupiah. Around RM 2600 sebab tukar currency dekat Pasar Baru then ada orang follow. Seram I )

- Time we olls tukar currency, dalam RM369. Nisak ajar I, if dia tulis jual RM369 bermakna setiap 1 Juta Rupiah, kita tukar dengan nilai RM369. Nilai setiap money changer lain-lain, so u guys kena cari yang paling murah lah. Baru banyak sikit duit u guys dapat. At that moment, mostly money changer guna nilai RM 372. Paling murah RM369. So, we olls dah dapat jimat RM3. Jadi travellers ni setiap ringgit counts okay..

- Then, balik lah we olls ke rumah sewa Nisak di Seri Kembangan. Jumpa housemate2 Nisak yang lawak-lawak itew. I kena re-pack barang-barang I sebab I bawak terus barang ke Sabah. I stay KL je after balik Indonesia sebab gap dekat sangat. Light sikit beg I compared masa I bawak.

- If you guys nak pergi Indonesia kan, better bawak barang sikit je la. Sebab for sure you guys shopping sakan tak hengat especially if pergi Bandung. Shopping Heaven. I yang tak berapa berduit ni pun tergugat iman tengok harga-harga dekat sana. Murah tak hengat okei...So, tak ada la problem excess carried limit nanti. Nasib baik we olls naik Malaysia Airlines, tak strict sangat dengan berat. (MAS limit 20kg per person. Time promotion, 32kg limit).  If Air Asia, sangat strict dengan excess limit. Duit duit duit (Air Asia limit 15kg). Masa pergi Indonesia, beg I dah 9kg. isk isk

- Okei, dah siap pack. Baju nak pakai esoknya dah ready. Tidur. Eksited nih nak bertolak esok. Yihaaaa

Friday, January 22, 2010

Mane kau

Suppose I dah diulit mimpi by this time.

Esok I balik Perak. Kena drive sorang. Well, konvoi dengan ayah I. He'll drive his car & I'll drive mine. Still, kena drive 10 jam sorang2. Lagu pun belum transfer lagi nak dengar along the way.

I runsing lah sekarang.

I rasa final report I macam ada yang tak kena. Tp I tak sure apa.
Dah submit untuk printing & hardbound last midnite.
Tp, I tak sedap hati lah. ish

And and and..
I teringat before I pergi ke Jakarta,
I simpan student matric card I dekat somewhere safe.
but..
penat dah I punggah tempat2 tersebut.
Tak jumpa
uwaaa... Mana I letak ni.
Penat dah baca doa bagi teringat.
Semua poket beg I selongkar.
Hopefully ada lah terselit dalam beg2 yang I bawak.
Puas dah cari ni. Down down.
Kenapa la I tak letak je dalam purse I. kan senang.

Alahai, kalau benda dah nak jadi kan.

Ni I tengah pack barang2 nak balik. [sempat pulak blogging tuh.ish]
I rasa mesti adeeeeeeeee je barang terlupa bawak nanti.
Hopefully lah tak ada kan.

kay la adik-adik sekalian, ahkak tengah down.
ahkak nak sambung kemas barang.
chow