Friday, January 22, 2010

Mane kau

Suppose I dah diulit mimpi by this time.

Esok I balik Perak. Kena drive sorang. Well, konvoi dengan ayah I. He'll drive his car & I'll drive mine. Still, kena drive 10 jam sorang2. Lagu pun belum transfer lagi nak dengar along the way.

I runsing lah sekarang.

I rasa final report I macam ada yang tak kena. Tp I tak sure apa.
Dah submit untuk printing & hardbound last midnite.
Tp, I tak sedap hati lah. ish

And and and..
I teringat before I pergi ke Jakarta,
I simpan student matric card I dekat somewhere safe.
but..
penat dah I punggah tempat2 tersebut.
Tak jumpa
uwaaa... Mana I letak ni.
Penat dah baca doa bagi teringat.
Semua poket beg I selongkar.
Hopefully ada lah terselit dalam beg2 yang I bawak.
Puas dah cari ni. Down down.
Kenapa la I tak letak je dalam purse I. kan senang.

Alahai, kalau benda dah nak jadi kan.

Ni I tengah pack barang2 nak balik. [sempat pulak blogging tuh.ish]
I rasa mesti adeeeeeeeee je barang terlupa bawak nanti.
Hopefully lah tak ada kan.

kay la adik-adik sekalian, ahkak tengah down.
ahkak nak sambung kemas barang.
chow

Tuesday, January 12, 2010

update secara cepat

quick update:

I dah di bandung 3 hari. Esok hari ke-4 nak relax2 dlu. Plan nak buat spa..yehaaa...

Bandung memang shopping heaven. Barang original tapi harga murah gila. Omaigod, tergugat iman I.

I ada buat journal. Tp, nanti lah bila I rajin I buatkan entry review Bandung.. Kaaaalau rajin.

Daa~ I nak dapatkan beauty sleep nih..eceh..

Saturday, January 09, 2010

Esok, we olls bertolak ke Jakarta

Gud evening everibodi~

hai hai hai..

I dah dekat rumah Nisak. Esok flight we olls pukul 2 petang.

Rasa macam cepat betul kan.

Siang tadi I naik bas dari Kemaman ke KL. Bas bertolak pukul 11 pagi. Pukul 4.40 I sampai dekat stesen bas Pekeliling. Selalunya I akan turun dekat Stesen Bas Putra.

Tapi memandangkan I nak kena jumpa Nisak dekat Bukit Bintang, tempat dia intern, I pun turun terus dekat Pekeliling, Naik monorel Titiwangsa straight ke Monorel Bukit Bintang.

Sepanjang bas tadi, I hangin satu badan dengan mamat seat belakang I. Foreigner. I rasa dari Myammar kot. Pasang lagu kuat-kuat macam dia sorang je ada radio. Then bercakap telefon kuat-kuat. Again, macam dia sorang je ada handphone. Lepas tu, borak n gelak kuat2 dengan kawan dia. Duh. Makan pulak kuat betul bunyi 'cak cak cak'.

Hangin jeh I yang duduk seat depan dia. Tiba-tiba pulak I nampak ada kaki berstoking landing baik punya dekat pemegang lengan kerusi I. Ish, geram betul I. Kesimpulannya, I tak suka orang tuh. Huh~

Owh, I naik ofis nisak, UDA Holdings. Betul-betul sebelah bangunan Sungei Wang Plaza. I dah lah tengah selebet-selebet. Pakai selipar je pulak tu. Orang lain pakai baju kerja, I tersesat manusia serabai seketul dalam tu.

Sangat friendly ofismate dia.  Meriah betul ofis tu. Baik hati ajak I intern dekat sana. Aiseh encik, I pun dah tamat internship. Tak sanggup nak extend2 pulak.

p/s  : I bajet nak buat journal sepanjang travel. Nanti boleh buat review. Masalahnya, rajin ke? Haaaa. Itu yang kita belum tahu.

Okeih, I nak kejutkan Nisak kejap. Sekarang pukul 12.21 tengah malam. Dia take a nap kejap. Barang-barang tak siap pack lagi. Barang I pun nak kena asingkan barang ke Jakarta & Sabah.

Doakan we olls selamat pergi dan pulang ye.

Thursday, January 07, 2010

esok

last day intern.

I sedih.

fullstop



How lucky I am to have something that makes saying goodbye so hard.

Sunday, January 03, 2010

zup zup zassssss

I rasa berdebar debar. dup dap dub dap . Perasaan ibarat  pengantin lelaki tengah mengadap nak salam tangan pak kadi. Macam mana kalau I tersasul masa akad nikah nanti? Kot-kot tersilap sebut nama wife I. Markonah bt Hassan jadi Keira Knightley bt Leman tiba-tiba. Habis lah I.

I rasa masa sangat pantas bergerak. Macam jet supersonic. Berdesup-desup.

Sekejap je dah hari ke-3 tahun 2010.

Hari ni 3hb Ahad.

Esok 4hb Isnin.

Lusa 5hb Selasa, launch online system

7hb Khamis hari terakhir intern

8hb Jumaat bertolak ke KL

9hb Sabtu bertolak ke Jakarta.

13hb Rabu balik ke Malaysia.

15hb Jumaat bertolak ke Sabah

19hb Selasa balik ke Semenanjung.

20hb  Rabu balik ke Terengganu

23hb Sabtu pulang ke sekolah dekat Tronoh.

25hb Isnin sem baru dah start. Tarikh yang sama kena hantar report final internship.

:
:
:
:
:
:
:
:

Dem.

Sempat ke tak aku siapkan final report ni. Nak kena buat hard bound lagi.

Aiyaaaaa.

Thursday, December 31, 2009

can't say good bye

Last post for 2009..

Great Year !!! Seriously.

Aku rasa macam tak sangka hari ni hari terakhir tahun 2009.

Tadi pagi aku mamai. Aku ingatkan hari ni baru 30 Dec.

Then..

OMG, dah 31 dec rupanya.. Esok dah tahun 2010.

Aku dah masuk 22 tahun.

Ish, bia betik????

22 Tahun.

p/s : Nak kena beli krim2 muka nih. Mesti proses penuaan dah start berlaku. aiyohhh

p/s: Hari ni last dekat TCOT. Kenal beberapa kawan baru yang happening. Tapi, macam susah nak jumpa je lepas nih.

p/s : 8 Jan nanti ade chocolate festival dekat Mid Valley. Ajak Nisak pergi tapi dia tak sudi.. Anyone??

Tuesday, December 29, 2009

saya pergi attachment esok pakai baju kuning full set

Boleh tak aku cakap aku tengah eksited + cuak + risau + macam2 perasaan.

Esok kena pergi attachment dekat Terengganu Crude Oil Terminal (TCOT) sampai khamis. 2 hari je.

Tapi, cuak lah..huhu..tapi, eksited jugak. Sebijik macam feeling2 nak masuk 1st day internship dulu.

Dapat pakai full set Personal Protective Equipment (PPE). Coverall kuning. [ade hamba Allah cakap nih baju hantu Digi. heh]


                                                                              /gambar hasil google/

Owh, trainee Carigali dah tak boleh pergi offshore.. *sedih*

So, pergi dekat terminal lama2 pun boleyyy lah..

** Tiba2 rasa cam best jadi technician ke, engineer ke.. okei2, salah course. duh~

After grad belajar bertukang kayu pun macam best je. Bela kambing ker.

nota kaki tiada stoking : post macam sadis. heh. i know i know