Showing posts with label intern. Show all posts
Showing posts with label intern. Show all posts

Sunday, November 15, 2009

Hormon cuak terlebih

Matheii la aiii...

Weekly report ade lagi 9 weeks tak hantar.

Online system jauh panggang dari api dengan istilah 'Siap'

Baru interface phase. Coding baru setakat yang button bodoh-bodoh. Database sumpah tak buat langsung lagi. Aku buat online system untuk survey. Suppose user boleh hantar feedback via online then admin boleh view result and analysis feedback tu via online jugak. Masalahnye, gila tak reti nak sambung wahahahau. Aii enjoy buat interface tu. Drop drop je dari toolbox. Bile nak masuk part coding, tiba-tiba aii rasa spek aii kena tambah power. Lense kaler-kaler aii tiba-tiba nak kena rendam dalam solution. Kering. Sama kering macam idea nak siapkan system tu.

Cuak sampai power spek bertambah-tambah. Rambut pun dari hitam afro terus jadi pendek beruban. Lagi hebat, stress sampai terbetukar jadi jantan. (hiperbola)

Kalau boleh bayang system tu dalam bentuk bangunan secara analogi, boleh ibarat bangunan yang baru siap tapak, belum bina batu-bata lagi.Simen apatah lagi.

Hari tu hantar email dekat tiga head section aii yang gorgeous (siyes, mereka gorgeous sebab mereka sempoi..hohoho) tanya ada additional soalan ke dalam feedback.

Omaigod!! SV kesayangan aii telah memfoward email tersebut ke satu department aii termasuk lah manager department aii. Malunya aiii kerana system itu baru siap interface je. Well, SV aii sangat bersemangat hal-hal macam ni. Dia foward sebab dia nak orang lain sumbang idea jugak untuk projek aii and orang recognize  system yang aii tengah bangunkan.

Tapi... omaigod aii segan sebab system tu banyak yang tak siap lagi. Tapi expectation mereka dah high...

Aaarrrkkkk....wut to do..wut to do... I cuak..I cuak..cu cu cu ak ak ak (sile buat bunyi sambil buat gaya kepak ayam)

And yang makin buat aii cuak, on the way balik tadi. Manager aii tanya aii bila boleh launch system tu. Kalau boleh masa Sunday Assembly. Ya ampun..wut to do wut to do...So aii cakap je terus yang aii punya system database dengan coding banyak lagi nak kena siapkan.  Abes la, sampai manager aii dah tanya pasal system tu. Matheeiii aii kalau tak sempat siap..

Huhuhu, aii rasa hormon cuak aii meningkat la akhir-akhir ni. Walhal ikut training schedule memang area-area last month la aii start buat system aii. Hahaha..ni gara-gara kawan aii yang lain dah buat system diorang awal-awal la ni. Dah tak pasal-pasal aii rasa macam aii sorang je tak siap-siap lagi. (taktik keji salahkan orang lain pulak..wahahhau)

Haha, aii takdelah overloaded dengan kerja sangat. Tapi, aii makin cuak sebab banyak benda kena fikir. Dah la aii kena jadi ibu kakak tunggal lebih sebulan. (Kang orang ingat aii stress dewa-dewi pulak sampai buat post ni) Tak-tak, aii tak stress dewa-dewi lagi. Aii cuma sedang cuak dan berharap kerja-kerja aii siap on time. Owh, aii berharap aii tak skip-skip siapkan weekly report. Kan dah nyesal sekarang.. ish ish ish



Jadi nerd la jom. 

Monday, September 14, 2009

saya suka hari ini sebab :

Hari ni I loikeee sebab





1. Dah dapat kad raya dr Hanum..Thanx bebeyh.. Hehe, nanti ak balas. Aii tak beli setem lagi. Anyone jual setem online ?



2. Dapat perfume 'Rougeberry' Body Shop dari Kak Yati manager dept PWE sebab tolong buatkan montage..Terkejut dia bagi sebab selalunya kalau trainee, orang suruh ko buat keje n balasan selalunya 'thanks' (kecuali ada satu event, staff bagi duit share 3 orang. Kitorang habiskan dekat Burger King.huhu) .

Tapi, sebenarnya kalau join event kat PCSB ni, lebih kepada nak kenal2 orang, takde la berharap nak balasan ape2 pun. Oh, tapi saya manusia normal. At least a simple 'thank you' boleh memberi makna yang besar. hehe


3. Supervisor saya bagi duit raya in advance.. yeayy!!.. Ingatkan tahun ni takde sape nak bagi duit raya. heheh..Owh, SV aku dah start cuti esok. Aku pulak cuti seminggu for next week. Omaigod, bestnya....huhu...


Owh, jemput datang rumah raya nanti. Nanti aku masakkan spaghetti (Nisak cakap, ak pandai masak ni je sebab asyik2 masak spaghetti. takde lauk lain..hahah)

4. saya nampak someone..hahaha

Wednesday, June 03, 2009

3rd day intern : peristiwa

Orang lain time intern ada banyak masa smpai bleh berblog..

Aku?

Kenapa makin cam x sempat?

Post makin pendek.. Cerita makin kurang..

Tp takpe. walaupun update 1st & 2nd day intern takde.. Kita mulakan update dgn 3rd day intern dahulu.. Langkah bendul kejap. Tumpang lalu...

Boleh?

Tak boleh tak apa.. Kita boleh bolehkan...Hahahahantamsajalah..

Memandangkan khabar2 yg dikumpul drp org2 lain, telah dikenalpasti bahawa bulan pertama intern mmg takde keje. Bosan? Opkos... Bes? Opkos juga

Dept aku ada 4 orang intern. 2 org baru masuk (ak lah tu salah sorgnye) , 2 orang lagi nak abis dlm sebulan lebey nnti. So, mmg ramai la for not so big dept.

Owh, forget to mention. Aku & sorg lagi budak yg intern sama ngan aku..

Dapat bilik & meja besar . only for us. Besar betul.. Lebih besar daripada bilik manager & head dept.. Meja tu boleh muat 8 kerusi. meja org lain 1 kerusi je. Siyes. Sebab bilik special tu...

'Bilik Meeting'

Hhahahaha.. Meja semua penuh weyh.. Terpaksa la kitorang merempat dalam bilik tuh.. Mcm nak beku ko taw tak duduk dalam tuh lama2...

After budak intern lain keluar, maybe ( diulang, maybe) dapat meja sendiri..

huhuhu, meeting room tuh ada intranet je. nak access internet, tapi tak berjaya.

Sebab..

Password & username belum dapat lagi.

Sebab tuh la aku x leh memblog ketika waktu keje.

Owh, dept saya sempoi ( pemerhatian setakat ini). SV saya bes. Dept saya 15 orang kot. saya belum pernah jumpe manager dept. Sebab dia takde 3 minggu.

Utk Ctkay n Nisak : weyh, aku tak berjaye jd kanak2 ayu & sopan santun dowh. Baru ari ke-3, aku dah duduk bersila atas lantai. Kira2 barang...

Bulan ke-3 nanti...taktaw la ape jadi plak.


haaa...w/pun baru 3 hari.. dah ade peristiwa2 yg...erm...yang... argh, bace je lah



peristiwa 1 :
Masa 1st day, dah kena kepit dgn laluan before naik lif

note * laluan tuh cam laluan before naik LRT. kena touch card baru leh lalu. tkde card, x leh lalu..

peristiwa 1 1/2 : Masa balik pulak, sekali lagi nyaris kena kepit.. Nasib baik sempat bertindak.

peristiwa 2 : Dept aku level 3. Aku takleh lalu dekat laluan sebab belum apply card. Maka, dengan ber high heels & berbaju kurung, aku panjat tangga. Penat aii taw..

note * ak sgt despise benda yg memerlukan tenaga / apa2 menyamai senaman

peristiwa 3 : Pakgad pergi bagi access sampai pukul 5 je dekat budak2 intern (after kul 5 tak leh keluar).. Ish, org balik pun kul 5 lebey. Cmne nk g touch mende tu before kul 5?

So, 2nd day masa balik, tak leh keluar.. Seb baek pakgad ada. Dia bg kitorang access sampai kul 10 mlm. ow yeahhh...

note * Aku rasa laluan lif tuh anti aku la

peristiwa 4 : kena drive pergi & balik dari rumah ke Kerteh ( 40 minit) dengan JPJ kat sebelah (abah aku la) .. Dia nak assess aku leh drive ke x if aku sorang2...

Owh, esok aku kena g drive keje sorg2..ayah aku ade training..

peristiwa 5 : Kaki dah sakit pakai heels.. Nak pergi shopping.. Yehhhaaaa

peristiwa 6 : Sekali lagi nyaris terkepit. Tapi dekat pintu masuk yg automatik. Omaigod..

peristiwa 7 : Aku terlupa punch card balik tadi...aaaaarkkkk... dah sampai area umah baru ingat.

peristiwa 8 : Harga makanan kat sini sangat mahal. Td lauk nasi putih, kuah (takde ambik isi pun), ayam goreng & teh O ais. RM 5.. tapi tuh antara harga termurah... Ko bayangkan kalau yg termahal?

note * kena bawak stok meggi g ofis.
note * canteen ofis renovation. Setahun. bermula hari 1st ktorg daftar.. Sedih kan... T_T
note * pantry sy best..sebab takyah basuh pinggan mangkuk (sinki tkde). nnti ada pekerja dtg kemaskan...

peristiwa 9 : Hidup jadi sangat berdisiplin. Lepas balik keje, terus mandi tanpa bermalas-malasan mcm beruang. Pagi2 pun bangun tanpa dikejut berkali2. Tidur pun awal. Before pukul 1.30 pagi.. Gilalah... Berdisiplin bukan?


.:. Potong rambut lagi petang tadi after balik keje.:.