Friday, November 20, 2009

10 perkara

1. Sekarang musim hujan. Pergi kerja hujan, balik kerja hujan. Duduk diam-diam dekat rumah pun hujan. Asal hujan je, Astro pun pitam sekali. Aper daaaaa.

2. Tadi membebel macam makcik jual kambing dekat adik-adik. Mendidih darah tengok sinki penuh pinggan. Baju belum lipat berlonggok. Aish, perut-perut lapar memang tak menggembirakan hati betul.

3. Memandangkan mood tak baik sebab lapar, masak nasi dengan goreng ayam dengan telur dadar je. Lauk kicap campur bawang + cili padi sudah. Ok, sekarang sedang kenyang. Sinki pun dah clean & clear. Mood kembali pulih. Tinggal kena lipat baju yang banyak macam kedai bundle.

4. Oleh sebab mood dah baik, rasa bersemangat nak masak spagetti untuk dinner nanti. Semoga mood sentiasa baik sebab kalau mood down kembali, jawabnya lauk ayam goreng dengan kicap lagi.

5. Masih pelik dengan kehilangan 4 batang serai atas microwave. Kelmarin letak sebab nak masak tomyam. Hari ni dah hilang. Pelik. (okei, tak pelik pun, aku rasa makcik aku terbuang serai tu. Walhal aku baru je beli serai tu. Aiyoooh)

6. Astro dah boleh on. Tapi adik aku dah konker. Ish

7. Berharap Doraemon wujud. Boleh suruh dia keluarkan macam-macam barang. 'Periuk automatik', 'Mesin lipat baju', 'Astro hujan', 'Panggung wayang', 'mesin weekly report', mesin slide presentation'. wohoooo

8. Musykil ape motip post ini di buat. @#$U*(*^%#$$%

9. Belum tengok 2012 lagi. Malas betul nak pergi Kuantan. Contact lense pun belum ambil lagi. Eyh tau tak? Giant dekat Mesra Mall tukar nama jadi 'TMC'. lawak seyh

10. Masih gile dengan lagu Ring Ding Dong -Shinee.

11. Merasakan anda sedang menyesal baca list ni sampai bawah. Wahahahhahahaa, List ni pun dah lebih 10




update : thanks untuk reader yang anonymous but concern itu, ade pembetulan fakta ye perkara ke 9 tu.
TMC tu nama untuk Giant jugak. Saya orang kampung, taktau..tsk tsk tsk.    (^^,)v 

update : Taktau pulak ade yang orang lain selain korang-korang yang baca blog ni. -_-'. 
             Takpelah, selamat datang !!

Wednesday, November 18, 2009

Shinee - Ring Ding Dong

Walaupun choreography dance mereka agak kartun. Tapi aku suka. Hahahaha.

First time tengok lagu ni dalam Music Bank. They won for that week. Yeeehaa..

Terus aii semangat-semangat cari dekat youtube dengan 4shared. Nah, aii kasi uolls pulak tengok sambil cuci mata tengok lelaki jambu. wahahahau

Sunday, November 15, 2009

Hormon cuak terlebih

Matheii la aiii...

Weekly report ade lagi 9 weeks tak hantar.

Online system jauh panggang dari api dengan istilah 'Siap'

Baru interface phase. Coding baru setakat yang button bodoh-bodoh. Database sumpah tak buat langsung lagi. Aku buat online system untuk survey. Suppose user boleh hantar feedback via online then admin boleh view result and analysis feedback tu via online jugak. Masalahnye, gila tak reti nak sambung wahahahau. Aii enjoy buat interface tu. Drop drop je dari toolbox. Bile nak masuk part coding, tiba-tiba aii rasa spek aii kena tambah power. Lense kaler-kaler aii tiba-tiba nak kena rendam dalam solution. Kering. Sama kering macam idea nak siapkan system tu.

Cuak sampai power spek bertambah-tambah. Rambut pun dari hitam afro terus jadi pendek beruban. Lagi hebat, stress sampai terbetukar jadi jantan. (hiperbola)

Kalau boleh bayang system tu dalam bentuk bangunan secara analogi, boleh ibarat bangunan yang baru siap tapak, belum bina batu-bata lagi.Simen apatah lagi.

Hari tu hantar email dekat tiga head section aii yang gorgeous (siyes, mereka gorgeous sebab mereka sempoi..hohoho) tanya ada additional soalan ke dalam feedback.

Omaigod!! SV kesayangan aii telah memfoward email tersebut ke satu department aii termasuk lah manager department aii. Malunya aiii kerana system itu baru siap interface je. Well, SV aii sangat bersemangat hal-hal macam ni. Dia foward sebab dia nak orang lain sumbang idea jugak untuk projek aii and orang recognize  system yang aii tengah bangunkan.

Tapi... omaigod aii segan sebab system tu banyak yang tak siap lagi. Tapi expectation mereka dah high...

Aaarrrkkkk....wut to do..wut to do... I cuak..I cuak..cu cu cu ak ak ak (sile buat bunyi sambil buat gaya kepak ayam)

And yang makin buat aii cuak, on the way balik tadi. Manager aii tanya aii bila boleh launch system tu. Kalau boleh masa Sunday Assembly. Ya ampun..wut to do wut to do...So aii cakap je terus yang aii punya system database dengan coding banyak lagi nak kena siapkan.  Abes la, sampai manager aii dah tanya pasal system tu. Matheeiii aii kalau tak sempat siap..

Huhuhu, aii rasa hormon cuak aii meningkat la akhir-akhir ni. Walhal ikut training schedule memang area-area last month la aii start buat system aii. Hahaha..ni gara-gara kawan aii yang lain dah buat system diorang awal-awal la ni. Dah tak pasal-pasal aii rasa macam aii sorang je tak siap-siap lagi. (taktik keji salahkan orang lain pulak..wahahhau)

Haha, aii takdelah overloaded dengan kerja sangat. Tapi, aii makin cuak sebab banyak benda kena fikir. Dah la aii kena jadi ibu kakak tunggal lebih sebulan. (Kang orang ingat aii stress dewa-dewi pulak sampai buat post ni) Tak-tak, aii tak stress dewa-dewi lagi. Aii cuma sedang cuak dan berharap kerja-kerja aii siap on time. Owh, aii berharap aii tak skip-skip siapkan weekly report. Kan dah nyesal sekarang.. ish ish ish



Jadi nerd la jom. 

Tuesday, November 10, 2009

Sesi jalan raya

Petang tadi balik kerja. Budak-budak main tengah jalan.

Kadang-kadang aku balik kerja, selalu ada budak main-main atas jalan depan laluan rumah.
Ada 2 adik-beradik suka betul duduk main-main atas jalan.
Kadang-kadang naik basikal. Nampak kereta, terus bawak acah-acah depan kereta.

Minggu lepas, macam ni lagi.
Aku hon. Sengaja.
Terus pergi tepi.
Aku tekan minyak,
Laju ikut berlumba tepi kereta aku, duduk depan.
Aku hon lagi. Kuat . Panjang.
Betul depan rumah dia. heh
Lepas tu aku pandang tingkap, buat muka garang.
Sampai depan rumah aku, aku pandang budak tu lagi.
Yess!! Aku rasa muka garang aku menjadi

Selalu bila aku buat muka garang,
budak-budak ingat aku main-main.
Adoyai

Hari ni aku balik kerja, aku lalu jalan tu
Awal-awal dah pergi main tepi. Lepas aku lalu, baru pergi main tengah jalan.
Bagus!!
Aku keluar kereta, aku pandang budak tu.
Muka takut-takut
Akhirnya korang tahu bile kereta lalu, sila pergi tepi.
Bukan gedik-gedik duduk main depan kereta bergerak.

Walaupun aku rasa lepas ni korang anggap aku kakak jiran sebelah yang garang.
Sekurang-kurangnya aku tahu, korang dah elak risiko kena langgar dengan kereta sebab main tengah jalan.

'Alah, kan budak-budak tu'
Owh, aku tak suka bagi muka even tu budak-budak.
Kecik-kecik la kita nak kena ajar.
Lagipun, aku tak suka menangkan budak-budak. Biar aku yang menang. ahahhahaa


**

Hari ahad lepas, ada orang accident masa aku on the way pergi kerja.Meninggal.
Selekoh tu dah banyak makan nyawa.
Sepanjang 5 bulan aku intern kertih, dah banyak accident dekat area situ.

Aku drive kerja sorang-sorang. Pagi tu aku tiba-tiba terfikir.

"Selekoh dekat IKBN tu selalu eksiden"

Then, bila dah area selekoh, aku nampak bomba. Dalam pukul 7.45 pagi

"Accident lagi ni. Cam teruk je. Bomba pun ada"

Aku nampak ade orang terbaring. Tutup dengan kain pelikat. Innalillah.

Aku slow radio. Baca Al-Fatihah.

Terus aku berdebar-debar. Kereta pun slow je. Nasib baik dah dekat nak sampai.
Sampai sekarang, bila lalu selekoh tu, aku slow dalam 70-90 Km/h je. Takut.
Dah lah aku suka pecut dekat selekoh tu. Iktibar-iktibar.

Kawan-kawan, memandu dengan cermat ye !!
Sayangi nyawa anda & keluarga anda

Pesanan khas dari Datin Seri Nisha..wohooooohooo


**Ish ish, kalau dah tahu tengah kabus ngan hujan lebat, pasang la lampu. Tak nampak la oii. Bahaya

Friday, November 06, 2009

cinta diri sendiri

Previous entry, aku chat dengan Nisak. Thanks sebab reply yang tak sengal seperti biasa.. (w'pun sengal itu tetap ade). Thanks jugak ceritakan kisah kau tuh. Aku hargai..

Entry fyn jamal yang latest buat aku makin yakin.. Kita persetankan je apa yang mereka buat.

Mungkin satu hari nanti budak-budak yang ejek aku akan jawab seperti dalam entry fyn.

"Mana ada kitorang ejek"

"Betul ke? Kau silap kot"


"Ye ke? Tak ingat lah"

dan mungkin alasannya nanti

"Alah, zaman budak-budak. Akal belum ada."

yeah, right !!


Ayat fyn yang ini, aku suka. Aku iakan.

ayuh bangga dengan pelik.
ayuh bangga dengan jelik.
ayuh bangga dengan malang.
ayuh bangga dengan kurang.

biarlah dikeji bodoh tak sedarkan diri. mendabik hina dan mempamer cela. dikata menunjuk apa pun juga.

seburuk mana pun kita, kalau bukan kita yang cintakan kita,
maka siapa?




I LOVE ME

Thursday, November 05, 2009

aku si buruk..tapi kau si kacak ke?

     Pernah tak kau ada satu memori yang kau cuba tak nak ingat. Bila teringat, ko rasa geram. Sedih. Down. Marah. Tension. Frust. Kecewa. Semua perasaan yang tak best, berkumpul. Bercampur. Pernah?

     How many years benda nih dah lepas tapi still aku terasa. Bila dah nak lupa, ada je hamba Allah baik hati nak ingatkan. Nak-nak lately mood aku swing cepat sangat. Masalah aku pun banyak nak aku fikir. Memanglah aku tak cerita, aku tak tunjuk. Tapi aku bukan hidup dalam cerita dongeng. Happily ever after.

     Tiba-tiba ada yang tak ada kerja pergi jolok sarang tebuan. Saja je nak naikkan darah aku. Kan dah tak pasal-pasal aku pegi sound dekat facebook. Tak pernah weih, sumpah aku tak pernah buat benda tak bertamadun tu. Tapi hari ni, aku snapped. Kan tak pasal-pasal aku meroyan reply comment kau dekat facebook secara emo.

        Aku tahu kau nak buat lawak. For the sake of old time. Tapi sumpah tak kelakar. Sumpah tak lawak. Mungkin lawak bagi kau. Bagi korang. Tapi bukan aku. Sikit pun tak. Lebih-lebih lagi old time yang kau remindkan aku tuh, aku tak nak ingat langsung. Aku tahu aku tak cantik. Tak lawa. Gigi tak cantik macam model iklan Colgate. Gigi Jalal pakwe Nisak je macam model iklan Colgate. (heh, ini Nisak kate). Tinggi pun paras bonsai. Tak tinggi macam model jeans Levi's. Kesimpulannya, aku tahu aku si buruk.Tapi, aku ade perasaan jugak. Hati ni even kecik sebesar penumbuk je, still functioning okeiiii dik non.

        Kalau kau tengok dekat TV, bila nak tunjuk muka watak si hodoh, mesti pakai braces. Pakai spek. Macam aku kan. Kecuali aku tak pakai braces. Tapi, aku tetap sebiji macam watak si hodoh tu. Bezanya, hujung cerita aku tak berubah jadi si cantik. Tetap si buruk. Tengok, dekat TV sendiri penuh dengan idea si buruk, si hodoh patut berbraces, berspek mata. Nisak, kau selalu rasa kau hodoh sebab gemuk kan. Kau tahu tak aku selalu rasa aku lebih hodoh. Tapi aku senyapkan aja. Aku rasa kau cantik, tapi kau low self esteem. Aku si buruk yang tak boleh nak buat apa..Hahahahaha..sadis lah post aku kali ni

       Zaman sekolah dekat KL dulu, budak-budak panggil aku 'poi'. Sebab gigi aku. Heh, aku dah biasa dengar ejekan macam tu. Tapi, masa dekat sekolah tu yang paling aku vulnerable. Kau kena faham, aku baru masuk sekolah tu. Tup tup terus dapat title. Newcomers lain, sebab tak nak left out dapat kawan baru, join ejek. Peer pressure la konon. Ada jugak budak laki lain kena panggilan 'poi'. Tapi aku sorang je gurls yang kena. Yelah, aku sorang je si buruk time tu. Yang lain semua si cantik. si kacak.  

       Bayangkan kau berjalan, tiba-tiba orang jerit 'poi poi poi' dekat kau. Kau rapat pun tak dengan orang tu. Bila kau tolong ambilkan gambar orang berkumpul, diorang jerit 'poi' kuat-kuat dekat kau. Kau siap listkan poi-poi dekat sekolah tu kan. Menangis? Marah? Makin lah seronok mereka nanti. Hebatkan, dapat buat orang menangis. So, senyap aje. Abaikan. Buat-buat tak dengar.

        Bila orang tag gambar kau zaman sekolah dulu, ada je rajin tambah tag 'poi' dekat muka kau. Heh, lawak kan mereka. Orang-orang bijak memang pandai bergurau. I likeeee. Bila ada kawan lama M add kau dekat ym, tak rapat pun dekat sekolah dulu. Benda pertama dia tegur, bukan Hai. Bukan 'Lama tak jumpa'. Tapi..

'Poi Poi'

Heh, peramah kan mereka tuh? Susah nak jumpa.

Bila aku sound diorang ...'Apa masalah kau panggil aku poi poi'

Diorang jawab..

"Aku teringat orang panggil kau macam tu dekat sekolah." .  


"Aku saja lawak-lawak".

"Si A tu yang selalu panggil kau 'Poi' bila cakap pasal kau" ..

"Kau buruk, memang sesuai Poi dengan kau"

         Ya Allah, kau orang memang pandai buat lawak. Aku terhibur.

       Bila si M mention si A selalu panggil aku Poi bila bercerita. Aku senyap.

       A ,zaman sekolah dulu kau antara kawan paling aku rapat. Paling aku suka kawan. Zaman tu, tak ramai yang aku rapat. Aku anggap kau kawan baik aku. Hari-hari kau datang lepak meja aku. Kau ambil kerusi entah sape-sape, ko duduk depan aku. Sama-sama conteng kertas sambil berborak. Kita suka sangat melukis. Kau dengan lukisan kau, aku dengan lukisan aku. Kadang-kadang kita tak bercakap pun. Ada lukisan yang kita gabung lukis, aku ingat lagi lukisan tu. Kau tahu tak ade budak perempuan sound aku, kenapa kau selalu cakap baik-baik, slow-slow dengan aku. Tapi dengan girls lain kau kasar. Budak-budak girls pun pernah korek-korek nak tahu pasal kau sebab tahu aku kawan baik kau.

      Aku pernah dengar budak-budak perempuan puji-puji rupa kau. Sebab kau tinggi. Kau putih. Tapi sumpah aku bukan suka berkawan dengan kau sebab rupa kau. Aku suka sangat berkawan dengan kau sebab minat kita sama. Aku selesa sangat berkawan dengan kau. Kau selalu tak nak kalah bila berlawan loghat dengan aku. Aku dengan loghat Terengganu aku. Kau dengan loghat kau.

       Masa orang ejek aku, kau ade tersasul panggil aku 'poi' bila aku terejek kau. Aku sentap, tapi aku senyap je. Aku buat-buat tak dengar. Bila aku dah pindah kelas, kau sanggup datang kelas aku. Lepak tempat aku walaupun aku duduk dekat hujung tingkap. Jauh dari pintu masuk kelas. Aku ingat aku pernah terpukul kau dengan pembaris masa bergurau. Kuat gile bunyi aku pukul. Muka kau merah sangat sebab sakit. Aku takut giler kau marah aku. Tapi, kau tak marah.

     Tapi, makin lama, kau makin suka ejek aku poi. Masa kau tengah tunggu aku ambil gambar korang ramai-ramai. Kau paling kuat panggil aku poi antara budak boys lain. Aku sedih sangat. Kau kan kawan baik aku. Kenapa kau yang paling patut tahu aku tak suka perkataan tu, kau yang paling lantang. Orang yang tak ejek aku pun, ikut ejek sebab nampak kau, kawan baik aku sendiri ejek aku. Kau mesti perasan kan, makin lama kita tak rapat. Aku lupa bila kali akhir kita lepak dalam kelas.

      Kau pernah cakap, aku lupa member. Aku yang lupakan kau. Kau nak tahu kenapa? Kenapa aku jarakkan diri aku?

      Aku rasa insecure sejak kau kerap ejek aku. Aku selalu paranoid bila kau baik depan aku, berborak dengan aku. Tapi, belakang-belakang, kau kutuk aku. Sampai satu tahap aku message kau tanya kenapa kau suka ejek aku depan kawan-kawan kau belakang aku. Heh, gila paranoid aku dengan kau time tu. Kau balas message aku macam cuak sebab aku tak pernah meroyan macam tu. Bertahun aku fikir kenapa kita dah tak berkawan baik lagi. Tapi, aku rasa, masa tuh sumpah aku paranoid. Orang yang aku percaya, orang tu yang sakitkan aku.  Heh, aku tahu kau tak baca benda ni. Kau tak tahu pun aku ada blog. Dah bertahun kita tak kontek kan. Tapi, ni first time aku luah kenapa aku jadi tak percaya dengan kau.

       Beberapa tahun lepas aku ada fikir, mungkin ni salah faham. Tapi, bila M pm aku, dan cakap kau yang suka ejek aku. Fine. Betullah sangkaan aku selama ni. Sampai hati kau kan.

      Aku sampai terfikir, mungkin kau saja baik dengan aku sebab nak sakitkan hati aku satu hari nanti. Saja nak jadikan aku bahan kutuk. Kau tahu tak, bila ada orang nak rapat dengan aku, aku jadi paranoid. Aku takut sangat diorang baik dengan aku untuk lukakan hati aku satu hari nanti. Sebab aku si buruk. Nak jadikan aku bahan gelak dengan kawan-kawan. Dah dekat 5 tahun. Aku still paranoid. Aku tak tahu sampai bila aku akan paranoid macam ni.

       Heh, kawan-kawan yang asyik tanya kenapa aku tak berboyfriend. Nah, ni jawapan sejujur aku. Aku paranoid. Aku paranoid orang main-mainkan perasaan aku.Kalau kawan baik aku boleh buat macam tu, why not boifren aku?

      Bila aku dah cuba lupa panggilan 'poi' tu dalam hidup aku, tiba-tiba si R muncul. Pergi komen poi poi dekat facebook. Perlu ke? Aku sentap la woi.



Dah la wei..Cukup lah.. Tak perlu ingatkan aku yang aku ni si buruk. Aku tahu..

Friday, October 30, 2009

Sukati 8 : Jom

Gile generous aku hari ni..

Tengah sibuk nak keluar pun sempat nak memblog. W/pun motip post kali ni tidaklah dapat diketahui..

Owh, ak terperasan update post ak dekat link blog orang, tak naik..mengape ye..

Parents aku keluar kejap pegi Kuantan. Hantar adik aku yang 2 ketul tu pergi check kaki dekat Kuantan Specialist.

Aku nak keluar g Gambang Water Park jap dengan kawan2 trainee

Omg, mereka dah sampai..Chow bedah