Okey. Secara rasminya aku dah ada blog sendiri. Aku plan nak buat blog time June nanti. Ini semua kes konon-konon nak berblogging time internship nanti lah kan. Boleh lah tulis apa yang patut. Kononnya lah kan. Tapi tak sempat tunggu 1 June pun, hari ni terus buat blog. Kau boleh bayangkan tak betapa bosannya aku hari ni, sampaikan aku boleh TERbuat blog TERawal. 'Ter' lah sangat kan.hahaha.
Mostly blog2 yang aku singgah, ada buat ala-ala konsep lah lebih kurang. Ada tuh tulis karya-karya macam puisi pantun.Hah, confirm aku tak buat konsep nih.Sebab apa? Bahasa melayu pun aku tunggang langgang.Ini kan pulak nak berpuisi bagai. Ada yang tulis pasal politik, ini pun tak adalah aku nak ambik port sangat. Sebab aku pun tak pandai benda-benda politik-politik bagai ni. Kang tak pasal-pasal aku masuk ISA, naya aje kan.Okay enuff. Jadi nak isi ape pulak dalam blog nih?
Suka hati lah nak tulis pasak apa kan. Pasal kegilaan shopping yang terbaru ke, pasal ke'best'an yang terjadi ke. Pasal insan-insan yang menyakitkan hati ke. kita kasi penuh dengan nama-nama seperti Miss M atau Incik Z atau mungkin cik R untuk insan-insan itu.Best?No?.Okay,takpe. Kalau macam tu, kita tulis pasal anak raja yang naik kuda putih tiba-tiba datang meminang cik Nisha. Bestkan? Dah-dah,mengarut kau nih Nisha.*dush dush*
(pergh, hensem kan putera raja ni. hahaha.mimpi lah ko)
Apa gila lah, orang lain bertungkus lumus study, macam mana aku TERbuat blog nih. Haip, cepat pergi study la oiii. Okay, malam(dah pagi pun actually) kita menghabiskan masa dekat sini dulu. Esok kita pulun study sampai muntah okayyyy. yeah yeah.hiperbola,aku taw.hahhaha
(Berazam nak study dengan penuh ketekunan.cayalah)
Dah lama aku jadi silent reader aje. Sibuk baca blog orang sana sini. Blog paling kerap aku usha, blog si nisak. Tapi tak tinggal comment pun.
aku : Aku baca blog ko tadi
nisak: hah,tinggal ar komen
aku: malas.
p/s: perbualan seterusnya tak dapat diteruskan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan.
Hah, kau ada blog ker? Entah-entah blog kau pun aku penah singgah. Tapi opkos la aku tak tinggal comment. Silent reader sejati lah katakan. Tapi tu dulu lah kan.dulu. Sekarang aku dah naik taraf dah. Dah tak jadi silent reader lagi.pergh,cayalah Nisha.gimme five. Kalau, aku cakap kalau lah kan kau singgah(macam la ada kan.hahaha.blog baru buat, sape lah tau benda alah ni wujud pun),kau tinggalkan komen dengan link ke blog kau. Nanti rajin-rajin, aku pergi berjalan-jalan kat blog korang. Aku kan suka menjelajah blog orang. Takpe, kalau kau tak nak komen pun aku pedulik apa. Aku nak mengarut jugak dalam blog ni. Blog aku kan, suka hati lah..hahahhahah..okey, over.stop
Aduh, perut aku berbunyi. Sape suruh berjaga sampai 4-5 pagi. Memang la lapar. Orang lain 1st posting tulis pendek-pendek je. Aku dah berjela-jela pulak.Hahaha. Nak buat macam mana, aku memang suka menaip.
Tapi, aku dah mengantuk.
Tapi aku nak sambung tulis lagi.
Tapi aku lapar
Tapi aku nak tulis banyak benda lagi.
Tapi aku mengantuk.
Tapi aku _____ Argh, sadap yuh.Duk tulis tapi tapi...
** Paper aku start Rabu ni, tapi banyak tak baca lagi. $%^&(*&^%. Dah dah, study jom. Eh,kau dah habis paper? Ok, kau boleh