Saturday, August 15, 2009

convofair.. I'm not going

dekat UTP, ade convofair sekarang..

Ramai kawan2 balik UTP.

Aku?

Entah kenapa, tak rasa nak balik..

Trg- Perak - Trg..

Untuk 2 hari..

Dateline keje hari Isnin ni.. ak x larat.

Sori kawan2.. kite x berjumpe dekat UTP..

Next time kita jumpe...

Tuesday, August 11, 2009

MBOSET : Rasa macam seorang survivor pulak

amaran : entry ini panjang lebar dan ada sikit termelalut. tp, penuh informasi..eceewah


Ko taw nyah?

Ak eksited betul hari ni. Walaupun badan nih rasa macam badan orang tua umur 80 tahun (okei, hiperbola. Mane lah aku taw orang 80 tahun rasa macam mana kan) sebab 2nd day yang memenatkan. Sengal2 satu badan (bukan sengal otak ye. perhatian!!)

Finally, ak dah lulus MBOSET.

yippi.

Walaupun kawan2 trainee lain (mostly budak trainee engineering) ramai dah habis before aku.

But still, ak rase it's one of my personal achievement. Survivor bebeyh.

Ape kah MBOSET itu? sejenis kuih kah? permainan tradisional masyarakat pribumi afrika kah? atau adakah sejenis tajuk cerita seram? Owh..No no no no no ( buat bunyik macam lagu Gee - SNSD)

Ak malas lah nak tulis panjang2 panjang, korang boleh refer sini untuk details.

Tapi, secara ringkasan & dipendek-pendekkan cerita versi Datin Seri Nisha.

MBOSET = Malaysia Basic Offshore Safety Emergency Training

Kursus ni dilakukan selama 3 hari ye kawan2. Mesti habis tiga hari ni (Kecuali company Exxonmobile kot. 2 hari je). Kalau lulus, baru boleh dapat sijil. Aku buat training ni 9-11 Augut 2009 dekat TSTC (Terengganu Safety Training Center).

Fees mahal kalau pegi sendiri. Nasib baik department ak yang bayarkan. Tenkiu Boss, Tenkiu my lovely SV.

Aku bernasib baik Supervisor bagi greenlight untuk buat training ni. Sangat bernasib baik okei sebab department ak bukannye wajib pun pegi offshore tu.

Oh, kursus ni perlu renew setiap 3 tahun. So, setiap 3 tahun, kena buat training ni balik untuk regular yang pergi offshore. If ko dah buat BOSET tahun ni, ko terselamat untuk 3 tahun akan datang. Then, azab balik.

Kesian Dba, suppose kitorang plan nak pergi sama2. Tup tup manager department dia tak bagi pergi sebab Cost saving. ( At least dia dah selalu jejak kaki dekat TCOT (Terengganu Crude Oil Terminal). ak belum.isk isk isk) So, ak & sorang lagi trainee pergi lah berdua je. (Eh, macam dah lari topik plak.. aiyohh)

  • Hari Pertama
Hari pertama belum mencabar & azab lagi. Azabnye hanyalah duduk dengar kuliah pasal teori. Siape2 yang ambik subject HSE, adalah sangkut paut. Well, time ko duduk belajar je dalam kelas, HSE ni macam tak penting pun. Tapi, bila time keje tempat2 macam offshore terutamanya, HSE ni sangat crucial. ( apsal lecturer HSE aku dulu asyik tukar2 hah?)

owh, instructor tuh ade tunjuk gambar2 ngeri yang really happened dekat platform. Ada satu gambar tuh kepala orang putus kena libas kipas helikopter.

"Sebab tuh omputih panggil helicopter tuh chopper. Chop chop chop"

..ngeri bukan? ko bayangkan kepala ko...erk...enuff

Lepas tuh adalah belajar teori2 untuk 2nd day.

** Oh, did I mention, masa 1st day, ada 3 orang je perempuan. yang lain lelaki? Then, the next 2 days, perempuannya tinggal 2 sahaja sebab salah seorang sakit mata. Sadis kan kami? **

So, banyak lah teori masa 1st day ni. Jenis2 alarm dekat offshore, jenis chopper yang orang guna. Nowadays, guna chopper jenis 76C++ (camtu lah lebih kurang namanya). Maybe nak tukar jenis lain pulak. Nih sikit je aku mention pasal teori yang diorang ajar, kalau banyak2 sangat kang, dah bukan blog ak. blog Boset lak.


  • Hari kedua
Oh my. Hari yang paling azab + thriller + best + survivor + azab + thriller + best + survivor...hahaha..ulang2 sampai bosan.

Sepanjang hari. I repeat, sepanjang hari dari pukul 9 pagi - 3 petang duduk dekat kolam.

Dah lah aku terlambat sampai. Pukul 9.05 baru smapai. kena tukar coverall lagi. Belum makan plak tuh ( Sempat ngap 2 gigit roti butterscotch sambil drive. Then, x selera sebab cuak dah lambat)

Beberapa info yang aku dapat darpada previous people yang dah attended session ni, ramai yang takut time terjun kolam 15 meter ( tinggi macam tiang elektrik kalau tak silap) and ayah aku sendiri suspen time latihan helikopter jatuh dalam air. Owh, abang aku pun baru lepas attended Boset. Dia kata dia lebih takut terjun sebab gayat.

So, if lelaki dewasa boleh cuak dengan latihan sebegitu. Mengapa datin Nisha tidak boleh berasa cuak?

Tetapi, anda boleh bayangkan Datin Seri Nisha cuak tapi masih maintain muka cool sebab tak nak orang tahu dia cuak meniti hari2 yang kedua itu. Memandangkan 2 orang je perempuan, so, ak cuba tak menyusahkan teammates lain n buat lagi bagus. Malu la wei buat cuak lebeyh2. Time ni la nak kena tunjuk berani kan..hahahhaaberlagaklahko)

Aktiviti 2nd day ni ak try tulis detail sikit sebab sangat best.

----


Mula2, macam warming up lah kot. Belajar macam mana nak naik bakul yang diangkut oleh kren ke atas platform. Bahayanye mende nih sebab atas udara, angin kuat. So, bakul nih akan swing. dan ada possibility kren tersangkut. Tak pasal2 ko kena berdiri atas udara tuh 2 jam lebih.

Lepas tu, kena swing rope pergi and balik. Simulasi if nak transfer daripada boat ke platform. Bila nak transfer, kena pindah guna tali. So, ada teknik2 nya untuk swing tu.

Tips : Before lompat daripada boat ke platform, tunggu time boat lebih tinggi daripada platform. Kalau tak, ada possibility jatuh tersadung or wut so ever lah yg may happen. Makin berombak laut, makin bahaya aktiviti ni.

Lepas tu, dah start masuk dalam kolam. Belajar guna tank oksigen. Time ni pecah 2 group besar. Sukati je sape nak masuk, masuk je dalam kolam tu sampai semua tank oksigen takde. Ak & sorang lagi gurl saja pergi turn awal. Malas nak lambat2. Cuak oih lambat2.

EPS kot nama benda tu ( ttbe lupe plak. nanti ak check kat notes). Ko kena bernafas ikut mulut and duduk dalam air.

1st time aku ada probs sket sebab rasa guna benda tuh lain macam. Lagipun benda tu kena biar je dekat mulut n agak berat. Herot birot mulut rasa time tu. Udara yang kita hembus plak keluar betul2 depan muka. So, rasa pelik sikit lah. Time duduk dalam air plak, rasa asyik timbul2 je, rupanya kaki patut letak kat lantai. Baru lah tak rasa nak timbul. dem. ( siyes rasa cam sengal. hahah)

Budak perempuan sorang lagi pun lagi probs time tu. Dia cakap maybe dia penah lemas dulu, so dia cuak sikit nak duduk dalam air. Kolam tuh pun dalam. Totally tinggi daripada aku lah air dalam tu. Hahah

Mula2, kena pakai oksigen tuh before masuk air. then, baru duduk dalam air dalam 3 minit lebih kot.

After that, kena masuk dalam air dulu (so, tahan nafas lah kejap). Then, kena pakai oksigen dalam air tu. (Kena jaga2 takut sambil masukkan tiub dalam mulut, air kolam join sekaki termasuk)

Then, lama2 baru biasa guna benda tu. Gurls sorang lagi kesian jugak sebab time orang lain dah naik dia still kena belajar benda tu. Then, baru instructor bagi dia naik.
Tips: Make sure mask tutup penuh muka & hidung. If tarik nafas guna hidung n sesak nafas, means hidung dah tertutup kemas. So, air tak masuk. Untuk sesiapa yang pakai tudung, make sure tudung tak tertindih bawah mask. If not, air masuk idung.sakit oih

Benda nih kena make sure dah tahu time ni sebab untuk next praktikal, memang diperlukan. If not, habis lah ko.

Then, aktiviti maharaja suspen seterusnya.

HUET - Helicopter Underwater Escape Training

See see. nama pun suspen kan. Training keluar daripada helicopter dalam air.

** tak sempat ambik gambar. So, guna gambar yang jumpa dalam intenet..isk isk**

Helikopter yang kitorang guna, sama macam helikopter dalam gambar ni (yg kaler biru tu ye). Kalau refer gambar, tempat ni bukan dekat TSTC.



Ada 3 stages. Setiap stages tasknya adalah untuk keluar daripada helicopter yang dah tenggelam.

Mula2, akan dipecahkan ikut group. setiap group ada 6 orang. Ak dapat turn group no 2. Yeay, at least bukan 1st.

2 stages dia bagi guna EPS.

Bezanya,

  • stages 1st,

Kena pakai tiub time paras air belum melepasi kepala. Helicopter dah slowly jatuh dalam air. Then, boleh keluar ikut pintu/tingkap yang berhampiran.

Time instructor sebut 'brace brace brace', standby untuk tenggelam. tangan yang bersebelahan dengan pintu, kena pegang dekat kerusi. Sebelah tangan lagi, kena brace badan. Then, tundukkan kepala sikit.

Tujuan tangan yg berhampiran pintu pegang kerusi ialah..

Bila dalam air, kita boleh lost control & confuse. Mungkin dalam cuak2 nak selamatkan diri, ko tak sure pintu ada bahagian mana sebab semua nampak sama je dalam air. So, tangan di kerusi indicator pintu dekat bahagian mana. If tangan belah kiri yang pegang kerusi, means pintu ada bahagian kiri & vice versa.

Then, after tenggelam, kena tunggu a few second. After that, baru boleh bukak buckle & keluar ikut pintu/tingkap berhampiran.
tips: make sure bucke & life jaket ikat ketat2.. if tak, nanti benda tuh boleh berubah position. Makin ketat, makin bagus..Life jacket pun kena hati2. sebab takut kalau bukak awal2 before keluar helikopter, nanti tersangkut kat atap helikopter. Tak boleh keluar la macam tu

Lepas dah lepaskan buckle (buckle ada 2 jenis, yang pulas n tarik), kena pegang pintu keluar then berenang keluar and pegang dekat body helicopter. ( time dalam air, aku rasa jauh betul before dapat capai pintu keluar tu.siyes.) Lepas tu, masuk balik & buat 2nd stages.


  • 2nd stages pulak

Still boleh pakai tiub oksigen. Cuma bukan pakai time belum tenggelam. This time, kena pakai time dah totally tenggelam dalam air. Time dalam air, instructor bagi isyarat untuk pakai tiub then isyarat keluar helikopter.

time tarik nafas, time last2 lah kiranya, ade termasuk sikit air dalam mulut ak, seb baek belum tertelan. So, dapat je tiub oksigen, hembus balik air tuh n tekan punat untuk keluarkan air dari tiub.

Kali ni, tak keluar ikut pintu berhampiran. Semua 6 orang kena keluar dekat pintu besar. So, aku untung sikit lah sebab awal2 dah chop duduk tepi pintu besar. hahah.

Owh, memandangkan semua orang nak keluar ikut satu pintu, so, ade group2 yang terkeluar awal lah before instructor bagi isyarat, terkeluar kaki dulu before kepala, tendang muka orang dalam air. If salah seorang teammate fail, kena ulang balik stages ni. Seb baek team aku tak kena repeat. Azab wooo.

Then, lepas berenang keluar & bergayut kejap dekat body helikopter, kena masuk balik untuk 3rd stages ( stages paling bahaya).

Owh, aku terbuat aksi lawak plak time ni. Orang lain after nyelam masuk balik dalam helikopter, diorang terus berdiri. Tapi aku boleh plak duduk n bernafas guna tiup tuh duduk relax2 dalam air. After a while baru ak perasan aku sorang je duduk dalam air, yang lain semua berdiri.


  • 3rd stages


Stages nih paling ramai risau( aku pun).

Sebab

1. tak boleh guna bantuan oksigen. Totally kena tahan nafas

2. Helikopter terbalik. so, lebih banyak hazard

3. Bila position helikopter terbalik, lagi senang nak confuse.


4. Banyak bubbles time awal2 helikopter terbalik.
So, tak nampak ape2 untuk beberapa seconds kecuali bubbles2 tu (tp, ak nampak bubbles2 tu cantikkk sangt2). Tapi cuak jugak sebab takut tak larat tahan nafas lama2.


Time instructor sebut brace brace brace, cepat2 tangan berdekatan pintu pegang kerusi. Then, boleh rasa helikopter tuh terbalik. Cepat gile. a few seconds je. So, kena pandai2 la cari timing untuk tarik nafas panjang2.

Impact terbalik ni la yang buatkan banyak bubbles. Dalam 10 seconds kot baru bubbles tu hilang. Only after bubbles dah hilang, baru boleh bukak buckle & keluar.

Time keluar, siapa yang boleh berenang, akan beranang ke tangga tepi kolam. Untuk manusia2 tak reti berenang macam aku, dia akan bagi pelampung. So, pandai2 lah ko bawak diri ke tangga tu.

After je habis HUET, lega yang amat. Rasa maca dah terlepas dah 1 azab. Time belum buat, cuak gile vavi. Tp, after dah habis, rasa sangat best.

Owh, even tak pandai berenang pun boleh buat. See see. Datin Seri Nisha ni bukan reti berenang pun. Pergi pandai then buat tangan gaya berenang sambil kaki injak tanah, terer taw.
Instructor n org2 penyelamat pun ramai untuk membantu. So, tak mati lah. * even ada sorang sahabat ni asyik sebut "Mati la aku, mati la aku, mati la aku"...tensen aii. buat aii cuaks aje okeii


info post hari ni : manusia boleh hidup tanpa makanan untuk beberapa minggu

Tapi, manusia hanya boleh hidup tanpa oksigen untuk 4-6 minit


** Aku rase post kali ini sangat skema..wkakakaka..takpe, ak memang teringin nak share benda aku baru dapat belajar ni

note : tak habis lagi tulis untuk 2nd day. tp, ak penat ar nak taip. aiyohh.. bersambung okeih..

random :
Masa kecik2 dulu, teringin sangat2 nak pergi offshore. Kalau boleh nak seludup masuk dalam beg ayah, pergi ikut naik platform. Now, rasa mcm impian hampir jadi kenyataan. Baca macam sadis kan. Tapi, serious. Tu impian aku masa kecik2..hahahaahahah