Friday, November 20, 2009

10 perkara

1. Sekarang musim hujan. Pergi kerja hujan, balik kerja hujan. Duduk diam-diam dekat rumah pun hujan. Asal hujan je, Astro pun pitam sekali. Aper daaaaa.

2. Tadi membebel macam makcik jual kambing dekat adik-adik. Mendidih darah tengok sinki penuh pinggan. Baju belum lipat berlonggok. Aish, perut-perut lapar memang tak menggembirakan hati betul.

3. Memandangkan mood tak baik sebab lapar, masak nasi dengan goreng ayam dengan telur dadar je. Lauk kicap campur bawang + cili padi sudah. Ok, sekarang sedang kenyang. Sinki pun dah clean & clear. Mood kembali pulih. Tinggal kena lipat baju yang banyak macam kedai bundle.

4. Oleh sebab mood dah baik, rasa bersemangat nak masak spagetti untuk dinner nanti. Semoga mood sentiasa baik sebab kalau mood down kembali, jawabnya lauk ayam goreng dengan kicap lagi.

5. Masih pelik dengan kehilangan 4 batang serai atas microwave. Kelmarin letak sebab nak masak tomyam. Hari ni dah hilang. Pelik. (okei, tak pelik pun, aku rasa makcik aku terbuang serai tu. Walhal aku baru je beli serai tu. Aiyoooh)

6. Astro dah boleh on. Tapi adik aku dah konker. Ish

7. Berharap Doraemon wujud. Boleh suruh dia keluarkan macam-macam barang. 'Periuk automatik', 'Mesin lipat baju', 'Astro hujan', 'Panggung wayang', 'mesin weekly report', mesin slide presentation'. wohoooo

8. Musykil ape motip post ini di buat. @#$U*(*^%#$$%

9. Belum tengok 2012 lagi. Malas betul nak pergi Kuantan. Contact lense pun belum ambil lagi. Eyh tau tak? Giant dekat Mesra Mall tukar nama jadi 'TMC'. lawak seyh

10. Masih gile dengan lagu Ring Ding Dong -Shinee.

11. Merasakan anda sedang menyesal baca list ni sampai bawah. Wahahahhahahaa, List ni pun dah lebih 10




update : thanks untuk reader yang anonymous but concern itu, ade pembetulan fakta ye perkara ke 9 tu.
TMC tu nama untuk Giant jugak. Saya orang kampung, taktau..tsk tsk tsk.    (^^,)v 

update : Taktau pulak ade yang orang lain selain korang-korang yang baca blog ni. -_-'. 
             Takpelah, selamat datang !!

Wednesday, November 18, 2009

Shinee - Ring Ding Dong

Walaupun choreography dance mereka agak kartun. Tapi aku suka. Hahahaha.

First time tengok lagu ni dalam Music Bank. They won for that week. Yeeehaa..

Terus aii semangat-semangat cari dekat youtube dengan 4shared. Nah, aii kasi uolls pulak tengok sambil cuci mata tengok lelaki jambu. wahahahau

Sunday, November 15, 2009

Hormon cuak terlebih

Matheii la aiii...

Weekly report ade lagi 9 weeks tak hantar.

Online system jauh panggang dari api dengan istilah 'Siap'

Baru interface phase. Coding baru setakat yang button bodoh-bodoh. Database sumpah tak buat langsung lagi. Aku buat online system untuk survey. Suppose user boleh hantar feedback via online then admin boleh view result and analysis feedback tu via online jugak. Masalahnye, gila tak reti nak sambung wahahahau. Aii enjoy buat interface tu. Drop drop je dari toolbox. Bile nak masuk part coding, tiba-tiba aii rasa spek aii kena tambah power. Lense kaler-kaler aii tiba-tiba nak kena rendam dalam solution. Kering. Sama kering macam idea nak siapkan system tu.

Cuak sampai power spek bertambah-tambah. Rambut pun dari hitam afro terus jadi pendek beruban. Lagi hebat, stress sampai terbetukar jadi jantan. (hiperbola)

Kalau boleh bayang system tu dalam bentuk bangunan secara analogi, boleh ibarat bangunan yang baru siap tapak, belum bina batu-bata lagi.Simen apatah lagi.

Hari tu hantar email dekat tiga head section aii yang gorgeous (siyes, mereka gorgeous sebab mereka sempoi..hohoho) tanya ada additional soalan ke dalam feedback.

Omaigod!! SV kesayangan aii telah memfoward email tersebut ke satu department aii termasuk lah manager department aii. Malunya aiii kerana system itu baru siap interface je. Well, SV aii sangat bersemangat hal-hal macam ni. Dia foward sebab dia nak orang lain sumbang idea jugak untuk projek aii and orang recognize  system yang aii tengah bangunkan.

Tapi... omaigod aii segan sebab system tu banyak yang tak siap lagi. Tapi expectation mereka dah high...

Aaarrrkkkk....wut to do..wut to do... I cuak..I cuak..cu cu cu ak ak ak (sile buat bunyi sambil buat gaya kepak ayam)

And yang makin buat aii cuak, on the way balik tadi. Manager aii tanya aii bila boleh launch system tu. Kalau boleh masa Sunday Assembly. Ya ampun..wut to do wut to do...So aii cakap je terus yang aii punya system database dengan coding banyak lagi nak kena siapkan.  Abes la, sampai manager aii dah tanya pasal system tu. Matheeiii aii kalau tak sempat siap..

Huhuhu, aii rasa hormon cuak aii meningkat la akhir-akhir ni. Walhal ikut training schedule memang area-area last month la aii start buat system aii. Hahaha..ni gara-gara kawan aii yang lain dah buat system diorang awal-awal la ni. Dah tak pasal-pasal aii rasa macam aii sorang je tak siap-siap lagi. (taktik keji salahkan orang lain pulak..wahahhau)

Haha, aii takdelah overloaded dengan kerja sangat. Tapi, aii makin cuak sebab banyak benda kena fikir. Dah la aii kena jadi ibu kakak tunggal lebih sebulan. (Kang orang ingat aii stress dewa-dewi pulak sampai buat post ni) Tak-tak, aii tak stress dewa-dewi lagi. Aii cuma sedang cuak dan berharap kerja-kerja aii siap on time. Owh, aii berharap aii tak skip-skip siapkan weekly report. Kan dah nyesal sekarang.. ish ish ish



Jadi nerd la jom.