Wednesday, April 13, 2011

Saya Puan. Bukan Cik

     Pagi tadi aku pergi bank. Mamai. Lepas tu lapar. Sakit perut. Aircond bank sejuk. Menggigil tahan sejuk sementara tunggu turn. Padahal masa aku datang, angka dah 1016. Aku 1017. Dekat sejam aku tunggu tapi tak panggil-panggil. Padahal bukan ada orang lain pun.  Hangin aku. Dah lah akak kaunter tu buat muka kerek. Mentang-mentanglah aku pakai selebet macam penganggur. Eh, aku memang penganggur pun. Ok fine.

      By the time dia panggil giliran aku, memang aku dah emo. Harini aku emosi ok. PMS. Masam macam ape dah muka aku.

      Time nak isi maklumat dalam komputer, akak tu follow je  maklumat macam dalam MyKad. Mana-mana yang tak ada, dia akan tanya. Aku ni dah lah tengah emo. Banyak pulak tanya kan. Waktu nak isi panggilan Mr, Mrs, Ms tu, dia tanya lah.

"Nak letak puan ke cik?"


"Puan"

Dengan sepantas kilat aku jawab. Padat. Ringkas. Tapi tak tepat.

Pang!! aku rasa nak tergolek jatuh kerusi masa dengar jawapan dari mulut aku.

Aku pun terkejut macam mana aku boleh tersasul jawab puan. Haha. Melampau okay. Punya la emo sampai confuse status. Nasib baik aku tak jawab

"Encik"

Confirm akak tu suruh pakgad halau aku keluar bank.

Nasib baik lambat panggil dekat sejam je. Kalau dekat dua jam tak panggil-panggil, ada harapan kalau dia tanya

"Female ke Male?"


"Male"


Hah. pitam !!

Wednesday, February 09, 2011

Krisis Mesir

Dah masuk tahun baru, satu post pun takde kan dekat blog aku nih. Hahaha. Memang berkepam lah blog. Dah masuk Febuary baru terhegeh-hegeh nk hapdet. Sebenarnya aku malas la nak menulis walaupun kalau nak dikira banyak je benda nak tulis. Tapi disebabkan aku tak tau nak tulis yang mana dulu, maka takyah tulis apa-apa. Ahahahah. Boleh?

Owh, since krisis Mesir tu, dari awal lagi aku suka follow up. Ni baru jumpa satu link best sebab 1st hand story dari student kita yang belajar kat sana. Yang bestnya sebab dia cerita pengalaman dia join sekali rombongan tu. Well, he got some nerve lah I must say.

His writing style quite funny even though storynya agak nerve wrecking. Gila tak suspens if included in that kind of situation? Tapi last update takde sebab blog tergendala. Hope blog dia tak berkepam macam blog aku ni lah. Hahahah.

ni link

Okeh, bye