Saturday, June 26, 2010

Product Review : FreshLook Illuminated

Haritu ( yang entah bila aku dah lupa ) aku isi lah online form nak dapatkan sample contact lense Freshlook Illuminated. Alah, yang konon2 nak bagi anak mata nampak besar sikit. Tahu pasal ni pun dari blog LadyNoe. Saje lah cuba nasib sebab nak dapat benda ni ikut nasib if stock ade, dapat lah. Kalau habis, sila beli sendiri. Aku isi form ni pun time promotion macam dah nak tamat je. huhuhu

Sepasang je. Nak lebih kena cari dekat kedai. hohoho

So, dalam minggu lepas ( minggu lepas dapat, baru hari ni nak hapdet. hahaha) aku dapat lah sample ni sepasang. Sebelah power -3.75, sebelah lagi -2.75. Dalam online form tu tanya details contact lense ape kita biasa pakai, power lense etc. If tak pernah pakai contact lense pun tak ape, dia ada bagi guideline how-to.

Dan-dan haritu jugak aku try pakai bawak berjalan. Sungguh eksited dengan barang sample sampai lupa ambik gambar mata before & after pakai contact lense ni. Kamera handset aku tak berapa bagus gambar. Balik rumah dah cabut tudung semua dah malas lah kan nak snap pic. Agak2 je lah mata tu besar sikit dalam 1-2mm. Aish, me'makcik' plak, part review tak sampai2 lagi. hahaha

Bagi aku, yang agak berbeza contact lense FreshLook Illuminated ni dengan contact lain yang pernah aku pakai macam FreshLook , time nak tanggalkan daripada mata agak susah sikit. Maybe lah terjadi dekat mata aku je kan. Kena try tarik a few times baru nak keluar. Tapi, in contrary bagus lah sebab nanti if tenyeh2 mata, taklah tiba2 contact lense tu terkeluar sekali kan. (A few times jugak contact lense aku terkeluar bila aku tenyeh mata kasar2)

Dan perbezaan kebesaran anak mata aku tak ketara sangat dengan contact lense ni. Macam time mata kanan aku, kiri tak pakai, nampak sama je. So, aku nak stick dengan current lense aku. Untuk orang yang boleh nampak berbeza dengan lense type ni, boleh try la. Maybe yang jenis anak mata kecil2 tu, sesuai bebenorlah. hehe

Ada blogger yang cakap dia pening bila pakai lense ni, tapi bagi aku takde pulak pening wutsoever. Tapi ada lah rasa lain sikit sebab dah biasa pakai contact lense jenis lain. 

Contact lense ada banyak jenis tahap. Ada yang untuk 3 bulan sekali baru tukar, 1 bulan sekali & tukar hari2 (ni yang aku tahu lah, yang lain aku tak sure). If pandai jaga, boleh la guna lama sikit daripada tempoh yang dia state. Contact lense Freshlook Illuminated ni daily disposable. So, after dah pakai, kena buang macam pampers baby tu. Pakai, buang. Lebih hygenic. Ikut lah preferance korang macam mana tapi aku prefer yang sebulan sekali sebab jenis ni aku pakai dekat 2 bulan pun macam still ok.

Contact lense ni better lah daripada colourless lense. Sebab bagi aku contact lense takde colour ni leceh sikit nak cari if terjatuh. Mata dah lah rabun, nak cari benda kecik cinonet takde kaler ni leceh. Tak kuasa. Jadi, pakai yang ada colour senang sikit. From personal experience, aku rasa time nak tanggalkan colour lense daripada mata a lot easier daripada colourless sebab kita boleh nampak lense tu ada dekat part mana. Untuk produk ni, boleh dianggap senang lah sebab at least ada circle yang bercolour.

Okeih, siapa2 yang nak terasa macam Korean ada mata besar comel, bolehlah try beli contact lense ni dekat kedai2 spek berhampiran. Kalau cari dekat kedai basikal, insyaAllah tahun depan pun tak ada jual. heheh.

Recommended price dalam RM 35 sekotak. Each kotak ada 10 keping. If korang mata power lain sebelah, kena beli  2 kotak. Untuk siapa yang apply sample dekat online, akan dapat sample dengan voucher. 30% off untuk second box. Kena apply cepatlah sebab voucher valid sampai 15 July ni je.

Macam ni lah rupanya voucher tu.