Friday, November 27, 2009

Aidil Adha

Esok dah raya. Tak siapkan ape2 pun. Parents takde. Serious takde mood nak beraya.

Teringat time korban kecik-kecik dulu, pergi follow tengok orang sembelih lembu.
Balik rumah, tak boleh makan langsung daging-daging korban.
Asyik terbau darah dengan teringat kepala lembu. Heh



gambar hasil google



So, pernah 2 kali je follow tengok orang sembelih lembu.
Nanti siape nak habiskan makan daging-daging tu semua?

Tahun ni nak duduk diam-diam dalam rumah.
Okei, secara realistiknya rasa tak berjaya pun plan ni.
Kena fikir nak masak ape esok.
Uwargh, buku resipi tu bagi bahan pelik-pelik. Aku tak reti..isk isk
Mesti end up jadi resepi hantam sendiri.

Sate pun tak sempat tempah. Ish, nak makan ape esok ni..
uwargh, dilemma dilemma.


Randoms :

1. Jual maxi dress dekat office. Tu pun selepas gundah gulana nak jual atau tak sebab suka semua maxi dress tu. Laku 2 helai. yeeehaaa. Supervisor aku beli sepasang, akak secreatary department beli sepasang.

2. Tadi pergi cari stok baru, tapi pilihan semua tinggal yang tak berkenan. End up beli sepasang je sebab akak secreatary nak design yang sama tapi colour lain.




 
                                                                        Gambar hasil google


3. Disebabkan menjual baju dekat ofis, akak-akak department cakap aku pandai bermulut manis. hahaha. Comel la mereka tu. Dah la baik hati beli baju aku jual, suka memuji pula, sungguh comel. Nanti dah habis intern mesti teringat mereka. Department ni agak laser sesama sendiri, tapi baik hati & telinga tebal laser. Tapi serious seronok sebab mostly staff perempuan.

4. Supervisor aku pun kebetulan jual kek coklat yang dia buat. RM10 je. Besar, murah dan sedap. Dia cakap hari section SFI semua menjual barang. Dia tanye, "Orang SFI takde duit ke eyh.hahah". Tapi nak menyedapkan ayat, aku jawab "Orang SFI pandai menambahkan duit".

5. Berpakat bersama mereka melakukan perkara yang agak terlarang secara berjemaah. Hahaha. yang ni tak boleh cerita, nanti kantoi dekat orang lain susah. Yang penting, department itu sangat cool. Owh, department Dbah pun cool juga. Seronok berjalan-jalan pergi sana.

6. Pagi-pagi lagi tiba-tiba floor aku takde electric. Dah lah tengah tulis coding. Tak sempat save. Nasib baik baru tulis sikit. Beberapa hari lepas pun takde electric tiba-tiba. Tapi peliknya department aku je yang takde. Hari ni department Dbah takde jugak. Floor lain tak sure.  Welcome to the club!!



                                                               gambar hasil google



7. Tempat bowling dah bukak dekat Mesra Mall.

8. Giant TMC dengar-dengarnya buka petang raya. Akhirnya. Tapi confirm sesak.

9. Jalan Kemaman-Kerteh-Kemaman teruk berlubang-lubang sebab hujan lebat tak berhenti2. Tapi nasib baik dah 2 hari panas terik. Semalam aku macam nampak lingkaran pelangi keliling matahari dalam pukul 0730 till 0750. Tapi orang yang aku tanya semua tak perasan.  Hari tu aku nampak lingkaran pelangi dekat bulan.

10. Ayah aku cakap semalam Mekah hujan lebat siap kilat. Dah 5 tahun tak hujan. Hujan rahmat la agaknya kan.

11. Beli kasut online. Tak sabar nak tunggu parcel tu sampai. Seller tu pos hari ni. Suppose sampai esok. Tapi, aku rasa mesti tak sampai lagi sebab kan cuti. uwaaaaa, tak sabarnya nak kasut tu sampai. Ni first time beli kasut secara online. Sebab kebiasaannya kalau pilih kasut, feeling test dekat kedai lebih best. 

Sunday, November 22, 2009

38 km = 3 jam

Sangat penat mental + fizikal.

Balik ofis dalam pukul 5.30 tadi. Pergi isi minyak dekat tepi Mesra Mall sekejap. Malas nak singgah toilet sebab dalam 25-40  minit dah sampai rumah walaupun instinct dah suruh pergi toilet since keluar ofis.

Guess what?

Pukul 8.50 malam aku baru sampai rumah.  Aku rasa nak pitam je dalam kereta tadi.

Konon-konon cantas guna jalan alternatif dekat KSB. Tup-tup dari jauh dah jammed. Buat U-turn, patah balik jalan biasa. Terbazir 8km. Dah la tak tahan nak pergi tandas. uwargh, dugaan dugaan.

Tuntutan alam nih mana boleh ditahan-tahan. Macam nak gila tau tak tahan-tahan. Tak percaye? Try weih.. seksa oih..

Otw jalan aii nampak ade kereta berhenti. Keluar seorang lelaki dengan anak lelaki dalam umur 5-7 tahun. Pergi belakang pokok.

Uwaaaa, kalau aii lelaki, aii join sekaki berhenti je tepi jalan.  Cari la pokok mana-mana. Nasib baik aii masih waras walaupun macam nak gila tahan tuntutan alam.

Dah la stesen minyak terdekat dalam 1km je. Tapi kereta bergerak laju sikit dari siput. Tak pasal-pasal aku potong Q. Selalunya aku tak potong Q sebab aku tahu orang lain pun sama-sama nak cepat. Tapi, hari ni aii tak tahan la nyah. Tuntutan alam lebih mendesak. Emergency emergency. Kereta lain pun punya la banyak potong Q depan aii.

Sampai dekat stesen minyak, punya la ramai pulak orang beratur. Aii rasa nak nangis. Cooooobaaaan.

Tapi aii bernasib baik, aii telah berjaye ke tandas dengan suksesnye. Yeaaahhh..
(Kadang-kadang bila dah darurat, benda kecik pun dah hepi giler.hahhahaha)

Kesimpulannya, kalau instinct tu kuat pasal something, buat je la. Instinct aku kuat kadang-kadang tapi aku malas ikut sebab ada jugak yang tak betul. Masalahnya instinct aku tepat sangat la pulak tadi.

Instinct aku suruh jangan pergi ofis esok. Sebab jalan dah banyak naik air masa pergi & balik ofis tadi. Patut follow ke tak?

Haaaa, itu yang kita tak tahu.

note : ada kereta eksiden betul-betul depan mata aku tadi..