Saturday, January 09, 2010

Esok, we olls bertolak ke Jakarta

Gud evening everibodi~

hai hai hai..

I dah dekat rumah Nisak. Esok flight we olls pukul 2 petang.

Rasa macam cepat betul kan.

Siang tadi I naik bas dari Kemaman ke KL. Bas bertolak pukul 11 pagi. Pukul 4.40 I sampai dekat stesen bas Pekeliling. Selalunya I akan turun dekat Stesen Bas Putra.

Tapi memandangkan I nak kena jumpa Nisak dekat Bukit Bintang, tempat dia intern, I pun turun terus dekat Pekeliling, Naik monorel Titiwangsa straight ke Monorel Bukit Bintang.

Sepanjang bas tadi, I hangin satu badan dengan mamat seat belakang I. Foreigner. I rasa dari Myammar kot. Pasang lagu kuat-kuat macam dia sorang je ada radio. Then bercakap telefon kuat-kuat. Again, macam dia sorang je ada handphone. Lepas tu, borak n gelak kuat2 dengan kawan dia. Duh. Makan pulak kuat betul bunyi 'cak cak cak'.

Hangin jeh I yang duduk seat depan dia. Tiba-tiba pulak I nampak ada kaki berstoking landing baik punya dekat pemegang lengan kerusi I. Ish, geram betul I. Kesimpulannya, I tak suka orang tuh. Huh~

Owh, I naik ofis nisak, UDA Holdings. Betul-betul sebelah bangunan Sungei Wang Plaza. I dah lah tengah selebet-selebet. Pakai selipar je pulak tu. Orang lain pakai baju kerja, I tersesat manusia serabai seketul dalam tu.

Sangat friendly ofismate dia.  Meriah betul ofis tu. Baik hati ajak I intern dekat sana. Aiseh encik, I pun dah tamat internship. Tak sanggup nak extend2 pulak.

p/s  : I bajet nak buat journal sepanjang travel. Nanti boleh buat review. Masalahnya, rajin ke? Haaaa. Itu yang kita belum tahu.

Okeih, I nak kejutkan Nisak kejap. Sekarang pukul 12.21 tengah malam. Dia take a nap kejap. Barang-barang tak siap pack lagi. Barang I pun nak kena asingkan barang ke Jakarta & Sabah.

Doakan we olls selamat pergi dan pulang ye.

Thursday, January 07, 2010

esok

last day intern.

I sedih.

fullstop



How lucky I am to have something that makes saying goodbye so hard.

Sunday, January 03, 2010

zup zup zassssss

I rasa berdebar debar. dup dap dub dap . Perasaan ibarat  pengantin lelaki tengah mengadap nak salam tangan pak kadi. Macam mana kalau I tersasul masa akad nikah nanti? Kot-kot tersilap sebut nama wife I. Markonah bt Hassan jadi Keira Knightley bt Leman tiba-tiba. Habis lah I.

I rasa masa sangat pantas bergerak. Macam jet supersonic. Berdesup-desup.

Sekejap je dah hari ke-3 tahun 2010.

Hari ni 3hb Ahad.

Esok 4hb Isnin.

Lusa 5hb Selasa, launch online system

7hb Khamis hari terakhir intern

8hb Jumaat bertolak ke KL

9hb Sabtu bertolak ke Jakarta.

13hb Rabu balik ke Malaysia.

15hb Jumaat bertolak ke Sabah

19hb Selasa balik ke Semenanjung.

20hb  Rabu balik ke Terengganu

23hb Sabtu pulang ke sekolah dekat Tronoh.

25hb Isnin sem baru dah start. Tarikh yang sama kena hantar report final internship.

:
:
:
:
:
:
:
:

Dem.

Sempat ke tak aku siapkan final report ni. Nak kena buat hard bound lagi.

Aiyaaaaa.