Saturday, May 23, 2009

Econs dah habis.. Tinggal MIS lagi..


wah...
pagi tadi dah habis paper econs.
ape la nasib perut. time2 exam ni la nak sakit.
nak jawab exam pun gundah gulana I tell you.
time keluar toilet UTP yg cantik itu, terserempak makgad kat tangga.
bagus betul makgad tu sebab nak tolong carikan minyak angin..
Huuhuhu, tapi aku bajet power la, taknak letak minyak angin..ingat dah ok.
ambik ko, baru setengah jam duduk, dah sakit perut mencanak canak datang balik.

Habis paper,
pergi makan nasik ayam dekat V5.
tak tahu la budak2 girls tu pekerja baru or saja tolong2.

yang tukang potong ayam, terkial2..lunyai ayam aku.

yang tuang sup.. 'gedegang' bunyi bukak tutup tudung periuk sup.

yang penting, tukang potong ayam, tukang tuang sup, tukang cashier (apekah cashier pun ada tukang2)..sume muka masam je. Penat la kot...


Maka, time duduk2 makan depan tasik berkaler hijau (siyes kaler air tu hijau) dekat area jual air, sempat lah adakan sesi perbincangan mengenai sikap2 kanak2 di kedai nasik ayam tersebut bersama roommate..(dah habis topik ke ape benda tu pun jd isu?..hahaha..bukan ape, saje berbual2 mengenai keadaan sekeliling...ceeewah)

Balik bilik, check email apa yang patut direply..
lepas tu, tidur berjemaah bersama roommate ( sendiri punya katil ar. kang ada je yg putar belit statement ni..terutamanya si nisak nih)
ya ampun, lama betul aku tidur. dekat pukul 7 baru bangun. gila lah bukan.


mak & ayah aku pantang betul tidur time petang2 ni.. diaorang kata nanti jadi gila.
tapi masa bangun tadi memang cam 'sewel2' + 'biol2' sikit kepala.
kena duduk melangut atas katil nak bagi stabil dulu.


bangun2 pulak, bukan terus pergi mandi.
sibuk update blog la pula. hahahaha.aku nak g mandi la neyh..
kita update blog dulu..
bukankah dulu berazam satu hari, satu update. wah!!



note : asyik gila dengar lagu Lee Hyori sekarang ni. Suka tengok dia dalam Family Outing.

Hey Mr Big & U Go Girl bes.. very the sexy I tell you.

Owh, aku memang suka lagu yang berentak 'sexy'.

note : DC++ dah nak close hub. Kena cepat2 download ni. Sapa taw macam mana nk download muvi2 ar. kat rumah nanti mana ada DC nih. Macam mana nak guna torrent ar?

Friday, May 22, 2009

Sukati 1:

Pagi tadi dah habis satu lagi paper. Ada lagi 2 paper.

Pagi esok paper Economic. Isnin pulak paper MIS.

Urgh, dah malas & takde mood nak study nih.

Tapi..


Banyak gile oi tak baca lagi..

Hahaha, ape la yang aku buat seminggu break exam ni.

Monday, May 18, 2009

Tag




Kena tag!!

Oleh Gee..

Instructions as follows:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and describe about it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Rupa-rupanya banyak betul folder2 bergambar dalam laptop ni. Berterabur!!

So, pilih aje folder ke 6 dekat desktop. Walla~ jumpa gambar ni

Description pasal gambar ni?

Takde ape pun. Just gambar saje2 lukis & scan dalam laptop. Saje try guna ink. Selalu guna pencil je. Owh, part mulut & tangan tu tak jadi. Tapi takpe, it's just a drawing. Cuba lagi tahun depan. hahaha.

Lukisan ni masa time 1st year kot.Eyh, ke foundation? Entah. lupa. Lukisan asal pun tak tahu kat mana. Tinggal gambar scan ni aje.

Ish, tengok gambar ni, teringat pulak.

'Dah lamanye aku tak menconteng'

Zaman sekolah dulu pantang nampak pencil dengan kertas. Kompem penuh. Dah masuk U pun ada jugak menconteng2 sikit, tapi tak kerap sangat.

Bagus jugak ada hobi menconteng ni. Sebab tabiat menconteng nih banyak tempat & peluang aku dapat pergi. Tapi, tu zaman sekolah dulu la. Sekarang dah bersara.

Zaman universiti ni, ada lah jugak aku & kawan2 buat bisness menconteng sikit2 ni. Lukis baju. Untuk suka-suka. Boleh la dapat duit poket sikit2. Tapi sekarang projek dah slow sikit. Sebab busy sangat. Berminat nak kitorang lukiskan baju korang? Jemput bertandang kat blog warna.

Then, ada satu time tu, aku & roommate dah gian nak menconteng. So, kitorang bukak la booth henna (inai) masa event CRAFT. Sambutan sangat lah best. Rasa nak bukak je booth camni lagi. Siyes penat tp memang best.

Mostly yang datang after recommendation ( ceewah, recommendation gitew) daripada previous member2 diorang yang dah buat henna dengan kitorang kat booth tu. Ada jugak yang buat after tengok orang lain dah siap. Majority perempuan yang buat. Tapi ada juga lelaki. Anda bila lagi? (gila promosi lah pula)

*** apsal entry pasal kena tag dah jadi entry pasal menconteng? Hahahahantamsajalah


Nih turn roommate aku lukis henna. Budak ni cool sebab dia mintak package henna yang sampai siku. Luv it.



Ni turn aku pulak. Budak ni angkut kawan-kawan dia buat henna juga. cool

.:. After event tu ada terserempak dengan bekas2 customer kitorang. Tak pasal2 dipanggil 'Akak henna' -_-'

.:. Rindu nak menconteng-conteng lagi .:.



Aku baru je buat blog. Tak ramai kawan2 blog lagi. So, ni je la yang termampu aku tag. Sudi2 buat ye sape2 yg di tag. Yg tak kena tag, tapi nak buat pun, boleh. Hantam saja

1. Nisak
2. Nymq
3. Mayo
4. Shaera