Thursday, June 04, 2009

Elisa - Dancing

Kawan-kawan ak dekat UTP kate, taste aku pelik. Selalu lain drp dorg. Baju, lagu, makanan, boys.. Mostly lain dari dorang.

Tp...

Tak kisah pun..

Kalau semua orang sama taste, x bes lah kan. kena ada variety.. Owh, aku ada sorg kawan yg taste kami hampir sama. Mostly apa aku suka, dia pun. Apa yg dia suka, aku pun suka.

Ayu namanya. Sama2 sekelas time form 1-3 dekat Sultan Ismail.

Nih ada satu video. Elisa - Dancing . Aku suka gile lagu ni. Tahun lepas/ 2 tahun lepas, hari2 aku dengar. Dancers dia pun gempak





1st time dengar lagu ni, masa tengok So You Think You Can Dance. Siyes jatuh cinta dgn lagu ni. Dorang menari pun bes

Amacam? ada sape2 yg suke tak?

ke...aku sorg je yg suke? hahahhaha..takpe..

korang tak suke tkpe...aku still suke...

Wednesday, June 03, 2009

3rd day intern : peristiwa

Orang lain time intern ada banyak masa smpai bleh berblog..

Aku?

Kenapa makin cam x sempat?

Post makin pendek.. Cerita makin kurang..

Tp takpe. walaupun update 1st & 2nd day intern takde.. Kita mulakan update dgn 3rd day intern dahulu.. Langkah bendul kejap. Tumpang lalu...

Boleh?

Tak boleh tak apa.. Kita boleh bolehkan...Hahahahantamsajalah..

Memandangkan khabar2 yg dikumpul drp org2 lain, telah dikenalpasti bahawa bulan pertama intern mmg takde keje. Bosan? Opkos... Bes? Opkos juga

Dept aku ada 4 orang intern. 2 org baru masuk (ak lah tu salah sorgnye) , 2 orang lagi nak abis dlm sebulan lebey nnti. So, mmg ramai la for not so big dept.

Owh, forget to mention. Aku & sorg lagi budak yg intern sama ngan aku..

Dapat bilik & meja besar . only for us. Besar betul.. Lebih besar daripada bilik manager & head dept.. Meja tu boleh muat 8 kerusi. meja org lain 1 kerusi je. Siyes. Sebab bilik special tu...

'Bilik Meeting'

Hhahahaha.. Meja semua penuh weyh.. Terpaksa la kitorang merempat dalam bilik tuh.. Mcm nak beku ko taw tak duduk dalam tuh lama2...

After budak intern lain keluar, maybe ( diulang, maybe) dapat meja sendiri..

huhuhu, meeting room tuh ada intranet je. nak access internet, tapi tak berjaya.

Sebab..

Password & username belum dapat lagi.

Sebab tuh la aku x leh memblog ketika waktu keje.

Owh, dept saya sempoi ( pemerhatian setakat ini). SV saya bes. Dept saya 15 orang kot. saya belum pernah jumpe manager dept. Sebab dia takde 3 minggu.

Utk Ctkay n Nisak : weyh, aku tak berjaye jd kanak2 ayu & sopan santun dowh. Baru ari ke-3, aku dah duduk bersila atas lantai. Kira2 barang...

Bulan ke-3 nanti...taktaw la ape jadi plak.


haaa...w/pun baru 3 hari.. dah ade peristiwa2 yg...erm...yang... argh, bace je lah



peristiwa 1 :
Masa 1st day, dah kena kepit dgn laluan before naik lif

note * laluan tuh cam laluan before naik LRT. kena touch card baru leh lalu. tkde card, x leh lalu..

peristiwa 1 1/2 : Masa balik pulak, sekali lagi nyaris kena kepit.. Nasib baik sempat bertindak.

peristiwa 2 : Dept aku level 3. Aku takleh lalu dekat laluan sebab belum apply card. Maka, dengan ber high heels & berbaju kurung, aku panjat tangga. Penat aii taw..

note * ak sgt despise benda yg memerlukan tenaga / apa2 menyamai senaman

peristiwa 3 : Pakgad pergi bagi access sampai pukul 5 je dekat budak2 intern (after kul 5 tak leh keluar).. Ish, org balik pun kul 5 lebey. Cmne nk g touch mende tu before kul 5?

So, 2nd day masa balik, tak leh keluar.. Seb baek pakgad ada. Dia bg kitorang access sampai kul 10 mlm. ow yeahhh...

note * Aku rasa laluan lif tuh anti aku la

peristiwa 4 : kena drive pergi & balik dari rumah ke Kerteh ( 40 minit) dengan JPJ kat sebelah (abah aku la) .. Dia nak assess aku leh drive ke x if aku sorang2...

Owh, esok aku kena g drive keje sorg2..ayah aku ade training..

peristiwa 5 : Kaki dah sakit pakai heels.. Nak pergi shopping.. Yehhhaaaa

peristiwa 6 : Sekali lagi nyaris terkepit. Tapi dekat pintu masuk yg automatik. Omaigod..

peristiwa 7 : Aku terlupa punch card balik tadi...aaaaarkkkk... dah sampai area umah baru ingat.

peristiwa 8 : Harga makanan kat sini sangat mahal. Td lauk nasi putih, kuah (takde ambik isi pun), ayam goreng & teh O ais. RM 5.. tapi tuh antara harga termurah... Ko bayangkan kalau yg termahal?

note * kena bawak stok meggi g ofis.
note * canteen ofis renovation. Setahun. bermula hari 1st ktorg daftar.. Sedih kan... T_T
note * pantry sy best..sebab takyah basuh pinggan mangkuk (sinki tkde). nnti ada pekerja dtg kemaskan...

peristiwa 9 : Hidup jadi sangat berdisiplin. Lepas balik keje, terus mandi tanpa bermalas-malasan mcm beruang. Pagi2 pun bangun tanpa dikejut berkali2. Tidur pun awal. Before pukul 1.30 pagi.. Gilalah... Berdisiplin bukan?


.:. Potong rambut lagi petang tadi after balik keje.:.

Tuesday, June 02, 2009

coldplay + taylor swift = Jon Schmidt

Anda minat Taylor Swift ?


atau


Coldplay?


atau


Kedua-duanya sekali?

atau

karya baru?


Dengar ini lagu..



mari..doakan

saya sepert bersemangat pula utk mengupdate blog pada malam ini.

Namun begitu, saya tidak dapat mengupdate dengan panjang lebar pada post kali ini.

Ini disebabkan oleh sebentar lagi emak saya mahu saya menjadi drebarnya untuk ke kedai.

walaupun saya ingin keluar ke kedai sebentar lagi.............

tangan ini sangatlah gatal-gatal ingin mengupdate blog. mungkin selepas pulang dari kedai, saya akan menulis blog sehingga anda muntah hijau. owh, mungkinkah?

marilah kita berdoa agar pc saya tidak crash lagi & mendelete semua tulisan saya yang saya tulis dengan penuh semangat & tekad sebaliknya hanya meninggalkan title sahaja.

aminn......


p/s : geli geleman x kalu ak tulis ayat2 cmni? hahaha..Nasib la..dah tulis da pun

=P

Monday, June 01, 2009

1st day intern : update lesap

Argh....aku tension.

Penat aku taip panjang2 post utk hari ni tadi...

Tiba2 firefox crash...Ilang isi post aku.. Tinggal title je..

Arghhh....tension2...

Dah2.. takmo tulis balik.

update 1st day intern takde.. sekian...

1st Day Intern : Penat mcm angkat treller


Niat di hati nak update panjang2.. Macam2 nak tulis hari ni pasal 1st day intern..

Tapi.....

Penat giler badan weyh.. Otak penat..Jiwa penat...Nak tulis post yg ni pun dah memerlukan sepenuh tenaga taw..ceeewah. hiperbola kan. hahhaha

Mengarut la pulak rasanya...

Penat macam kena angkat treller guna satu jari sambil sebelah tangan letak kat pinggang. Eyh, leh bayang ke macam mana? Hahhahaa.. Perumpamaan hiperbola lagi..

Padahal...

Sepanjang hari tak buat ape2 pun..

Datang2 je ofis, duduk berkumpul ramai2 suka2 ati depan pintu dgn budak intern lain sementara tunggu pukul 8. Pukul 9 lebey kot baru briefing

Eyh2, hari ni aku bangun awal lepas tu terus pegi mandi tanpa berlengah2 ibarat 'esok masih ada'. Rumah aku ke Carigali ( aku lupa nk tulis, aku intern kat Carigali, Kerteh), dalam 30 minit lebih.

Tuh belum kira jalan jem lagi. Ayah aku cakap kalau jem lg awal kena keluar rumah. Tadi keluar pukul 7.12, sampai dalam pukul 7.45. Jalan sangatlah berkabus. Macam bawak kereta dalam longgokan gula-gula kapas

Carigali nih ada 1 building dia sendiri. Kalau korang lalu area kerteh, leh nampak building ni. Sape nak masuk, ambik pas pelawat n tinggalkan IC dulu.

Nak naik lif pun kena tag card dulu. Ala2 macam laluan masuk before naik LRT tu. Haaa, macam tuh la benda tuh.

Dem, aku benci laluan tu. 1st day dah ada peristiwa memalukan kat pintu tuh...

Pintu tu kepit aku. Ampes bukan? Memalukan memalukan.

On the way balik pun pintu tuh buat lagi peristiwa memalukan kat aku. Cis..

Owh, bukan aku sorang je mengalami peristiwa dimalukan depan mesin.

Dba plak ade problem dekat tempat punch card. ( 1st time ooo hari ni main punch2 card keje..hahaha.).. Itu pun agak memalukan gak dia kata.

SV aku cam okey utk 1st day ni. Tak leh komen lebey2, kita tgk dulu mcm mana ari2 mendatang.

Owh, dia tak suka orang baca magazine n paper time working hours. Time rehat boley.

Dia pun dah pesan awal2 dia x suke orang duk lepak saje2 tak cari inisiatif nak wat keje ape2.

Haaa...lagi satu lupa nak cite...

Aku masuk department PPI. Peninsular Performance Improvement. Kira macam support department ke ape ntah. Camtu lah lebey kurang. Ofis dekat level 3

Total budak BIS yang intern kat PCSB, 3 orang. semua girls. IT 2 orang kot. Total termasuk budak engine & universiti lain utk intern kali ni, lebih 30 orang.

Department aku ada 2 orang BIS termasuk aku. Tapi lain2 supervisor

Memandangkan budak intern batch lepas still ada, meja takde kosong. Ada sorang budak laki UTP gak intern department tuh. budak chemy. batch lupe plak. Jan 05 la kot.

So...

Aku & budak lagi sorang duduk dalam meeting room.

Hahaha, ko bayangkan sebesar2 bilik tuh kitorang 2 orang je yang guna.. Berdasarkan pemerhatian & agakan ahli nujum tak bertauliah (aku la tu), dalam sebulan gak baru kitorang leh dapat meja sendiri.

Tadi pun pegi setelkan segala form2. Buat pass pekerja ( which is terpaksa guna pas pelawat sebab stock pas belum sampai.) untuk dapatkan access masuk building & department.

Form untuk access internet kena hold dulu. Sebab approval manager department belum dapat. Taktaw la bila leh dapat sebab manager dah 2 minggu takde dalam ofis.

Takpe la, ada access internet pun bukan ada meja n komputer sendiri pun.

Eyh2, aku rasa tadi cam kata taknak tulis panjang2. Hahaha. Cam terpanjang la plak.

Ish, aku tengah print guideline internship. 56 pages dowh. Ink dah nyawa2 ikan ni. Kamon printer.


Sunday, May 31, 2009

sukati 3:

Omaigod..

Esok dah kena report duty intern.. Very ke'cuak' kebebeyh you know.

Nak pakai baju apa?

Kasut bertutup wajib ke?

Sape la SV aku nanti. Garang ke..Poyo ke..

Keje camne aku kena buat nanti?

Ape tips2 yang patut aku taw..

ergh..tekanan jiwa

Terminator ke Transformer ?

Khamis lepas konvoi kereta dengan abah & family. Dari UTP pergi Ipoh tidur rumah cousin. Keesokan harinya berkonvoi lagi balik kampung dari Ipoh ke Bagan Serai. Semalam baru je sampai rumah.

Barang pun belum unpacked. Banyak gile oi. Penuh 2 kereta.

Pergh. Dah la esok dah start report duty intern. Tak sempat nak ternak lemak lama-lama kat rumah.

Kepada kanak2 yang start internship esok, 'Good Luck'.

Kepada yang dah grad, 'Congratz'

Kepada yang bercuti sem. 'Selamat berholidays'


Terminator Salvation.

Aku dah tengok dah..

Best wooh.. Dah la abang aku belanja. Tengok wayang free memang bes. Hhahaha

Pergi tengok midnite dekat Taiping dengan adik beradik n cousin aku. Fully sponsored by abang aku. Ya ampun.. Macam keajaiban dunia ke-8. Tak pernah2 dia nak belanja.

Tapi takpe. Orang nak belanja jangan dipertikaikan. Tak baik tak baik. Untung2 lain kali dia belanja lagi..Huhuhu.

Ade cerita lawak time beli tiket wayang. Time tu dah beli 5 tiket Terminator.

Tiba-tiba,

Cousin: Weyh, kita nak tengok cerita Transformer ke Terminator?

Nisha : (Tiba-tiba menjadi blank jugak) . Eyh2.. Transformer ke Terminator? Aku beli Terminator ni. midnite punya tiket.

Cousin & Nisha : Alamak, dah silap beli tiket ke? (Sambil pandang muka sesama sendiri & cuak2)

Nisha : Eyh, tapi.. Tranformers dah keluar wayang ke?

Kitorang pun pergi la meninjau2 board cerita2 dekat wayang.

Cousin & Nisha: -_-'

Cousin & Nisha : Transformer coming soon laaaaa.

.:. Macam mana la leh terkompius. Buat penat je tercuak.hahaha. .:.