Friday, March 05, 2010

psst, ada berita baru

Omaigod omaigod. Just now aii access website UTP. Ada announcement baru

Official announcement of internship training results July2009 semester on 8th March 2010

Lets hope for the best kawan-kawan.

Cuaknya aii..aaaaa

Bilik terkunci di saat bina muscle

Pagi tadi, aii bersama Nisak, Tma & Ctkay pergi swim. Nak build muscle lah kononnya kan. Pagi-pagi lagi dah semangat bangun sebab tak pergi time panas. Nanti hitam, habislah duit hantaran Nisak (yelah, dia kan semangat nak kawen) kena potong pulak nanti.

Semangat aii berenang-berenang. Ye lah, baru nak pandai berenang katakan. Tapi hari ni lagi best sebab aii dah belajar dua cara berenang. Next time nak belajar kuak lentang pulak. Barulah sun bathing. gitu~

Tak puas mandi pagi tadi, plan nak swim petangnya pulak. Before that aii tidur. Bila kanak-kanak lain kejutkan, aii dengan mamai-mamai bersiap-siap. Dan dan pulak ayah aii call. That time Tma(roommate aii) dah tunggu dekat luar bilik. Sambil bercakap dengan telephone, aii angkut beg baju,mamai-mamai terus kunci pintu bilik.

"Alamak, lupa ambik kunci", aii teringat. Tapi takpe, selalunya roommate aii bawak kunci.

Then, roommate aii masuk rumah.

"Weh, bawak kunci tak. Aku tak bawak. Dah cakap tadi".

Dem, aii tak dengar dia pesan. Terus hilang mood nak pergi swim sebab runsing nak fikir cara masuk bilik.
Spek mata pun boleh lupa nak pakai. Mamai punya pasal kan. Hahhaha, sorry roommate. Takkan nak panjat tingkap macam dulu (Dulu dekat v4, Tma panjat tingkap bilik sebelah.). Dah la sem ni bilik aii tingkat 3. Naya je kalau jatuh.

Tma dah pergi menenangkan diri dekat kafe v5. Aii pulak pergi menenangkan diri pergi basuh muka dekat toilet. Kebetulan bilik housemate aii terbukak, aii pun cakaplah aii terkunci. Nak ambik kunci spare dekat fellow/office, dah pukul 5.30 petang. Opkos dah tutup. Aii dah pikir nak kopakkan je pintu bilik tu.

Nasib aii baik, housemate aii kenal budak yang dulunya duduk bilik aii sekarang ni. Nasib baik jugak budak tu still simpan spare key bilik aii. Yeay. Tak payah panjat tingkap..

Then, masuk je bilik, terus call Tma.

"Jom, swim sekarang"

Haroosslah niat bina muscle disambung kan.

Now mata aii tengah kabur and mengantuk semacam. Gara-gara duk bukak mata dalam air penuh klorin. Tak guna punya google, ku harapkan google jaga mata, google yang bagi air masuk mata akhirnya.

karok~ hantu microphone

Last night pergi karaoke for the first time.  Gadis-gadis yang pergi sama-sama ahkak, dah banyak kali pergi karaoke. Ahkak je baru nak kenal-kenal pegang mic. Memandangkan mood baik, seminar 1 FYP pun dah selamat present, malas nak start study exam lagi, maka girls day out lah dik non...Karaoke dekat Batu Gajah


Punyalah ahkak segan tak hengat nak suruh nyanyi-nyanyi ni. Lain lah suruh ahkak bersyair ke, bergurindam ke, opkos ahkak suka.. (motipp, bila plak aku pandai syair-syair bagai ni). Tma a.k.a roommate ahkak suara sedap dik non. Tak sia-sia ko prektis nyanyi2 dengar lagu rock kapak bagai dalam bilik kan. gitu.

Hanum pun boleh tahan mantopppp.. High pitch gitu. Ctkay pun boleh tahan, semua lagu rock kapak. Nisak pulak, takyah cakap lah. Ko memang 'terbaeeekk'lah. Siap berebut mic dengan aku lagi ye. Nak tau lagi detail? hah, tengok link ni.

Memandangkan tahap pengetahuan ahkak dalam lagu-lagu rock kapak amatlah noob. Mostly apa yang diorang nyanyi, ahkak dengar je. Tapi kan, ahkak still terhibur. Punyalah seronok ahkak tengok video clip karaoke artis zaman dulu-dulu.

Dating main gantung botol minuman, main bola tennis, main kejar-kejar. Aish, yang paling tak tahan, posing macam-macam. Baju pun kelakar je. Kalau nampak gaya-gaya macam tu sekarang ni, mesti cakap "Ape kejadahnya yang diorang buat ni". hahaha.Thank you. You make my day. ecewah

Dari tempah dua jam, up tambah sejam. Tak puas nyanyi punya pasal. Walaupun suara ahkak sumbang, tapi memandangkan Nisak dah pesan awal-awal, "Ko nyanyi je wei, suara orang lain dekat bilik lain pun sama sumbang jugak", terus tak segan-segan. Lagipun semua perempuan kan, apa nak segan. Hahahaha.

Okeih uolls, ahkak nak practice lagu Alicia Kunci dengan Melly Go Round.

Nisak, ade berani lawan nyanyi? hahahha

Wednesday, March 03, 2010

Bukan putus cinta je boleh frust

Tadi aii pergi pasar malam. Semangat beli rangka ayam, jagung manis, kebab, beras, ayam. Punya lah penuh tangan kiri kanan. Berat pulak tu. Okay, apa kaitan list makanan pulak ni. Hah, tu baru intro je. Ni baru nak start story telling

 Then on the way nak balik, kepala memang dah aim nak beli air Honey Dew Abang Gaban. Sambil berjalan, dah terbayang-bayang kesedapan air buah tu melewati tekak di kala kehausan. Uish

Sampai-sampai gerai, terus tamak. Beli bungkus yang RM2 punya. Konon-konon nak minum banyak.

Bila sampai rumah, terus pergi sinki nak siang ayam lah kononnya. Barang-barang makanan longgok dulu dekat meja dapur. Then, nak bawak masuk makanan dalam bilik. Boleh pulak kepala terfikir tiba-tiba sambil angkat plastik-plastik tu. " Ish, ni kalau jatuh ni, bersepai".

Aaaaaa...

Dan dan je habis aku fikir, memang plastik air tu terlepas dari tangan aku.

Kecepap (Bunyik plastik kan, tuh yg macam tu. Kalau berat, mesti bedebuk bunyi nye)

Bersepai air aku jatuh. Habis basah bawah meja dapur. Dah tambah satu kerja kena lap lantai pulak. Sebijik macam Cinderella (motippp perasan Cinderella) terbongkok-bongkok nak kena lap air bawah meja.

Frust nye weih...Frust.. Punya lah mengidam nak minum air tu.

Kalau based on buku Quranic Law of Attraction, ada mention kadang-kadang benda yang kita fikir, benda tu yang jadi. Kalau kita teringat sangat kat orang lama tak jumpa, tiba-tiba orang tu contact kita. Bila kita berharap sangat nak dapatkan sesuatu, tiba-tiba dimudahkan dapatkan benda tu.

dan

 Bila kita naaaaaaaaak sangat minum air jus Abang Gaban tapi pergi fikir mengarut2, terus air tu menumpahkan dirinya.

Frust..betul punya frust. Ingat orang putus cinta je ke boleh frust? Air tumpah di saat mengidam pun frust taw. tsk tsk

Sushi Shusi Mushi Mushi

 Last weekend aii bersama 4 gadis gorgeous iaitu Tma, Nisak, Ctkay dan Hanum pergi Jusco. Beberapa hari before that aii cakap yang aii teringin nak try Sushi King. Walaupun aii bukan penggemar raw food, tapi mesti bukan semua yang jual dekat situ raw kan.

Alang-alang kanak-kanak itew nak keluar ke ipoh sambil memasang CISS pada printer Ctkay & beli jeans Hanum, harooos lah kami ke Sushi King. Disebabkan aii baru first time nak makan dekat situ, aksi cam whore haroos lah dilakukan juga.

Sementara tunggu order sampai, tangan sempat capai food yang lalu dekat tepi2 tu. Salmon goreng ke ape ntah.



Bila pegang chopstick, terus berangan tengah main drum dengan harapan order sampai cepat. sambil lawan Nisak buat muka pelik


Amende ntah nama makanan ni. Piri-piri chicken kot. Sebab dia ayam, dengan rakusnya aku order. Sedap.


Gigih aii try kepit nasik tu pakai chopstic. Dalam bekas hitam tu, sup. Rasa macam seaweed. Yang bekas putih tu, caramel. Rasa telur.


Hasil gigih 4 gadis makan. Tak sia-sia bawak kami pergi makan. Tak membazir langsung.


Kenyang gila makan. Tapi, mata aii dah aim ada beberapa sushi yang bergerak-gerak tu. Nampak sedap. Nasib baik duit tak berapa nak banyak. Next time aii pergi sana, siap lah. hohohoho

Alaa. tak ada gambar Tma & Hanum lak. Dekat kamera sape eyh?

Tuesday, March 02, 2010

nanti aku jadi atlit angkat berat

Hari ni second time pergi gym dekat UTP sepanjang aii belajar dekat sini.

Dah nak grad, baru la terkedek-kedek guna facilities dekat sini. Swimming pool pun sem ni jugak baru belajar-belajar pergi. Orang kate, 'It's never too late until it's too late' kan. hahaaha..alasan betul. Padahal memang selama ni malas nak work out pun. Kalau bukan sebab nak dapatkan berat badan ideal, jangan harap lah aii nak bersukan bagai.

Tadi pukul 8.15 malam dah tercongok dekat gym. Semata-mata nak dapat alat sukan. Nanti lambat, orang ramai, terus tak ade alatan nak main. Aii main kayuh basikal. 3km dalam masa  35minit. okey la kan. hustler betul nak kayuh jauh-jauh. dah la baru nak berjinak-jinak dengan bersukan. Then, angkat dumbell. Wah, gagah lah aku nanti. Boleh masuk acara angkat berat. wohooo. Mesti senyap mulut-mulut annoying itew yang bising-bising cakap aii kurus.

"Wei, tak makan ke?"

"Ish, kurus lah ko"

"Keciknya ko. Macam budak sekolah"

" Eyy, makan la banyak sikit"

Dah lah orang asyik ingat aii budak kecik. Semua orang tak percaya aii senior. Semua tak percaya aii 22 tahun. Asyik kena buli je. Asyik kena buat dunno je.

Annoying tau tak. Annoying. Tak tahu ke aii makan lebih banyak daripada orang lain. Orang lain makan 2-3 kali sehari. Aii makan lebih dari tu. Family belah mak aii memang badan kecik masa bujang. Tinggi pun ala kadar. Mak aii kahwin dengan ayah aii, yang sama jugak badan kecik & tinggi ala kadar. Macam mana la aii nak dapat genetik tinggi dan gagah perkasa. Baju mak aii zaman muda pun ketat bila aii pakai. Bayangkan.

Bukannya aii berlapar ikat perut tak makan. Muntah makanan dekat toilet. Tak.

Lain lah aii besar ni je.


Cuba bayangkan perasaan orang gemuk, orang asyik kata dia gemuk. Tension kan.

Same goes with me. Aii sendiri tak suka cabul mulut cabul cakap orang gemuk. Aii tahu mesti kecik hati orang tu kan. Nak-nak kalau orang yang aii tak suka, sibuk buat-buat concern cakap aii kurus sangat. Tapi lawak heh. Boleh pulak end up cakap "Eh, tapi aku nak kurus macam ko".

Ish, pelik lah yuuu. Yuu kutuk-kutuk aii, tapi end up yuu kata yuu nak macam aii. Pelik tak yuu?


Esok pagi orang ajak pergi swimming pulak. Semangat hari tu beli google,  ear plug, nose clip dengan belon air dekat Jaya Jusco. (Padahal baru je belajar berenang). Memandangkan Jusco buat hari discount untuk membership card, 15% discount untuk mostly barang, semangat beli sebab nak pergi swim and build muscle. Gigih aii nak naikkan badan. Hari-hari makan nasik dekat 3 pinggan. (Waaa Nisha, aku kagum dengan diri sendiri.. Tak pernah segigih ni tambah berat. )

Heh, kalau berat aii tak naik-naik jugak sem ni. Dah. Aii malas dah nak usaha. Aii nak hibernasi macam beruang.

Kenapa la orang tak boleh terima orang lain seadanya.




--

Lately kan, aii selalu rasa nak tulis macam-macam dekat blog. Tapi nanti mesti ada je yang orang salah faham. Lain kita tulis, lain yang dia faham. Kalau nak bercerita, dia kata kita nak berlagak or tengah down or tengah tension or wutsoever. Padahal kita nak tulis dari kita punya point of view je.

Kalau nak tulis masalah, nanti ada je yang kata kita ni emo. Padahal kita nak kasi lapangkan dada je.

Kalau post gambar aje, nanti orang kata jaja muka pulak.

Punyalah mencurah-curah idea nak tulis kan. Tapi last-last, sebijik perkataan pun tak ade. Dah la bila baca-baca balik tulisan, mesti fikir " ish, amende yang aku tulis ni.Lintang pukang"

Patut ke aii pergi ambik subject bahasa kebangsaan?