Wednesday, September 09, 2009

happy teramat sampai nak melompat

wah, tarikh hari ni chantek bukan?

09.09.09

kalau terbalik pun still sama. pusing2 kiri kanan pun sama jugak

Owh..last weekend pergi KL..

omaigod...best gile..

Sampai sana, dalam pukul 6 sebab jalan jammed..Turun dekat hentian Putra. Ada Matta Fair tapi tak sempat bising. Nak kena pergi LRT Bukit Jalil. Nisak, Ct, Gummy tunggu dekat sana.

Nisak dah bising2 sebab tak sampai2 lagi.hahahha..wei, aku naik bas la wei.. ingat aku drebar bas ey nisak? hahah..tp ape2 pun, thanks sebab ko & Ct sanggup menunggu ketibaan datin ini ye..

Masuk2 je dalam kereta. Bising tahap dewa dewi. Dah la tak habis2 buli aku..dem.
Tapi, takpe la..ak taw korang lepaskan rindu kat ak kan.. Nak2 sebab tak jumpa aku masa konvofair hari tu..hahaha..admit je la...(okei, perasan sebentar bajet ade korg rindu ak)

Then, bergerak lah kami ke rumah Timah untuk berbuka puasa secara free... Uish, lama bangat dong enggak berjumpa bersama ex-roommate ku itew..Mak Timah masak banyak betul. Kenyang giler lah.. Nisak makan ikan dengan hepi nye..Then, after sembahyang, plan nk jalan2 Putrajaya

Kami (Nisak dgn lebih tepatnya sebab dia yg drive ) dengan jaya beryaya kidnap (ye, kidnap) Timah.. hahah. So, kitorang pun lepak la ke Putrajaya. Wah, dah lama aku tak pusing2 dekat sana. Last pergi pun, banyak yg takde lg. Macam bukan dekat M'sia. Dah la banyak lampu ( Aku suka gila lampu2..sebab tu kalau lalu Paka n Kl, aku suka gila).

Jalan penuh dengan orang pergi masjid terawih. Alhamdulillah. Lelaki2 begini la yg kita nak pegi pinang buat calon laki. (huhu, lelaki zaman sekarg susah nk cari bagos2..dah berkenan, kena cepat pegi pinang.haha).

Punya la sakan berjalan2 dekat bazaar. Then, bergambar bagai.. Tp ada sikit spoil la. Tengah syok2 ambik gambar, bateri habis. dem.

Nasib baik nisak ada bawak kamera lain. Kamera enset Gummy pun cantik time malam. Enset aku? Pergh, macam nampak gambar alien je. Enset murah. Nak beli mahal2 tak mampu.

Penat dah pusing2, balik dekat rumah nisak area Seri Kembangan. Lepak mapley kejap..uwaaah, rindunye mapley..

Dekat rumah nisak, sekali lagi berborak bagai. Ita & housemate nisak pun join sekaki. Entah pukul berapa baru tidur. Time sahur, terkebil2 mata.Punya la payah nak suap makanan dalam mulut. Mengantuk punya pasal.

---

Esoknya, pagi2 dah keluar rumah. Pergi JJ dulu sebab diorang nak shopping. Semangat okei, siap tukar baju baru dekat toilet..ish ish ish..kawan sape la ni..haha

Then, pegi BB..main roller blade.. If bukan members, fee nak masuk RM20. kalau membersm RM10..Owh, time tengah tunggu housemate nisak, kitorang duduk la dekat cafe tepi kaunter. Ade chinese guy tuh suruh kitorang order air. at least secawan

'Kitorang puasa' -_-'

Time masuk, CT, nisak & aku je yg melayu dalam tu. ish ish. macam tak pose je semngat betul main..(hei hei, ak pose okie)..Owh, ramai gile chinese. diorang kata dah macam dekat Hong Kong.

Aku rasa budak2 yang ada dalam tuh dalam lingkungan form 1-3. Tp, ada 2 budak tuh nyampah betul ak tgk. Gedik. cam attention seeker. ish ish. aku rasa paling besar pun tingkatan 2 je budak tu.. Hahaha, berapa kali ntah ak cakap dekat Nisak ak tak suka budak 2 ketul tu.hahha, okei, enuff bout them.

Pastu, pusing2 window shopping. Ct kena balik awal sebab ada hal. So, berjalan la ak n Nisak je. Lama jugak ktorang dekat sana. Around 5 lebih baru gerak pergi Masjid India.

Ya ampun, ramai giler orang.

Masjid India. Sabtu. Nak raya..

Boleh agak crowdednya macam mana?

So, pusing la lagi carik2 tempat jual shawl murah.. Sambil tu melilau tengok makanan apa sedap nak berbuka..Owh, terjumpa satu baju yang cantik. Ish, nyesal tak beli..Suka giler baju tuh.. dah la long sleeve. ish, cantik.

Owh, crocs murah gile kat sana.

Selepas bermahalah (hiperbola sikit) kami berjalan, jumpa lah satu kedai yang Nisak rekomen. Ohmaigodddd...murah gila makcik tuh bagi untuk shawl..tp, ralat sikit lah sebab time tuh dah dekat berbuka. so, cam rushing pilih2 shawl.

Lepas berjaya beli shawl, rushing2 beli makanan. (tapi sempat lagi beli baju raya..kedai tuh bagi harga murah gila compared to kedai lain untuk baju yang sama. tak beli kang nyesal lagi..heheh..alasan.i know)

Alamak. waktu berbuka dalam 5 minit lagi.

Makanan tengah bungkus. Tempat makan takde. Wut to do?

Heeeee...kitorang makan tepi jalan. serious. Dekat Masjid India. Belakang Gulatis Silk House lagi tu..haha

(nanti ak upload gambar. tapi, boleh preview dekat sini . ini link blog nisak)

Best giler berbuka macam tu. aku rasa nasib baik ak jalan2 dgn nisak time tu. Sebab sometimes ada orang yg cerewet sikit pasal nak duduk makan. segan lah kiranya nak duduk tepi jalan kan. (well, agak ramai yg senasib dgn ktorg. dah macam pesta pulak)..Lagipun, nisak sanggup layan kerenah aku berjalan merata2 hari tu. Lagipun, dia sendiri suka berjalan. Kalau orang lain, dah pitam kot..hahahhahaha, aku ckp dekat nisak dekat 3 kali,

"Nisak, hari ni aku sayang ko lebih" (okei, macam lesbo. i know..dem)

Ade uncle Indian tegur kitorang dgn ramahnye time tengah makan. n rasa agak safe sebab ada 2 pak guard tgh berkawal time tu. n hujung jalan ade beberapa family. so, sambil makan, sempat lagi tuh ambik gambar..hahah..kenangan beb. kenangan.

owh, henset bateri aku dah 'kong'..Padahal time tidur rumah nisak, dah charge penuh2.. Henset murah. bateri pun tak tahan lama..ish ish ish

Kitorang berpecah time dekat LRT Bandaraya. aku pegi stesen PWTC, nisak balik stesen bukit jalil. Owh, ko tak sempat pun nak pegi tengok Matta Fair tu kan.. (nisak ni suka betul pasal travel. dia siap tampal peta dunia kat dalam bilik)..

Kesimpulannya (mcm dlm karangan lak. ada kesimpulan2), mmg last weekend ak enjoy sangat. Dapat jumpa kawan2 yg dah lama x jumpe w/pun asyik kena buli + sakat je hari tu. dapat shopping (hehehehe). dapat usha lelaki kacak ( opps, kurang pahala pose ak hari tu..well nisak, budak dalam LRT tuh mmg super cute kan. seb baek dah ade awek..haha)


p/s: ak baru perasan, banyak gile la plak nama nisak dalam post kali ni..ish ish ish

p/s: post kali ni patut ada gambar, nnti la aku edit, letak gambar

0 comments: