Wednesday, October 28, 2009

Ibu tunggal 3 hari

Semalam dan hari ni ni aii jadi ibu tunggal lagi kepada 3 anak gajah teruna. 24, 13, 14 tahun. Ibu tunggalnya sweet 21. ssoooo  shuuwit...

Parents aii pergi Kuala Lipis Lumpur petang 26hb. Maka, malam tuh bermulanya hidup aii sebagai ibu tunggal.

Lepas hantar mereka ke airport Kertih, drive feeling-feeling bawak kereta macam kereta kuda. Sampai rumah, relax-relax. Lepas tu sedar-sedar aii tertidur depan TV rupanya. Aii tenyeh-tenyeh mata. Kabur. Aii pelik. Aii tenyeh lagi mata aii. Kabur jugak. Owh, aii tak pakai spek rupanya, patut la kabur semacam.

Aii jalan nak sambung tidur dekat bilik dari ruang tamu. Aii lalu meja makan, aii nampak nasi dengan air milo abang aii beli. Sorry nasi, nampaknya mata aii lebih menguasai diri aii daripada perut aii. Aii simpan air milo dalam peti ais. Nasi aii letak bawah tudung saji. Aii letak kepala atas bantal, aii nampak gelap je. Owh, aii dah masuk alam tidur rupanya. Aii harapkan mimpi Johnny Depp pinang aii. Tapi hampa. Tidur aii kosong takde mimpi. Gelap

Pagi esoknya, pukul 6.25 baru aii bangun. Aii jerit ala-ala Mariah Kari kejut adik-adik aii bangun. Sambil tu aii fikir-fikir nak pakai apa sebab petang tu department aii nak pergi main Petanque. Tup tap tup tap, pukul 7.15 baru keluar rumah. Hantar adik aii pergi sekolah. Yang adik lagi sorang pergi naik basikal.

Aii stuck sampai pukul 7.35 dekat jambatan macam biasa. Bodoh betul pentadbir. Dah bertahun-tahun masalah yang sama, jalan jammed sebab jambatan tu satu line je, tak jugak setel-setal. Tak reti-reti nak tambah line. Dah la jalan takde alternatif lain. Ni la bila asyik fikir kepentingan sendiri daripada rakyat.

Aii sampai ofis, aii punch kad. Dem. Pukul 8.02 pagi. Bertambah colour merah dekat kad aii. Aii kerja macam biasa. Pagi tu aii kena berlakon suara jadi pihak media sempena latihan kecemasan HSE. Sangat best sebab berlakon jadi macam-macam. Sekejap wartawan Bernama, sekejap TV3, sekejap wartawan harakah. Semua media nak kaut.

Owh, aii belum cerita amende latihan ni. Benda ni simulation kecemasan. Given scenario ialah ada 3 orang platform Duyong suspected H1N1. Seorang confirm. Maka, aii dan team-team media, kena buat kecoooohh..(which is aii rasa aii talented.hahhaha). Kena call semua personnel yang terlibat konon-konon nak seek additional info. Tapi, personnel-personnel itu bukannya pelakon macam kami. Mereka betul-betul staff, duty manager, personnel untuk minggu tu. Mesti minggu yang azab untuk mereka kan..Hahahaha. Diorang kena treat simulation ni macam real situation. Dengar-dengar ada yang kena marah sebab jawab dengan cara tak sesuai. opps

Aii enjoy sangat jadi voice actress tak bertauliah ni. Tapi, aii rasa watak-watak pelakon je yang have fun. Duty personnel semua tension sebab kena handle benda ni. Ye lah, simulation bukan pasal oil leakage ke, platform ada accident ke yang diorang dah biasa train. Siap ada yang hold handset lama-lama & cut off telefon lagi. Hahaha. Pressure.

Owh, kebanyakan company policy, akan larang sebarang press statement. So, jawapan paling banyak bila mintak info "Akan diberitahu kemudian". heh. Gila tak best skema jawapan.

Tapi, kalau dah kerja kena call duty personnel untuk minggu tu, air liur bergelen-gelen boleh kering. Perut aii pulak takde belas kasihan. Asyik jerit lapaarr lapaaar. Fine perut. Fine. Meh sini aku isi ko.

Then, habis dalam pukul 1 lebih sebab colleague aii ada meeting. Simulation start esok harinya (27hb). Which is lebih memenatkan sebab ada post mortem (yang ni aii dengan colleague aii terkejut. Ingatkan orang biasa-biasa je yang attend. Rupanya orang besar-besar. Aii duduk penjuru bilik meeting. Aii bukak notebook. Aii konon-konon catit info. Sedar-sedar satu muka kertas dah penuh dengan doodles. Nasib baik meeting habis tepat-tepat sejam.

Then, after office hour, aii dengan ofis mate aii pergi main Petanque. Petanque ni macam main guli tapi guna bola besi.Besar. Aii tak sangka tangan buta aii tak sebuta yang disangka. Kesimpulannya, aii suka main Petanque selain snooker. Both permainan yang aii try sepanjang aii intern. hahaha

Aii sampai rumah, kena jadi ibu tunggal. Masak nasik, basuh baju, sapu lantai ( Nisak, mesti tak percaya kan.) Aii tabik spring emak-emak yang kerja, balik tu kena buat kerja rumah. Penat ko tahu tak. Kerja dah la penat. Balik rumah, tak boleh rehat lagi. Takpe, bila aii kawin nanti, kalau aii kerja sekalipun, aii nak laki aii makan masakan aii jugak. Ramai pesan kat aii, yang penting jaga perut laki. Yang ni aii tak berani sangkal. (Aii harap laki aii tak boroi.). Tapi aii harap laki aii faham kadang-kadang aii penat then cakap, "Let's makan kat kedai la yang". Shuwiiit

Semalam, masa second day simulation kecemasan, SV aii & staff lain borak-borak. Aii join sekaki lah. Aii kan observer. heh. (observer la sangat, padahal malas nak sambung buat kerja). Terkeluar lah topik poligami. Gila jauh cerita pasal safety, tiba-tiba pasal poligami pulak kan. Macam-macam lah dibincangkan. Dari kenapa, macam mana, bagaimana. Pergh, hangat. (sebab suami & isteri-isteri orang jugak yang berbincang, kecuali aii lah kan. aii observer je)

Kesimpulannya, aii tahu tak baik menidakkan hukum. Tapi, bagi aii, aii tak suka kalau laki aii ada wife lain. Hujung-hujung hati tu mesti tak rela. Aii tak suka perempuan perampas. Dah tahu orang tu ada keluarga, kenapa nak main api. Sayang? Go to hell la you.

Orang yang paling banyak melukakan hati perempuan lain adalah Perempuan.

Aii harap aii bukan tergolong wanita keji ini suatu hari nanti. Ye, kalau bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. Yang kau sibuk nak tepuk-tepuk, apa pasal?

note : Aii tak tahu kenapa post ni tiba-tiba hampir emo. Aii stop sekarang. heh. choww bedah.

0 comments: