Sunday, March 21, 2010

20 March 2010 : Sebelum ahkak mental

    Hai gorgeous2 semua. Sihat ke tidak? Waras ke mental? Semoga waras2 lah ye. Jangan pressure sangat mengadap FYP korang tu. Rugi pulak penat2 belajar dapat degree nanti, tapi mental lah pulak. Gituuuu.

    Ahkak sampai UTP pagi tadi around 7 pagi. Bas ahkak bertolak pukul 9.30 malam hari Jumaat. Dekat 10 jam kau tahu ahkak tercongok dalam bas tu. Sepanjang malam tu pulak ahkak dapat tidur dalam 2-3 jam je. Punya la hangin ahkak ni sebab orang sebelah ahkak berdengkur tak hengat.



 Kuatnye dengkur..Kuatnye dengkur.. Tension aaa

    Ahkak pasang earphone volume paling high pun tak boleh challenge orang tu berdengkur. Pejam2 mata pun tak jadi jugak. Ahkak rasa nak belasah2 je orang itu, tapi nanti leceh jadi kes polis lah pulak. Tak pasal2 ahkak kena masuk jel. Assignment banyak tak siap lagi ni. So, ahkak belasah orang tu dalam angan2 ahkak je. [eceh, padahal nak belasah tak berani]

Ahkak rasa macam ni agaknya rupa ahkak masa tu.

 
[eh eh, ahkak bukan anti orang berdengkur. Ahkak dah biasa dengan orang tidur berdengkur sebab kawan n family ahkak ade je yang berdengkur. Tapi orang tu punya tahap memang mencabar keimanan ahkak. Or maybe ahkak tension sebab kena duduk 10 jam dalam bas & tak dapat tido dalam keadaan macam tu. Weng lah ahkak jadinya]

    Sampai jeh UTP, masuk bilik, qada' tidur. Ya ampun, nikmatnye. Tengah hari kau baru ahkak bangun. Puas ahkak.

   Then, petangnya ahkak pergi restoran seafood Shabu-Shabu dekat2 Lumut. Makan steamboat. Best giler tak hengat. Ni first time ahkak pergi sana. Kawan-kawan ramai recommend. Bayar by per head = RM 16.90. Makan lah banyak mana ko nak selagi perut tak pecah. Tapi kalau membazir, kena bayar RM 5 untuk setiap 100g. Siap ade BBQ tu yang tak tahan. Pilih2 nak ape, then staff tolong panggangkan. Sedap oihhh. Tambah dengan aiskrim macam2 perisa lagi tu.

   Eh eh, sebelah kedai ni ade night club tau. Sambil makan, sambil tengok perempuan sexy tak hengat. Laki-laki sekalian, bawak-bawak bersabar tahan iman kalau nak datang makan sini.



Unik ah ding dong nama kedai ni.

Pose-pose before masuk berjuang

 

Dekat area tepi tu ade choices lain lagi. BBQ, aiskrim. Mane tak rambang mata

Berjuang!!

   Dekat 2 jam lebih ahkak, Tma & Hanum melantak dalam kedai tu. Motto kitorang, '' Makan sebanyak mungkin, jangan membazir langsung". Berkobar-kobar nih makan steamboat. Ahkak rasa malam ni ahkak overdose steamboat. hahahha. Tak nak membazir lah konon kan. Hambik ko, nak pecah perut ni habiskan makanan.

Ini baru sikit. Banyak lagi tak sempat snap. Dah masuk perut dulu.


Tekun berjuang menghabiskan makanan. Macam mana tak overdose.

 
Hasil perjuangan.

   Balik UTP, malas nak masuk bilik lagi. Duduk2 depan Masjid An-Nur UTP. Tma menembak2 gambar masjid guna senapang DSLR dia. Tup tup ahkak & Hanum interframe masuk bergambar. Dari sesi ambik gambar masjid, terus jadi sesi ambik gambar kami pulak. Dari masjid sampai ke padang port kami berposing. Sakan kau..Takpelah, kate final year kan. Bila lagi nak ambik moment2 terakhir. Nanti dah tua kerepot segan lah pulak dekat anak cucu buat peel macam ni.

Pose-pose 3 orang Final Year Student yang bakal masuk week busy super duper

   Habis bergambar, semua dah weng penat balik bilik. Tapi sempat pulak ahkak pergi hapdet belog berhabuk ni kan. Hahaha. Tma pun dah surrender tidur dah tu. Tapi tadi sempat dia edit2 gambar. Nih ahkak hapdet gambar yang belum edit lagi. Tak menyempat2 nak hapdet belog. hoho.


  

Nak beli mask tak sempat. Guna jari pun boleyyyy

Sampai ke bonet kau posing.



Adengan penutup. Kita skodeng dulu.

2 comments:

Kenangan Lalu said...

Ahkak nanti2 bawak la ahbang same makan! Kohrang makan je keje, best2 lak tuh!!! Huh!

Nway, gambar hitam putih first tu sangat nice, terase cam nak buat kulit album je, hehe~

Nisha said...

Ahbang nak ikut? jom. Kita buat rombongan Cik Kiah dekat kedai food. Ahbang belanja?

Gambar tu memang kulit album kami pun. Trio caklempongpang. Jangan lupa beli~