Thursday, April 01, 2010

Takyah balik.

Esok Aii ada test lagi. Punya la bosan nak study.Tadi bajet rajin tapi now dah malas gila2. Mula-mula google2, bukak website kaitan dengan Data Mining. Now, dah pergi terbukak website blog ape-ape ntah. Tekun pulak aku baca hapdet-hapdet bloglist. Website Data Mining ntah ke mana ntah.

Aii plan nak balik rumah weekend ni.Nasib baik aii tak beli tiket awal-awal sebab kalau tidak, mesti aii beli tiket khamis malam memandangkan hari Jumaat aii takde kelas langsung. Tup-tup dapat surprised 'tadaaaa, jom buat test DM khamis malam ni'. Sungguh what the fun lah bukan. Punah plan aii.

Tapi, ada bagus jugak boleh setadi lebih sikit sebab kalau tidak, test tu hari Selasa which is semalam. Last week takda kelas langsung which means we olls tak tahu amende lah yang dia nak masukkan dalam test. Sungguh what the fun lah juga. Dah lah dia tu (okei, better stop now. Kang sah-sah post ni masuk dalam lingkungan zon mengumpat. Ntah sape lah baca blog ni nanti tiba-tiba kepoh pula ada sesi mengumpat dalam post ini. Dah lah tadi sungguh seram tengok feedjit ada entah sape pergi google 'Nisha UTP'. gila seram. aii harap bukan google cari aii sebab dekat UTP bukan aii sorang je yang nama Nisha.)

Then dapat email dari SV FYP, nak jumpa aii & 2 others yang buat topic courseware this friday morning. Alamak, macam mana nak balik ni. Aii proposed buat Khamis tapi dia tak free lah pula. Nasib baik SV aii sungguh lah understanding, dia ajak buat hari Isnin. Phew, nasib baik. Kalau dia mathei-mathei nak jugak buat hari Jumaat pagi, sah-sah aii kena pilih nak balik Jumaat petang( bas pukul 7malam) or gamble je drive balik (obviously tak pilih option ni lah kan)

Aii mula-mula macam nak cancel plan balik rumah. 10 jam kau tahu naik bas. Pergi Jumaat, balik Sabtu. Tapi aii fikir-fikir, baik aii balik. Penat sekejap tak apa lah. Apa-apa family dulu. Ayah aii dah telefon bagi hint taknak balik ke. Hari tu dah lah ayah aii balik after cuti midsem habis. Aii tak sempat jumpa. Ayah aii nak bribe suruh aii balik, sebab Ahad ni dia dah kena pergi kerja lagi. Angkut sekali mak & adik bongsu aii.

Ayah : "Abah beli baju dekat hang. Balik lah".

 Heh, tahu aje anak dia suka hadiah.

Tapi mak aii lebih hebat, taknak bagi aii balik takut aii penat sebab balik sehari je and baru hari tu balik cuti midsem.

Anak : "Abah beli baju ape mama? Abah suruh balik ambik"

Mak : "Alah, baju t-shirt murah je. Takyah lah balik. Duduk je situ"

Terror betul alasan mak aii tak bagi aii balik. Ini yang kena balik ni. Makin tak bagi, makin kena balik. Hahahaha

Terus petang tadi pergi beli tiket bas ke Kuantan. I'm going back. wohooo

p/s: Gila mahal lah tiket bas.

0 comments: