Monday, June 14, 2010

Bagi betis nak peha



Memandangkan cuaca sekarang ni tak menentu, warna pintu pagar rumah I dah bertukar colour. Mak I cakap dia tension tengok warna cat dah pudar.

So, time we'olls berholiday haritu, mak I pesan after balik I kena cat pagar rumah. I kalau bab2 mengecat menconteng ni memang feveret tapi kena ikut mood & hormon. Memandangkan waktu kerja I adalah berdasarkan hormon & mood I yang tak menentu, maka walaupun dah 3 hari balik bercuti pagar tersebut masih serupa wajahnya seperti sebelum pergi bercuti.

Maka nak dijadikan cerita, kerja mengecat tu mak I bagi dekat anak makcik yang datang kemas rumah I. Dia kata kesian, bagilah dekat orang susah. Ok, takpelah kan.

Mak I kata dia bagi upah RM200. Pagar yang dicat tu pun takdelah banyak sangat. Tapi mak I kata keliling pagar tu banyak pasu bunga so kira upah dia alihkan pasu2 tu lah kan. So, semalam budak tu pun datanglah. I agak dalam sekolah menengah lagi. Dia cat baru sikit pagar rumah macam yang dalam gambar I letak tu kan.

Ish, kurang asam ok budak tu. Boleh dia pergi cakap dekat mak I, "makcik, saya nak RM500." eh, deal RM200 je mula2. Ape kess nak up sampai RM500 kan. Dia ingat mak I bodoh ke senang2 nak bagi duit macam tu. Mak I hanginlah kan. Sehari kalau RM30 untuk cat pun macam dah agak banyak. Berapa hari dia nak ambik untuk mengecat kan. Over ok. Pagar tu bukan panjang & besar mane pun.

So, mak I cakap dia bagi upah RM50 untuk kerja semalam. Hari ni budak tu tak datang pun nak mengecat. Tension la kot mak I taknak up sampai RM500. Hoit, RM500 tu sama banyak scholar I sebulan ok.  Mak I cakap, daripada bagi budak macam tu duit, baik bagi anak2 dia.

So, I tak jadi lah nak kerja part time dekat kedai runcit. I dah dapat part time mengecat pagar rumah pulak.

Owh, anyone nak upah I lukis henna sempena musim kawen ni, sila sila sila contact I.

0 comments: