Wednesday, March 24, 2010

bee zi wik

esok 2 test.

Small Business Entreprenuer (SBE) : Start pukul 1310 ; MPH

Corporate Ethics (CE) : Start pukul 2000

Jumaat ni kena submit 1 assignment 7 pages, 1 progress report FYP 15 pages.

Naiisss



Say ARGHHHHhhhhHHHHH

Monday, March 22, 2010

Lagi senang pun ada

OOoooOOoo.

Comment box tu boleh setting lain nak bagi lagi senang. Wahahaha.

Patut la ada orang penah cakap dulu-dulu yang tempat comment aku susah nak access.

180 degrees





Aku rasa biological clock aku dah tunggang langgang. Crazy clock


Selagi tak pukul 3 - 4 pagi. Tak reti-reti nak tidur.


Negara mana yang pukul 3 petang time Malaysia 3 pagi? Tuan badan dah tersilap setting time zone ni.

Sunday, March 21, 2010

20 March 2010 : Sebelum ahkak mental

    Hai gorgeous2 semua. Sihat ke tidak? Waras ke mental? Semoga waras2 lah ye. Jangan pressure sangat mengadap FYP korang tu. Rugi pulak penat2 belajar dapat degree nanti, tapi mental lah pulak. Gituuuu.

    Ahkak sampai UTP pagi tadi around 7 pagi. Bas ahkak bertolak pukul 9.30 malam hari Jumaat. Dekat 10 jam kau tahu ahkak tercongok dalam bas tu. Sepanjang malam tu pulak ahkak dapat tidur dalam 2-3 jam je. Punya la hangin ahkak ni sebab orang sebelah ahkak berdengkur tak hengat.



 Kuatnye dengkur..Kuatnye dengkur.. Tension aaa

    Ahkak pasang earphone volume paling high pun tak boleh challenge orang tu berdengkur. Pejam2 mata pun tak jadi jugak. Ahkak rasa nak belasah2 je orang itu, tapi nanti leceh jadi kes polis lah pulak. Tak pasal2 ahkak kena masuk jel. Assignment banyak tak siap lagi ni. So, ahkak belasah orang tu dalam angan2 ahkak je. [eceh, padahal nak belasah tak berani]

Ahkak rasa macam ni agaknya rupa ahkak masa tu.

 
[eh eh, ahkak bukan anti orang berdengkur. Ahkak dah biasa dengan orang tidur berdengkur sebab kawan n family ahkak ade je yang berdengkur. Tapi orang tu punya tahap memang mencabar keimanan ahkak. Or maybe ahkak tension sebab kena duduk 10 jam dalam bas & tak dapat tido dalam keadaan macam tu. Weng lah ahkak jadinya]

    Sampai jeh UTP, masuk bilik, qada' tidur. Ya ampun, nikmatnye. Tengah hari kau baru ahkak bangun. Puas ahkak.

   Then, petangnya ahkak pergi restoran seafood Shabu-Shabu dekat2 Lumut. Makan steamboat. Best giler tak hengat. Ni first time ahkak pergi sana. Kawan-kawan ramai recommend. Bayar by per head = RM 16.90. Makan lah banyak mana ko nak selagi perut tak pecah. Tapi kalau membazir, kena bayar RM 5 untuk setiap 100g. Siap ade BBQ tu yang tak tahan. Pilih2 nak ape, then staff tolong panggangkan. Sedap oihhh. Tambah dengan aiskrim macam2 perisa lagi tu.

   Eh eh, sebelah kedai ni ade night club tau. Sambil makan, sambil tengok perempuan sexy tak hengat. Laki-laki sekalian, bawak-bawak bersabar tahan iman kalau nak datang makan sini.



Unik ah ding dong nama kedai ni.

Pose-pose before masuk berjuang

 

Dekat area tepi tu ade choices lain lagi. BBQ, aiskrim. Mane tak rambang mata

Berjuang!!

   Dekat 2 jam lebih ahkak, Tma & Hanum melantak dalam kedai tu. Motto kitorang, '' Makan sebanyak mungkin, jangan membazir langsung". Berkobar-kobar nih makan steamboat. Ahkak rasa malam ni ahkak overdose steamboat. hahahha. Tak nak membazir lah konon kan. Hambik ko, nak pecah perut ni habiskan makanan.

Ini baru sikit. Banyak lagi tak sempat snap. Dah masuk perut dulu.


Tekun berjuang menghabiskan makanan. Macam mana tak overdose.

 
Hasil perjuangan.

   Balik UTP, malas nak masuk bilik lagi. Duduk2 depan Masjid An-Nur UTP. Tma menembak2 gambar masjid guna senapang DSLR dia. Tup tup ahkak & Hanum interframe masuk bergambar. Dari sesi ambik gambar masjid, terus jadi sesi ambik gambar kami pulak. Dari masjid sampai ke padang port kami berposing. Sakan kau..Takpelah, kate final year kan. Bila lagi nak ambik moment2 terakhir. Nanti dah tua kerepot segan lah pulak dekat anak cucu buat peel macam ni.

Pose-pose 3 orang Final Year Student yang bakal masuk week busy super duper

   Habis bergambar, semua dah weng penat balik bilik. Tapi sempat pulak ahkak pergi hapdet belog berhabuk ni kan. Hahaha. Tma pun dah surrender tidur dah tu. Tapi tadi sempat dia edit2 gambar. Nih ahkak hapdet gambar yang belum edit lagi. Tak menyempat2 nak hapdet belog. hoho.


  

Nak beli mask tak sempat. Guna jari pun boleyyyy

Sampai ke bonet kau posing.



Adengan penutup. Kita skodeng dulu.

Wednesday, March 10, 2010

Opkos~

Ahkak kan, kalau benda yang teknologi-teknologi, intenet-intenet ni, selalu rasa noob sangat.

Selalunya kalau ahkak guna komputer ke, software ke, mesti adeee je benda pelik-pelik jadi. Padahal ahkak rasa ahkak buat sama je macam orang lain. Entah macam mana ahkak boleh ambik course Business Information System. Programming bagai. Alahai.

Thats why kalau nak buat transaction online ke ape ke, ahkak suruh orang lain tolong buatkan. Cimbclick pun takde dik. Noob sangat aku nih.

Nak beli tiket flight ke hape ke, pun suruh Cik Nisak yang buatkan. Ahkak tak berani nak buat benda-benda alah tu. tsk tsk tsk[menangis kepiluan]

Tapi kan, ahkak dah memberanikan diri buat sendiri tempahkan tiket flight untuk adik bongsu ahkak. Warghh, Nisaaaakkk, aku dah pandai tempah tiket sendiri. Transaction berjaya. Tsk tsk tsk [menangis kegembiraan pula. eceh].




Aaaa, tak boleh follow mak & adik bongsu ahkak. UTP tak cuti. Adik ahkak lagi sorang pun tengah prepare PMR, tak boleh follow.

Takpelah, ada rezeki lain kali pergi lah. Kot.


notagarisgaris :

1. Berjaya lepas mengidam. Dah dapat air Honey Dew Abang Gaban. RM2. Puas!!

2. Esok balik Kemaman. Yeayh. Walaupun brader jual tiket tuh menipu sebab charge lebih. Alasan bodoh   pulak tu. Charge telefon? Pfff

3. Tadi ahkak pergi SK Sultan Yussuf, Batu Gajah program khas Disleksia. Untuk research FYP. Dekat je rupanya sekolah tu dengan UTP. Semangat ahkak google maps bagai.

3. After bukak mid-sem macam banyak kerja je. Test DM, SBE, CE. Progress report FYP. Arhhh, yang penting enjoy cuti dulu..wahahah

Monday, March 08, 2010

Alhamdulillah

Syukur

Result keluar. Memberangsangkan.

Terima kasih SV.

Terima kasih semua.

Sunday, March 07, 2010

Jangan bongkarkan hasrat

Undisclosed Desires - Muse

I know you've suffered,

But I don't want you to hide,
It's cold and loveless,
I won't let you be denied


Soothing,
I'll make you feel pure,
Trust me,
You can be sure


I want to reconcile the violence in your heart
I want to recognize your beauty's not just a mask,
I want to exorcise the demons from your past,
I want to satisfy the undisclosed desires in your heart


You trick your lovers,
That you're wicked and divine,
You may be a sinner,
But your innocence is mine

Please me,
Show me how it's done,
Tease me,
You are the one


I want to reconcile the violence in your heart,
I want to recognize your beauty's not just a mask,
I want to exorcise the demons from your past,
I want to satisfy the undisclosed desires in your heart


Please me,
Show me how it's done,
Trust me,
You are the one


I want to reconcile the violence in your heart,
I want to recognize your beauty's not just a mask,
I want to exorcise the demons from your past,
I want to satisfy the undisclosed desires in your heart


****

Sukanya lagu ni