Saturday, May 16, 2009
Kadang-kadang kita judgemental.
Aku tiba-tiba je nak post pasal satu benda ni. Tadi aku usha la blog2 gossip & youtube ( exam ada break seminggu. Kasi chance la baca benda2 tak berpekdah kan..huhu)
Then, aku terbuka satu video. Rancangan British Got Talent. (usha link nih). Tahun 2009 punya. Seriously, jaw dropped okey aku tengok Susan Boyle ni. Maybe orang lain dah berzaman tahu pasal dia. It's ok. Aku baru tahu. Kasi chance aku bercerita pada yang belum tahu pulak. Then, mula lah aku & roommate aku mengupas (ceewah..mengupas isu2 gitew) pasal benda ni.
Susan Boyle ni dah berusia la jugak bagi orang yang baru start nak menyanyi. 47 tahun almost 48 okey. Rupa, frankly speaking, xde la sangat. What do you expect daripada seorang makcik ( Rata-rata umur camni kita panggil makcik lah kan) dari sebuah kampung di British. Time interview before turn dia pun, takde lah expect something pun. Just fikir "Okay, sorang lagi yang nak masuk benda2 glamour ni". " boleh menyanyi ke dia ni?" That's it. Just someone yang tak special.
" Even macam ni pun, suara aku meletops okey "
Dah la masa atas stage macam ntah ape-ape je Susan Boyle ni cakap. Kalau korang tengok video tu, boleh nampak jury2 buat muka like "Duh" dan ada penonton yang buat muka macam " Wadehek" . Aku yang mula-mula tengok pun macam " Ape kes makcik ni." Tapi takpe, aku teruskan jugak tengok. Sebab yang view video2 tuh bukan setakat ratus2 ribu beb. Berpuluh juta!! There must be a reason kan. Mungkin sebab suara yang marbeles. Atau mungkin suara macam William Hung. (Eyh, suara macam William Hung pun,dia femes ok)
Bagi aku lah kan, impact yang Susan Boyle ni bagi kat audience sangat lah besar lepas dia menyanyi. Sebab apa tau, before dia nyanyi tu (ni personal opinion aku lah. ) audience macam tak expect apa2 great pun. Yelah, rupa takde, jawab pun entah ape2, macam weirdo pun ada (amboi, sedap nye mengata. Bukan mengata, aku cuma nak menampakkan perbezaan sebelum & selepas). Kalau aku dikalangan audience tu lah kan waktu tu, mesti aku tak sabar nak tunggu habis turn dia. Kalau lah kan.
"Kalau suara kau macam katak, siap!! "
Aku rasa Simon pun dah standby agaknya nak kutuk after performance kalau dia perform ampes. Even masa lagu dah start pun, dia buat muka takde perasaan siap tongkat dagu lagi. Yelah, kalau kita tengok rancangan2 bakat, mesti ada punya spoiler2 yang tak pandai menyanyi tapi sibuk jugak nak menyanyi. Then, keluar la rancangan lain yang menunjukkan peserta2 spoiler nih untuk sajian lawak. Okey, back to our topic. Asyik termelalut je.
But seriously, just by a few line dia nyanyi, audience dah stand, tepuk tangan. Ko bayangkan!! Belum habis satu rangkap pun. Baru beberapa baris, orang dah bangun bagi penghormatan. Betapa audience kagum dengar Susan Boyle ni nyanyi.Simon plak tak yah cakap la. Muka macam orang dah jatuh cinta je. Sangat2 mesmerized by her voice. Terkejut ai
Bagi aku, suara Susan taklah sangat2 sedap. Sedap tapi bukan sangat2.Paham?. Tapi macam mana dia boleh dapat penghormatan sampai satu hall berdiri tepuk tangan dekat dia?
Nah, Susan Boyle inilah yang menunjukkan and sekaligus menyedarkan kita yang kadang2 kita tak boleh menilai bakat seseorang tu berdasarkan rupa paras. The moment dia buka mulut & menyanyi, masa tu dia dah buktikan bahawa dia memang layak berdiri atas stage malam tu. Bukan seorang fool yang hanya menunggu masa untuk mem'fool'kan diri sendiri depan orang ramai. Kau akan terdetik rasa macam bersalah sebab rasa dia tu ntah ape-ape tanpa dia sempat buktikan talent dia.
Sebab..
She got a talent.
Memang dia buat aku sendiri tergamam and terkejut. Aku rasa macam nak join sekali berdiri tepuk tangan macam audiences dalam hall tu. Tapi mustahil lah kan. Nanti roommate aku kata aku gila pula. Tapi serious, (dah berapa kali aku guna perkataan serious dalam entry ni kan.hahhaa) masa dia menyanyi dengan penuh confident, aku rasa happy sangat2. Aku dapat rasa kepuasan dia dapat perform depan orang ramai malam tu. Aku rasa macam aku bangga untuk dia. Betapa dia ada tahap confident & tak peduli pandangan orang. Dia betul2 gunakan sebaiknya peluang yang dia dapat malam tu. Ayat macam poyo kan. Tapi betul, aku happy untuk dia. For that moment!!
Orang kata 'don't judge a book by it's cover'. Tapi seriously, betul ke kita ni tak judge based on the cover? Argh, aku sendiri tak boleh kata yang aku tak pernah menjudge orang. Itu tipu.(Buku juga, aku suka cover yang cantik & publisher yang terkenal. Kecuali aku kenal siapa penulis tu, aku akan beli tanpa tengok cover & publisher) . Sebab kadang2, tanpa kita sedar judgement itu sendiri datang tanpa niat (ye ye je kan tanpa niat.). Aku tahu, korang juga begitu. Kawan2 aku juga begitu. Aku sendiri begitu. Berapa kerat yang berani kata mereka tak pernah jadi judgemental. Semua pernah bukan?
Contoh lah kan, kau tengok mamat selebet, serabai dah macam peminta sedekah pun ada tapi awek sebelah dia pulak pergh. Meletops macam Miss World gitu. Hah, mesti secara tak langsung terdetik atau terlintas dalam hati kau. "Perempuan tu buta agaknya", atau "Dah kena bomoh kot perempuan tu". Nah, itu pun judgement.
Sampai kiamat pun tak habis sebenarnya topik ni. Buka satu topik, boleh merebak ke topik lain. Cuma aku harap diri aku sendiri dan orang lain juga boleh bagi peluang pada sesuatu / apa2 saja even ada sekelumit judgement/ impression. Sebab..
Kita mungkin nampak 1% yang buruk sebelum nampak 99% yang baik.
*** Pergh, baru tengok video Susan Boyle pun dah bermotivasi si Nisha nih. Eyh, biar la. hahahha
Labels:
2009,
british got talent,
impression,
judgement,
motivation,
simon cowell,
Susan boyle,
talent
3 comments:
saya link anda dlm blog saya..
di samping itu saya jugak telah mentag anda
nishaaa... jgn berblog.. gie study.. hahahaha.. ;D
gee: okey, aku dah buat da.huhu
mayo : baek!! (patut gitew)..padahal baru je post entry baru. hahaha
Post a Comment