Hari ni ofis aku keje sampai pukul 4 je..
Bes bukan?
Owh, kepada yg membaca terutamanya Nisak & Ct tolong jangan guna ayat
'Cuti hari Ahad lebey bes dari cuti hari Jumaat'
atau
'Lunch hour 2 jam hari Jumaat lebey bes daripada balik keje pukul 4 hari Khamis'..
aku bagi makan selipar masak asam pedas nanti..Uh uh
Tapi aku kena stay sampai 4.30pm sebab kena jumpa dengan manager.
Owh, bukan kena jumpa sebab nak kena pecat ye... Aku trainee berdedikasi taw...
urgh...poyo btol...wakakakak..Okey, kita cite pasal knape kena jumpa2 manager nih next time. (Kalu rajin..tapi, macam tak rajin je..hahahantamlah)
----------
So, keluar2 je ofis kul 4.30 tu, aku rushing la drive dari Kertih - Kemaman.
Adik aku ade demo silat hari ni. Sebagai kakak yang penyayang & supportive, mesti lah kena ergi tengok kan. Owh, lupa cakap, parents aku takde since Selasa. Pergi Lumut.
So, sepanjang 3 hari ni dah macam wanita bekerjaya dah aku.
Pagi2 rushing memastikan adik2 pergi skolah.
Tengah hari kena ingatkan abang aku belikan makanan kat adik2 after dorang balik sekolah.
Balik keje, kena masak (yang nih giler kagum ar dengan diri sendiri..haha..) . Okey, aku memang jarang masak2 ni. Saya budak baru nak belajar2 masak yang selalu lupa resepi each time nak masak. titik.
Banyak yang aku belajar masak pun, dengan kawan2 masa dekat UTP. Buat2 kuih (ayat macam tere wat kuih je kan..padahal reti puding roti ngan kek batik je.). Kalau kat rumah sendiri, baru berapa kali je aku masak.
Mak aku masak sedap dowh. Mesti ar nak makan dia yang masak. Tapi takpe. Niat masak tuh yang penting. Eh eh, kaitan plak tibe2 nih..
Kelmarin, kena masak spaghetti sebab adik bongsu aku nak makan. Leh plak dia mengidam pulak kan. Hoi hoi, bukan mengidam mengandung okei. Dia lelaki. Ish.
Semalam plak, aku masak ayam resepi Ct & Tma. Ko taw tak, masa dekat UTP, berapa juta kali duk masak lauk nih aje.
Eyh, tetibe rasa cam bes plak kalau kita main pos2 resepi masakan kan. Tapi....
Korang guna ke resepi2 tuh nanti? hhahaha...
Okei, kensel2...No resepi2..
Patut la aku tengok ayah aku pas balik keje terus kemas2 rumah. Sebab aku pun semalam even penat2 balik keje. Nampak benda selerak sikit terus nak kemas.
Dah siap satu part, gi keje mende lain plak. Pukul 10 dah lembik. Terus tido. Ya ampun, betul2 macam mak2 yang bekerja. Okei, terus rasa bersyukur dengan apa yang ada selama nih.
aku cakap kat nisak,
" Idop aku paling berdisiplin & bagos 3 hari ni". (lebih kurang cmni la ayat dia.)
Ye, even ak penah kata idup sepanjang aku intern ni paling berdisiplin,
3 hari ni the ultimate disiplin lah kiranya. Cayalah Nisha..
Eyh2, sebenarnye motif blog hari ni adelah pasal aku nak cite g tengok adik aku bersilat tadi. Dah termelalut plak.. hahaha.
Owh, aku sangat bangga ngan adik aku. Aku rasa hebat gila dia bersilat. Jurus wajib kot part persembahan dia. Time persembahan budak lain aku tak ambik gambar pun. Time dia, berpuluh2 aku ambik.
Hahaha. Pilih kasih btol. Eyh, biar lah, adik aku..
Okei, aku rasa kalau orang lain mesti tak rasa ape2 kan. Demo je kot. Aku je over lebey2.
Tapi, bagi aku, kalau ahli keluarga kita buat sumthin, kita kena support. Kalau bukan famili yg support, sape lagi. Even orang luar support, tak sama ngan family.
Tak sia-sia aku rushing drive laju2. Potong, menyelit kete sana sini sebab nak cepat sampai.
(Kertih-Kemaman 30 minit if tak jam. Kemaman pun reti jam sekarang neyh.. Ish. Tak suke)
Sampai2 je, dia tengah perform ramai2..Okey, tak lambat. Aku duduk dalam kereta, luar pagar sekolah dia.
Stalker gitew...hahah..Dah lah tak taw dia duduk row mana. So, tengok je lah belakang budak2 perform.
Aku perasan ade budak pakai full baju itam silat.
Ak pikr ' Keciknye budak belakang tu'
Tup tup, rupenye adik aku sendiri. Hahhaa
Then, after abes performance ramai2 tu,aku masuk lah dalam kawasan sekolah tu..
Tak ramai pun orang tengok. Aku rasa cikgu dah silap pilih timing ar.
Then, after persembahan tempur, adik aku perform lagi rupanya dengan 2 student lain. Takde plak dia cakap.
Pergh.. dalam dia menggedik2 je kat umah, rupenye bile dia silat not bad..
Syabas adikku..Gud job..gud job...ceeewahhh
Ko memang berbakat macam akak ko ney...Wakakakaka...(ko mesti nk termuntah bace statement ni kan nisak? hahah)
Time aku duduk celah2 budak perempuan, aku dengar dorang cakap2 pasal adik aku..
Hahah, femes jugak ko ek Acik.
tp, aku x stay sampai performance abes pun. Dah turn adik aku dah abes kan. Aku balik lah. Tinggal performance dia ramai2 je. Esok dia perform lagi kot. Eyh, ke bertanding ar? Ak lupa.
Hahhaa. takpe la kan update kali ni ak cakap pasal aku bangga ngan adik ak. Kalau bukan aku, sape lagi..
-------------
Yeay, parents aku sampai malam ni..
Takyah jadi wanita bekerjaya lagi...Yeaaayyyy
Note : Nak tengok transformers. Tp, weekend ni bz..waaaa
Note : Dah tak mampu stay up semalaman or smpai 4-5 pagi.
Note : Aku dah ada habit brekfast kul 8-9 pagi sejak keje dalam department aku. uhuhu..bagus kan ( aku bukan jenis breakfast. Brunch or terus lunch aje)
3 comments:
ye la..kt upt mst la BRUNCH!sbb salu telepas breakfast..lunch tuh leh masuk tea time skali da.hahaha..jgn mare nisha.duit elaun lmbt ag masuk yunk!
wkakaka ct.
siot kamu..hahaha
taw tkpe.. bile la elaun nih nak masuk.
Elaun kompeni pun boleh pulak aku isi form.
Weyh, aku tak sempat tengok transformers hari tu. Tiket habis.
tsk tsk
Elaun kompeni pun boleh pulak aku **lupa isi form
Post a Comment