Tuesday, November 10, 2009

Sesi jalan raya

Petang tadi balik kerja. Budak-budak main tengah jalan.

Kadang-kadang aku balik kerja, selalu ada budak main-main atas jalan depan laluan rumah.
Ada 2 adik-beradik suka betul duduk main-main atas jalan.
Kadang-kadang naik basikal. Nampak kereta, terus bawak acah-acah depan kereta.

Minggu lepas, macam ni lagi.
Aku hon. Sengaja.
Terus pergi tepi.
Aku tekan minyak,
Laju ikut berlumba tepi kereta aku, duduk depan.
Aku hon lagi. Kuat . Panjang.
Betul depan rumah dia. heh
Lepas tu aku pandang tingkap, buat muka garang.
Sampai depan rumah aku, aku pandang budak tu lagi.
Yess!! Aku rasa muka garang aku menjadi

Selalu bila aku buat muka garang,
budak-budak ingat aku main-main.
Adoyai

Hari ni aku balik kerja, aku lalu jalan tu
Awal-awal dah pergi main tepi. Lepas aku lalu, baru pergi main tengah jalan.
Bagus!!
Aku keluar kereta, aku pandang budak tu.
Muka takut-takut
Akhirnya korang tahu bile kereta lalu, sila pergi tepi.
Bukan gedik-gedik duduk main depan kereta bergerak.

Walaupun aku rasa lepas ni korang anggap aku kakak jiran sebelah yang garang.
Sekurang-kurangnya aku tahu, korang dah elak risiko kena langgar dengan kereta sebab main tengah jalan.

'Alah, kan budak-budak tu'
Owh, aku tak suka bagi muka even tu budak-budak.
Kecik-kecik la kita nak kena ajar.
Lagipun, aku tak suka menangkan budak-budak. Biar aku yang menang. ahahhahaa


**

Hari ahad lepas, ada orang accident masa aku on the way pergi kerja.Meninggal.
Selekoh tu dah banyak makan nyawa.
Sepanjang 5 bulan aku intern kertih, dah banyak accident dekat area situ.

Aku drive kerja sorang-sorang. Pagi tu aku tiba-tiba terfikir.

"Selekoh dekat IKBN tu selalu eksiden"

Then, bila dah area selekoh, aku nampak bomba. Dalam pukul 7.45 pagi

"Accident lagi ni. Cam teruk je. Bomba pun ada"

Aku nampak ade orang terbaring. Tutup dengan kain pelikat. Innalillah.

Aku slow radio. Baca Al-Fatihah.

Terus aku berdebar-debar. Kereta pun slow je. Nasib baik dah dekat nak sampai.
Sampai sekarang, bila lalu selekoh tu, aku slow dalam 70-90 Km/h je. Takut.
Dah lah aku suka pecut dekat selekoh tu. Iktibar-iktibar.

Kawan-kawan, memandu dengan cermat ye !!
Sayangi nyawa anda & keluarga anda

Pesanan khas dari Datin Seri Nisha..wohooooohooo


**Ish ish, kalau dah tahu tengah kabus ngan hujan lebat, pasang la lampu. Tak nampak la oii. Bahaya

0 comments: