Petang tadi gigih beli bahan2 picnic nak ke Pangkor esok. Plan gamble sungguh. Suppose pergi Tambun Lost World tetapi entah macam mana destinasi bertukar 180 darjah. Terus ke Pangkor pulak. Takpe, asalkan tak terasa loser sangat duduk tercongok dalam UTP sensorang ketika sahabat2 lain pulang ke rumah. Hoh, now dalam rumah aku ni tinggal aku sorang2 je dalam geng2 aku. Dem.
And siang tadi semangat polish kereta tengah2 panas. Entah betul ke tak cara aku polish tu. Aku pun tak tahu. Janji hilang calar2 tu, betul lah agaknya. Siap tukar2 parking lagi punya la semangat cari port terbaik nak polish.
Owh, aku tak cakap kan. Aku accident haritu. Mamat yang langgar tu lari. Kereta nasib baik calar je. Family aku semua tak tahu lagi. Well, memang taknak bagitahu lagi. Tunggu setel semua baru inform. Just abang aku je yang aku roger. Tu pun selepas berjam2 aku accident. Hahaha. Siap suruh berpakat, jangan bagitahu ayah n mak aku. Well, I have my own reasons~
Kalau nak kira, banyak jugak accident yang aku tak bagitahu parents aku. Time motor dulu, Nisak pernah jatuhkan motor aku dekat depan MPH, Ctkay dekat bumper depan V2, Timah jatuh bumper yang sama jugak. Then, motor tuh kena langgar time tengah parking [yg ni je aku bgtaw parents ak. Nyesal ok bgtaw]. Semua tuh time aku takde dekat2 motor tuh. Kesian eh ko motor. Aku pun ade gak tercalarkan ko awal2 dapat dulu. Time balik rumah, kena kelentong cakap aku yang calarkan semua calar2 dekat motor tu. Mathei la kalau aku cakap motor tuh kawan2 aku yang eksiden sampai calar.
Mulut kawan aku nih cabul pulak gurau kate aku jampi motor aku tuh sape naik, eksiden. Gile hape. Yang bercalar2 tu motor aku jugak. Nasib baik lah aku taw ko cakap tu bergurau. Hohoho. Sampai sekarang still bercalar2 badan motor tu. Takde duit lah aku nak pergi cat2 bagai.
Yang kereta ni pulak, aku ingatkan kena cat. Pergi bengkel pun dia kata dalam RM150 kena cat. Mana nak cekau duit oii. So, ikhtiar la cari wax ngan polish. [aku tak paham sangat beza benda alah ni. hahaha]
Mula2 beli 1 jenis polish ni. Then, boifren Ana suggest 1 lagi jenama polish. Soft 99. Pun aku pergi beli. Gigih betul nak menghilangkan kesan2 accident nih. Hari tu sental2, dah hilang banyak gak. So, tadi aku sental2 lagi, dah tak nampak sangat kesan. Phew, jimat RM150 tak payah hantar kedai cat. Haroooos lebih gigih biar tak nampak langsung before balik cuti sem nanti. Then, baru boleh cerita dekat parents pasal accident tu. Hohoho.
Then tadi ayah aku call.
"Esok pergi Pangkor ke?".
Ni mesti mak aku dah bagitau nih
"Ha'ah. Nak mandi2. Dah takde kelas"
"Takyah la mandi pantai2 tu"
"Owh, tak mandi pun. Snorkelling je"
" Owh. Ok"
-_-"
Ayah aku ni silap dengar aku sebut snorkeling ke heh?? Mandi pantai tak boleh. Snorkeling boleh?
Takpe. restu tu penting. ecewah
1 comments:
klakor weyh dialog bapak ko ngn ko tu.gelak aku baca mlm2 nih.
Post a Comment