Monday, June 01, 2009

1st Day Intern : Penat mcm angkat treller


Niat di hati nak update panjang2.. Macam2 nak tulis hari ni pasal 1st day intern..

Tapi.....

Penat giler badan weyh.. Otak penat..Jiwa penat...Nak tulis post yg ni pun dah memerlukan sepenuh tenaga taw..ceeewah. hiperbola kan. hahhaha

Mengarut la pulak rasanya...

Penat macam kena angkat treller guna satu jari sambil sebelah tangan letak kat pinggang. Eyh, leh bayang ke macam mana? Hahhahaa.. Perumpamaan hiperbola lagi..

Padahal...

Sepanjang hari tak buat ape2 pun..

Datang2 je ofis, duduk berkumpul ramai2 suka2 ati depan pintu dgn budak intern lain sementara tunggu pukul 8. Pukul 9 lebey kot baru briefing

Eyh2, hari ni aku bangun awal lepas tu terus pegi mandi tanpa berlengah2 ibarat 'esok masih ada'. Rumah aku ke Carigali ( aku lupa nk tulis, aku intern kat Carigali, Kerteh), dalam 30 minit lebih.

Tuh belum kira jalan jem lagi. Ayah aku cakap kalau jem lg awal kena keluar rumah. Tadi keluar pukul 7.12, sampai dalam pukul 7.45. Jalan sangatlah berkabus. Macam bawak kereta dalam longgokan gula-gula kapas

Carigali nih ada 1 building dia sendiri. Kalau korang lalu area kerteh, leh nampak building ni. Sape nak masuk, ambik pas pelawat n tinggalkan IC dulu.

Nak naik lif pun kena tag card dulu. Ala2 macam laluan masuk before naik LRT tu. Haaa, macam tuh la benda tuh.

Dem, aku benci laluan tu. 1st day dah ada peristiwa memalukan kat pintu tuh...

Pintu tu kepit aku. Ampes bukan? Memalukan memalukan.

On the way balik pun pintu tuh buat lagi peristiwa memalukan kat aku. Cis..

Owh, bukan aku sorang je mengalami peristiwa dimalukan depan mesin.

Dba plak ade problem dekat tempat punch card. ( 1st time ooo hari ni main punch2 card keje..hahaha.).. Itu pun agak memalukan gak dia kata.

SV aku cam okey utk 1st day ni. Tak leh komen lebey2, kita tgk dulu mcm mana ari2 mendatang.

Owh, dia tak suka orang baca magazine n paper time working hours. Time rehat boley.

Dia pun dah pesan awal2 dia x suke orang duk lepak saje2 tak cari inisiatif nak wat keje ape2.

Haaa...lagi satu lupa nak cite...

Aku masuk department PPI. Peninsular Performance Improvement. Kira macam support department ke ape ntah. Camtu lah lebey kurang. Ofis dekat level 3

Total budak BIS yang intern kat PCSB, 3 orang. semua girls. IT 2 orang kot. Total termasuk budak engine & universiti lain utk intern kali ni, lebih 30 orang.

Department aku ada 2 orang BIS termasuk aku. Tapi lain2 supervisor

Memandangkan budak intern batch lepas still ada, meja takde kosong. Ada sorang budak laki UTP gak intern department tuh. budak chemy. batch lupe plak. Jan 05 la kot.

So...

Aku & budak lagi sorang duduk dalam meeting room.

Hahaha, ko bayangkan sebesar2 bilik tuh kitorang 2 orang je yang guna.. Berdasarkan pemerhatian & agakan ahli nujum tak bertauliah (aku la tu), dalam sebulan gak baru kitorang leh dapat meja sendiri.

Tadi pun pegi setelkan segala form2. Buat pass pekerja ( which is terpaksa guna pas pelawat sebab stock pas belum sampai.) untuk dapatkan access masuk building & department.

Form untuk access internet kena hold dulu. Sebab approval manager department belum dapat. Taktaw la bila leh dapat sebab manager dah 2 minggu takde dalam ofis.

Takpe la, ada access internet pun bukan ada meja n komputer sendiri pun.

Eyh2, aku rasa tadi cam kata taknak tulis panjang2. Hahaha. Cam terpanjang la plak.

Ish, aku tengah print guideline internship. 56 pages dowh. Ink dah nyawa2 ikan ni. Kamon printer.


Sunday, May 31, 2009

sukati 3:

Omaigod..

Esok dah kena report duty intern.. Very ke'cuak' kebebeyh you know.

Nak pakai baju apa?

Kasut bertutup wajib ke?

Sape la SV aku nanti. Garang ke..Poyo ke..

Keje camne aku kena buat nanti?

Ape tips2 yang patut aku taw..

ergh..tekanan jiwa

Terminator ke Transformer ?

Khamis lepas konvoi kereta dengan abah & family. Dari UTP pergi Ipoh tidur rumah cousin. Keesokan harinya berkonvoi lagi balik kampung dari Ipoh ke Bagan Serai. Semalam baru je sampai rumah.

Barang pun belum unpacked. Banyak gile oi. Penuh 2 kereta.

Pergh. Dah la esok dah start report duty intern. Tak sempat nak ternak lemak lama-lama kat rumah.

Kepada kanak2 yang start internship esok, 'Good Luck'.

Kepada yang dah grad, 'Congratz'

Kepada yang bercuti sem. 'Selamat berholidays'


Terminator Salvation.

Aku dah tengok dah..

Best wooh.. Dah la abang aku belanja. Tengok wayang free memang bes. Hhahaha

Pergi tengok midnite dekat Taiping dengan adik beradik n cousin aku. Fully sponsored by abang aku. Ya ampun.. Macam keajaiban dunia ke-8. Tak pernah2 dia nak belanja.

Tapi takpe. Orang nak belanja jangan dipertikaikan. Tak baik tak baik. Untung2 lain kali dia belanja lagi..Huhuhu.

Ade cerita lawak time beli tiket wayang. Time tu dah beli 5 tiket Terminator.

Tiba-tiba,

Cousin: Weyh, kita nak tengok cerita Transformer ke Terminator?

Nisha : (Tiba-tiba menjadi blank jugak) . Eyh2.. Transformer ke Terminator? Aku beli Terminator ni. midnite punya tiket.

Cousin & Nisha : Alamak, dah silap beli tiket ke? (Sambil pandang muka sesama sendiri & cuak2)

Nisha : Eyh, tapi.. Tranformers dah keluar wayang ke?

Kitorang pun pergi la meninjau2 board cerita2 dekat wayang.

Cousin & Nisha: -_-'

Cousin & Nisha : Transformer coming soon laaaaa.

.:. Macam mana la leh terkompius. Buat penat je tercuak.hahaha. .:.

Thursday, May 28, 2009

Semalam kami bergambar

Post hari ni malas nak tulis panjang-panjang. Kita tengok gambar saje ok. Kami [ aku, mayo, tma, ana] pergi bergambar semalam. Untuk kenang-kenangan sementara stay kat UTP before bercuti sem & intern.

venue : padang jarak padang tekukur tepi UTP
date :27 may 2009
time : 1700 - 1850

ini baru teaser..


model baju kotak-kotak dengan seluar jeans
Tips daripada Tma a.k.a roommate a.k.a photographer..
1. Kalau nak nampak tinggi dalam gambar, ambik gambar dari angle bawah
2. Berdiri depan sikit daripada insan2 lain.

Hasilnya, anda pasti kelihatan tinggi.

penulis telah mempraktikkan tips2 ini. Sungguh berkesan ye anak2 sekalian tiap kali tips ini dilakukan.hahhaha.


gambar next pulak.....

before bertukar


selepas bertukar...hey yarkkk


nisha : pose orang blur tak taw nak buat pose ape .
Mayo : pose tengah lapa nak terkam kamera.
Ana : pose orang bosan tunggu turn duduk depan line depan kamera


Ini gaya sepak angin ala2 malu2 kucing
Mayo tayang selipar tinggi dia. Hahaha



ini adelah Nisha & Mayo


Eh..ni Nisha & Mayo juga


Eh, ni pun?



Hahaha..nasib la, banyak gambar muka sendiri je. Blog aku la katakan. Mesti lah dipenuhi gambar diri sendiri. Kalau letak gambar muka Pak Mail jiran belakang rumah Pak Meon suami Makcik Melah yang ada sedara nama Markonah setiap post..Pelik la pula kan.

Monday, May 25, 2009

Polyvore

Nisak semangat suruh aku join polyvore . Malam tadi dia betulkan aku punya problem kat blog. Ye lah, aku duk update2, tapi tak keluar pulak.

Tenkiu nisak..Blog aku sudah normal seperti blog orang lain. Huhuhu..

Alang-alang dia godek2 komputer aku, dia tolong sign up kan aku dalam polyvore.

Ye lah, aku pun suka benda2 camni walaupun design tak lawa ke ape ke.. Suka jugak.







Haa, nih 1st try polyvore. Nanti kalau rajin2 lagi, nak buat versi lain pulak..

hip hip....how yeyeahhh

Yeahhh!!!

PAPER DAH HABIS...

hip hip horeayyyy

Sunday, May 24, 2009

sukati 2:

esok pagi is the last paper..MIS...
ow yeahhh~ (baca dgn penuh semangat)

malam ini mari kita pulun baca dgn hebatnya.

abes paper sok, tidur kaw kaw ibarat beruang berhibernasi.


simptom2 cuti sem telah jelas kelihatan dengan kekurangan kelibat kereta di parking2.

kawan2 pun dah ramai yang balik..

aku?

menikmati detik2 internet laju di bilik sampai 29 mei.

lepas tu, balik rumah, duduk la kat situ sampai 8 bulan.


eyh eyh..

kan nak pulun baca MIS malam ni.

dah2...stop!!